Sunday, December 20, 2009

Bagaimana nak menarik orang pada kita

BERSAMA:

1. SDR. AMIN IDRIS
  • Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.
  • CEO merangkap perunding latihan, penulis dan penceramah di Amin Idris Training Consultant
  • Penulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
  • Penolong Setiausaha dan juga Ketua Biro Penyelidikan & Pembangunan kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Penulis skrip untuk TV Pendidikan
  • Pengacara sambilan di rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9
  • Pengacara sambilan di RTM 1 (antaranya ialah Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa kali ke-50 tahun 2008)
  • Menyampaikan tazkirah Bahasa Inggeris di radio Traxx.fm (frekuensi 90.3)
  • Menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)
2. SHAH KIRIT

His name perhaps reflects his non-Muslim origin and also his current status as a Muslim. It would not be an exaggeration to claim that Brother Shah (the way he likes to be called) is probably one of the leading and most popular speakers on Comparative Religion and on Islam for non-Muslims, in Malaysia today.

As the leading da’wah officer at IIS, he has been delivering talks and giving courses on Comparative Religion for five years now. He is also a Manager at SABA Islamic Media Sdn Bhd, having joined the organization in 1999.

His friendly, sincere, unassuming and always-humble way befits his main purpose in life – to explain Islam to anyone in the most direct and simple way possible, hence making clear Islam’s great message of peace and hopefully making a difference to Peace & Harmony throughout the nation and the world. Simply put, it is something of an impossibility for anyone to dislike Brother Shah, even if one disagrees with his view. Being an avid advocate of truthfulness and fairness, he does not hesitate to correct actions and situations around him, be it among Muslims or non-Muslims.


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, ANDA TIDAK AKAN PERNAH RUGI JIKA MELABURKAN WANG DAN MASA ANDA UNTUK ILMU DAN SKILL.......PERCAYALAH :)

Friday, December 18, 2009

Jom Berkempen!




"Kamu adalah umat terbaik , dibangkitkan demi kebaikan umat manusia; kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah...." Ali Imran:111

Saturday, December 5, 2009

OK @ KO

disana ada beratus-ratus kawan
disana ada beribu-ribu perangai
disana ada berjuta-juta hasutan
bermillion-million pengaruh

kentalnya jiwa pun boleh tercarik
teguhnya diri pun boleh terjatuh
tangkasnya gerak pun boleh layu

apatah lagi jika lemahnya jiwa
prinsipnya goyah
dirinya lemah

tetapi
berbekalkan sisa-sisa kekuatan
setulus keyakinan

InsyaAllah
Semoga kembali bersinar

"Hanya yang berjiwa bergemerlapan sahaja yang mampu memperluaskan empayar da'wah"-Al Jailani

"DAN SABARKAN DIRIMU UNTUK TETAP BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERZIKIR DAN BERDOA KEPADA TUHAN MEREKA DI PAGI HARI DAN PETANG SEMATA-MATA HANYA MENGINGINKAN RIDHA ALLAH, DAN JANGAN KAU PALINGKAN WAJAHMU DARI MEREKA KERANA MENGHENDAKI KEDUNIAWIAN, DAN JANGAN TAATI ORANG-ORANG YNG KAMI BUAT MEREKA LUPA DARI MENGINGATI KAMI...
(QS: AL-KAHFI 28)


Thursday, December 3, 2009

DISIPLIN DISCIPLINE

Sengaja melewatkan solat
tak disiplin!

Tidak mahu solat berjamaah
tak disiplin!

Banyak main game
tak disiplin!

Pergi kelas lewat
tak disiplin!

ponteng kelas dengan sengaja
tak disiplin!

Gelak berdekah-dekah sampai tak ingat akhirat
tak disiplin!

Cakap perkara-perkara lagho
tak disiplin!

Bangun tidur lewat
tak disiplin!

Tidur lepas subuh
tak disiplin!

Malas nak study
tak disiplin!

Bertangguh-tangguh dalam bekerja
x disiplin!

Kekemasan diri tidak dijaga
tak disiplin!

Malas baca Al-Qur'an
tak disiplin!

Main facebook sampai ghalit
tak disiplin!

Janji tak tepati
tak disiplin!

Tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
tak disiplin!

Malas nak pergi kuliah/ceramah/program keilmuan/usrah
tak disiplin!

suka menipu
tak disiplin!

mengumpat/mengutuk/mengata orang
tak disiplin!

Malas berzikir/solat sunat rawatib
tak disiplin!

membazir dalam makanan/masa/wang dsb
tak disiplin!

dan sebagainya

Disiplin..bukan hanya pada ilmu,tetapi buah kepada ilmu tersebut. ramai yang tahu akan tidak eloknya melakukan perkara di atas dan baiknya jika mampu menghindarinya.Tetapi masih ramai yang gagal merencanakan hidup mereka dengan baik...mengapa?

Let us fight!

______________________________________
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Friday, October 23, 2009

Pesanan Sang Kekasih

Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam berpesan pada kaum Anshar:
Aku menunggu kalian di telaga Al-Haudh
Renungkanlah!
kedatanganmu esok disana
akan sangat bergantung dengan sikapmu di dunia

Jika engkau datang ke majlis seperti ini
dan ada niat di hatimu untuk mensucikan hatimu
niat yang kuat untuk menggapai redho Allah,
niat yang kuat untuk mengamalkan apa yang kau dengar
Maka engkau pasti akan sampai ke telaga beliau
jika engkau canangkan program belajar agama
dan hukum syariat bagi keluargamu
dan engkau bantu mereka dalam rangka menunaikan urusan agama

bantulah anak-anakmu agar mereka bisa beristiqomah
kerana saat ini
banyak tangan yang akan mencengkam mereka
yang bertujuan merusak tutur kata mereka
hingga mereka berbicara busuk
atau berupaya merusak perilaku mereka
hingga mereka berbuat yang terlarang
atau berani meninggalkan perintah-perintah wajib

atau merusak fikiran mereka
hingga mereka berani melecehkan hukum syariat
berani menodai kehormatan agama
dan melecehkan kemuliaan Nabi dan Rasul
Hal inilah yang hari ini banyak dipropagandakan oleh pelbagai media
yang bertujuan mencengkeram paksa anak-anak kita

Wahai Allah
peliharalah anak-anak kami
dan seluruh anak-anak umat Islam
Jagalah putri-putri kalian!
Jagalah Isteri-isteri kalian!
Bantu mereka untuk menunaikan perintah-perintah agama
jangan menjadi penghalang mereka berbuat kebaikan
Jika mereka akan berbuat baik,
fasilitasi mereka!, bantu mereka!
kerana ini merupakan tanggungjawab yang besar
Peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka...
by: Al-Musnid Habib 'Umar bin Salim Al-Hafiz

Friday, October 2, 2009

CINTA BERPUTIK

wangian dari atar menyegari gelap malam itu, harumannya bagai menyeliputi, deruan angin sekali sekala seakan menarik haruman itu menghiasi sunyinya malam

tergetar-getar bibirnya, temporomandibular jointnya tidak dapat dikawal lagi, derauan darah bagai mengalir deras melampaui aturan cerebellum mengkocak sekalian pembuluh darah dan saraf tubuhnya, laju air mata rindu dan cinta membasahi pipi, sekali-sekali ia jatuh menitis ke bumi, kalimah "cinta" terus laju mengasyikkan jiwa yang sudah lama gersang

dia semakin resah, seperti tidak berdaya lagi melawan perasaannya itu, nafasnya terus kencang walau cuba dineutralkan oleh saraf phrenic, esakan-esakan suara kecil seorang hamba kerdil lagi tak berdaya terus mendamba cinta Tuhannya, dia lemas dan tenggelam dalam menggapai cinta yang telah berputik itu, bagai tiada wujud lagi segalanya

sungguh tiada tandingan cinta yang MAHA ESA

Thursday, September 17, 2009

HAKIKAT KEJADIAN DIRI

lelaki yang sedang asyik mengaji itu mirip wajahnya, bahkan serupa, tiada bezanya.

lalu kehadirannya disedari oleh lelaki itu. Lelaki itu mendekatinya seraya menyapa " Duhai sahabatku, mengapa kau rasa takut, adakah kau tidak kenal aku?" soal lelaki tersebut lembut

"se..siapa engkau?, aku tidak kenal kau? " dia bertanya dengan sedikit gugup.."kau tanya siapa aku? pernahkah kau bertanya pada diri sendiri akan soalan yang sama tentang dirimu..siapakah dirimu dan untuk apa kau dihantar ke dunia ini?...sahabatku nampaknya kau masih belum kenal akan diri sendiri, lalu bagaimana kau mahu mengenal Tuhanmu" nada lelaki itu sedikit tinggi

dia makin keliru dan tidak mampu berkata apa-apa, jauh di benak hatinya membenarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, selama ini dia langsung tidak pernah memikirkan siapakah dirinya dan mengapa dia wujud di dunia ini, dia hanyut dengan putaran dunia, dia tertipu...

"Sahabatku, ketahuilah akan hakikat kejadian dirimu,sesungguhnya tiada yang wujud melainkan wujudnya Allah" lelaki itu bersuara lagi sambil memberikan Al-Qur'an yang dibacanya kepada dia

dengan berhati-hati dia mengambil kitab suci dari lelaki tersebut sambil merenung tajam akan wajah lelaki itu, walaupun serupa tetapi wajahnya penuh bercahaya "Ya Allah, apakah gerangan manusia ini, siapakah dia sebenarnya.." bisiknya dalam hati

lalu perlahan-lahan dia menagmbil mushaf Al-Qur'an yang berwarna putih itu dan membukanya..rasa sebak yang entah dari mana tiba-tiba datang menyelubungi diri sebaik sahaja merenung ayat-ayat Kalam Allah 'azzawajalla yang mulia tersebut...

menitis air matanya...

dia tersedar!!..Ya Allah, astaghfirullahal 'azim,mimpi rupanya...didapati Al-Qur'an pemberian lelaki tadi benar-benar berada di pangkuan tangannya, jantungnya berdegup kencang.....

HIDAYAH ALLAH SATU RAHSIA

dia berjalan-jalan di tepi asrama, melintasi dorm-dorm yang pelbagai penghuninya juga pelbagai ragamnya. lalu tergerak hatinya untuk memasuki sebuah dorm yang berada di hujung asrama Z8 itu.

diperhatikan bilik demi bilik, ada yang study, ada yang tidur, ada yang bermain game, ada yang berbual-bual, ada yang menonton movie, ada yang makan, ada yang membaca komik, ada yang sibuk bermain facebook dan sebagainya.Namun, di penjuru bilik itu, kedengaran bunyi santunan ayat-ayat Al-Qur'an yang sungguh merdu sekali, iramanya bagai mengusik jiwa, terasa gementar untuk dia menjengau melihat insan manakah yang menghuni penjuruan bilik itu.

semakin dihampiri semakin tajam kesan pukulan bacaan kalam suci itu, dia sudah biasa mendengar orang membaca Al-Qur'an di surau-surau dan masjid-masjid, juga di dalam mana-mana majlis. Pun begitu, yang kali ini lain sekali penangannya, apakah ini, jauh di sudut hatinya bercampur sangka-sangka yang pelbagai..

Perlahan-lahan dia mengintai melalui sebuah lubang kecil yang terbentuk antara langsir yang menutupi pintu masuk bilik tersebut..Alangkah terkejutnya dia, rasa seperti hendak gugur jantung dari "medial mediasternum"nya, Subhanallah!!!...

dia pengsan..........

Wednesday, September 9, 2009

SIAPA SUDI MENANGISI PEMERGIANNYA

Manusia selalu mengabaikan perkara yang dimilikinya, sedarnya akan kehilangan perkara itu, barulah ia tergadah mencari-mencari dan menangisi.

ramadhan kini berbaki kini 10 hari, waktu yang sangat singkat, bulan yang dinantikan kedatangannya sudah kian melewati penamatnya, sedang ramai di antara kita masih gagal mencapai peningkatan diri yang walau hanya selangkah ke hadapan.

atau, lebih dahsyat, kehadiran ramadhan menjadikan seseorang lebih teruk, na'zubillah..bukan kebaikan yang diperolehinya, bahkan sebaliknya

Takutlah kita dengan ucapan "Aameen" yang dilafazkan oleh Insan Mulia Pemimpin teragung Sayyiduna Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam ketika Jibril 'alaihissalam berkata kepadaNya "celakalah orang yang melalui bulan ramadhan yang diberkati tanpa memperolehi keampunan"

Gerangan apakah yang mendorong Rasulullah sallaLlahu'alaihi wasallam melafazkan ucapan "perkenankanlah" itu.Doa siapakah yang di aminkan Baginda? semestinya permintaan kekasih Allah itu tiba terus ke hadrat Kekasihnya tanpa hijab dan tempoh.

berusahalah, hari esok tidak semestinya milik anda

Mungkin 10 hari terakhir ini menjadi sebab untuk kita mendapat rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNYA

fikir-fikirkan..


Sunday, September 6, 2009

LAYAKKAH AKU

Di satu pagi yang hening
tatkala aku berjalan di pinggiran sungai
terasa sungguh tenang sekali
qalbuku terusik dengan keindahan ciptaan yang Maha Pencipta

Hembusan bayunya yang dingin
bunyian gemersik aliran sungai
dedaunan yang berlenggok-lenggok melambai-lambai
serta cengkerik-cengkerik yang bersahutan
mendamaikan jiwa yang resah
menenangkan fikiran yang gundah.....oh damainya..

Sebenarnya
Semua itu adalah alunan zikir
yang tidak pernah henti-henti diucapkan

cumanya kita yang tidak pernah faham
tasbih-tasbih mereka

Lalu aku teringat akan firman Allah Subhanahu wata'ala:

"Tidakkah Engkau(Muhammad) tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya, masing-masing sungguh telah mengetahui(cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" (An-Nur:41)

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih
mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra : 44)


Subhanallah

jauh di sudut hatiku
aku rasa merintih sekuat-kuatnya
terkenangkan aku yang jarang sekali bersyukur

aku yang ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi ini
berapa kali aku dalam sehari
aku memuji, memuja dan membesarkanNYA
kalau nak dibandingkan dengan makhluk lain
yang tak diberikan aqal seperti aku

Ya Allah maafkanlah aku

Ampunkan aku Ya Allah




Monday, June 15, 2009

SEMAKIN HAMPIR

dan kerana masa itu tetaplah berjalan

serta tiada henti walau sedetik

tidak kira bagaimana sekalipun

tetaplah kerugian manusia itu

melainkan orang yang

BERIMAN

BERAMAL SOLEH

SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN



tergolongkah saya dan anda dalam golongan di atas

awas!

.............................................

" Pohon sedekahkah Al-Fatihah buat sahabatku Allahyarham Ammar Zulkefli yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 jun yang lalu"


Sunday, May 17, 2009

AKU MAHU SEGALANYA BAIK

Sudah hampir dua dekad saya melihat dunia, saya melihat manusia-manusia di sekeliling, melihat ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Baik dan sukakan yang baik.

lalu saya terfikir, apakah saya sudah baik? entahlah mungkin ya mungkin tidak, tapi saya harus merasakan tidak, ustaz Naamane bernah berkata:

The moment you feel that you are good enough, that is the starting point of the decrease of your iman

Sememangnya saya bukanlah seorang yang baik pon, mungkin kerana saya masih jahil, kata ustaz Naamane lagi,

Sometime people may be knowledgable but still jahil, because he does not practice it

Bagaimana mahu menjadi baik? soalan seperti ini mengingatkan saya akan kuliah-kuliah Ustaz Muhadir Joll (semoga Allah merahmatinya), entah bila lagi berpeluang untuk duduk dalam majlis beliau, saya pasti akan merinduinya, saya sangat meminati corak penyampaiannya, pun begitu saya sering sahaja gagal untuk berada di kuliahnya, bukan kerana sibuk sangat pon, entahlah mengapa? terasa tenang sekali bila berada di majlis-majlis seperti itu. Perasaan yang sama akan muncul bila saja menghadiri majlis-majlis para Habaib dan sekalian Masyaikh.

Berbalik kepada soalan bagaimana mahu menjadi baik, soalan sebegini sering ditanya di akhir kuliah beliau (ustaz Muhadir), lalu beliau pasti akan menyebut satu perkataan sama ketika soalan berbentuk ini muncul, apa kata beliau:

Perkara ini memerlukan MUJAHADAH

bila difikir-fikir semula, ya, kesungguhan dan mujahadah yang saya letakkan dalam diri masih belum sepenuh hati, masih dicampur perasaan main-main, acuh tak acuh - bukan mujahadah namanya tu

hmm..sudah kutemuinya, ia adalah sesuatu yang disebut MUJAHADAH!

walaubagaimanapun, ustaz Muhadir juga sering berpesan supaya mencari guru yang Mursyid untuk membimbing diri kita, semoga aku temui insan yang mursyid itu, Amin.

ibnul Qayyim Al-Jauzy ada menggariskan ciri-ciri orang yang baik iaitu:
  • memiliki UCAPAN yang baik
  • akrab dengan PERBUATAN yang baik
  • memiliki AKHLAK yang baik
  • hanya memilih MAKANAN yang terbaik
  • Berteman denagn TEMAN yang baik atau berkahwin dengan pasangan yang terbaik

Jom sama-sama BERMUJAHADAH untuk jadi yang terbaik!


Sunday, May 10, 2009

Garangnya kita! Mari amalkan sifat "As-Samahah"

Anas bin Malik pernah berkhidmat selama 10 tahun dengan Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam, Rasulullah mengambil Anas dari ibunya ketika beliau masih berumur 8 tahun, dimana suatu hari Rasulullah mengutuskan Anas ke pasar. Lalu Anas melewati kawanan kanak-kanak yang bermain di pasar, sehingga Anas ikut bermain bersama mereka dan tidak melaksanakan perintah Rasulllah. Ketika Anas bin Malik sedang asyik bermain bersama mereka, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri di belakang beliau dan memegang pakaian beliau. Lalu Anas pun menoleh, dan ternyata itu adalah Rasulullah sedang tersenyum seraya bersabda, "Hai, Anas kecil, apakah engkau telah pergi melaksanakan perintahku?" Anas langsung berkata, "Baik Rasulullah, sekarang saya akan pergi."


Kata Anas bin Malik " Demi Allah, saya telah berkhidmat kepada beliau selama sepuluh tahun, dan Baginda belum pernah sekalipun memukulku, belum pernah mencelaku, dan belum pernah bermuka masam kepadaku."
------------------------------------------------------

kalaulah kita suruh adik kita pegi kedai beli barang kat kedai, kemudian kita tunggu punya la tunggu tak sampai-sampai, lalu kita pun buat spot check dan dia terkantoi dengankita

agak-agak apa kita buat? kalau si kakak mesti hadiahkan "cubit semut" dan si abang pulak hadiahkan "pulasan telinga" .. tak mcmtu? Hehehe ..... kesian dia

-----------------------------------------------------------------
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik
------------------------------------------------------

As-samahah = bertolak ansur, toleransi, murah hati, mudah berkira, baik pertimbangan dan apa yang seerti dengannya seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa yakin dengan keadilan Allah, ketentuan Allah, kebijaksanaan Allah dan janji-janji Nya.

Sifat ini adalah KUNCI kepada KEDAMAIAN

Antara ciri-ciri orang yang bersikap dengan as-samahah ialah
1- Sentiasa bermanis muka dan tidak bermasam-muka
2- sentiasa mendahului orang lain dalam memberi salam
3- memaafkan kesalahan orang lain dengan mudah


Wallahu'alam



--

Wednesday, May 6, 2009

Azhar, Semoga Lekas Sembuh

Rasulullah bersabda:

"Aku kagum dengan orang mukmin, bahawa semua urusannya adalah baik baginya, kalau ia mendapatkan kebaikan maka ia bersyukur dan hal itu adalah baik baginya, sebaliknya jika ia tertimpa kemalangan maka ia bersabar, maka hal itupun adalah baik baginya. Dan keadaan ini hanya ada pada orang mukmin" (HR BUkhari, Ahmad dan Darimy)



Masih ceria seakan tiada apa-apa disebalik kesulitan yang menimpa
Tanda redho dengan ujian Penciptanya


Inilah ciri-ciri orang beriman, sentiasa redho dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa, mereka yakin bahawa setiap percaturan yang ditetapkan Allah pasti ada rahsia disebaliknya.


Lihat sahaja kepada mafhum hadis-hadis ini:

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (Riwayat Muslim)

Sungguh Allah subhanahu wata'ala sangat baik terhadap kita, tetapi berapa saat dalam kehidupan kita kita mengingatiNya, sehingga walaupun tertusuk duri pun diampunkan bagi kita dosa (Subhanallah)


Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim)

Wallahua'lam
---------------------------------------------------------------------------

Azhar semoga cepat sembuh, semoga digugurkan dosa-dosamu seperti gugurnya dedaunan dari pepohon, semoga engkau diangkat ke darjat yang lebih tinggi di sisi Allah


Wednesday, April 29, 2009

Tiada lagi bunga jelmaan


oh ALLAH letakkanlah daku bersama Bunga-Bunga nan indah

"Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"


Saturday, April 25, 2009

Mari Berfikir

Maka apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya(berkelayakan) maka tunggulah saat-saat kehancuran (Hadis riwayat Bukhari)

Analoginya mudah, seorang pesakit angina pectoris? i.e masalah saluran jantung yang tersumbat, dihantar ke kedai membaiki basikal untuk menjalani pembedahan
maka, tunggulah saat KEMATIAN orang itu..

begitu juga jika seorang pengayuh beca diberi tugas untuk mengemudi kapal terbang

maka, tunggulah KEMALANGAN DAHSYAT LAGI MENGERIKAN yang pasti akan membunuh sekalian penumpangnya

---------------------------------------------------------------


samalah dengan urusan agama, mengapa tidak mahu dirujuk kepada Para 'Ulama, pada orang-orang yang ahlinya

bahkan harus difahami yang dikatakan agama itu bukan hanya berkaitan solat, zakat, puasa sahaja, bahkan Agama Islam yang bersifat Syumuliah (comprehensiveness) itu merangkumi segenap aspek kehidupan

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah:208)


sebutlah apa sahaja, ekonomi, politik, masyarakat, individu, pentadbiran, muamalah, undang-undang, segala-galanya, semuanya bersangkut-paut dengan agama , lainlah jika engkau memang Sekularis

dalam kata lain, setiap perkara yang hendak diputuskan RUJUKLAH PADA PARA 'ULAMA lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah..

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Jangan ingat kita bijak, takut-takut terbeliak di akhirat kelak dek kelunya lidah tak terjawab soalan-soalan Sang Rabb yang Maha Berkehendak yang sesungguhnya siksaanNya amatlah pedih.



Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.


Wallahu'alam

apa pula dengan status agama seorang anak yang ibubapanya bertukar agama? atau ibu dan ayahnya berbeza agama? siapa yang berhak? apa penyelesaiannya?

apa pula dengan konsert jom heboh di Perak?