Friday, December 24, 2010

Jom Tengok Apa Ada Dengan CamPro 2011


Senarai penuh program-program semasa Campus Da'wah Project 2011 (CamPro)
Kerjasama di antara SRC, MRC dan KBS


XPDC Da'wah : Turun ke lapangan masyarakat di malam tahun baru 2011, lihat sendiri bagaimana keadaan remaja hari ini..apa nak buat? dekati mereka dan "sampaikan" .. cabar diri anda!

Opening ceremony of CamPro, will be started at 8.30pm. Ust Hasrizal(pemilik website saifulislam.com) .. JOM!


Kuliah Maghrib! best ni..Ust Ridhuan Mohamad Nor pulak tu, Jom..luangkan masa dengar pesanan-pesanan yang mungkin mampu membuka minda dan mengubah persepsi kita..


Buku leadership yang well-known, kalau nak baca sendiri..hmm, satu tahun pun belum tentu habis, kalau join bedah buku ni, luangkan masa 2 jam, insyaAllah inputnya berbaloi-baloi =)

Satu program, KHAS dan ISTIMEWA disajikan untuk pelajar-pelajar terbaik setiap kuliah yang terpilih! ingin menjadi peserta, jadilah TOP student di kuliyyah anda =)


Sultan Muhammad Al-Fateh, ikon contoh yang digelar Nabi Muhammad saw sebagai "Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin itu(semasa pembukaan kota kostantinopel)", kenali dan selami ciri-ciri kepimpinan dan peribadi beliau..apakah yang istimewa tentang beliau? JOM!

Let us get married? why?

Islam itu indah, sukakan hiburan itu fitrah manusia, selagi tidak bertentang dengan syara' silakan, alternatif sudah disediakan, jom lihat apa yang anda boleh dapat? muslimah only ye!


anda punyai bakat terpendam?nak luahkan tapi tak jumpa medium yang sesuai, Nah, inilah masanya, Talentime! salurkan bakat anda agar orang lain mendapat manfaat darinya, bukankah sebaik-baik manusia itu orang yang dapat memberi manfaat bagi orang lain..daftar segera!

Sunday, December 19, 2010

Antara Mereka dan Kita

Silauan cahaya bulan,
di ombakan-ombakan air jernih yang sepi,
lazimnya kan sangat menenangkan.

Begitu juga deras bunyi air terjun yang kuat,
yang menjadi juzuk kepada alunan bunyi-bunyian hutan rimba,
di celah-celahan bukit bukau,
sangat mententeramkan.

Sehinggakan fitrah manusia itu,
rasa amat terbuai dengan kedamaian,
yang seolah tercipta pada mereka.

makhluk-makhluk ini,
tidak mahu menjadi khalifah,
sesungguhnya mereka takut,
sesungguhnya mereka bimbang,
mereka khuatir,
akan curang dan mengkhianatinya..

Adapun mahkluk-makhluk ini,
Di setiap harian yang melanda,
terus menerus mensucikan DIA,

zikir demi zikir diucapkan,
walau tidak difahami manusia,
tetap mereka teruskan,
luhur tunduk dan patuh pada perintah Allah subhanahu wata'ala,
Pencipta kepada setiap yang pernah mempunyai permulaan.

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
(An-Nur : 41)
Tidakkah kamu tahu?

Wahai manusia-manusia yang diciptakan Allah dalam sebaik-baik bentuk..

Ketahuilah bahawa....
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
(Al-Isra' : 44)

bersambung.....




Saturday, November 20, 2010

Akhlak Tasawwuf Tunjang Politik Arah Baru

http://kuliahaddeen.blogspot.com/2010/11/jadikan-akhlak-tasawuf-tunjang-politik.html

Satu rakaman temuramah bertajuk “Ustaz Mohd Nor Deris Menjawab Harakahdaily” ditunjuk pada saya. Beliau membuat pelbagai tuduhan pada Tuan Guru Nik Abd Aziz (TG) (yang tak sanggup saya tulis disini )dan turut menggelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‘Tentera Ahzab’ yang bersekongkol untuk menghancurkan ‘Gerakan Islam’ yang dipimpin oleh UMNO.

Apabila mendengar apa yang diceritakan, ia memperlihatkan seolah-olah TG tiada berakhlak dan dia lebih berakhlak. Saya amat musykil adakah benar dakwaannya itu dan adakah benar TG akan layan orang seperti ini.
Syukur pada keesokan hari, anak saya telah menunjukkan pula rakaman “Mohd Nor Deris Kurang Ajar dengan Tok Guru” yang memaparkan peristiwa sebenar yang berlaku semasa TG dan rombongan menziarahi bekas Adun Galas, Omar Mohamad semasa kempen pilihanraya Dun Galas baru-baru ini

Apabila melihat kepada rakaman itu, barulah saya ketahui bahawa apa yang diceritakan ustaz itu berlawanan dengan peristiwa sebenar. Memang berlaku sedikit kekecohan, namun sikap ustaz itu yang menyerang TG dengan kata-kata kesat dan nada kuat memperlihatkan tiada akhlaknya, dan amat berlainan dengan apa yang diceritakan.

Dia mendakwa TG dalam kerasukan, walhal sebenarnya dialah yang seperti kerasukan hingga terpaksa ditenangkan Datuk Mohd Amar. Mohd Amar memperingatkan kepadanya bahawa mereka berada di rumah orang dan tak sepatutnya berkelakuan demikian. TG hanya diam di kerusi dan berbual dengan tuan rumah tanpa memperdulikannya. Namun dia terus-terusan melontarkan kata-kata kejian kepada TG.

Sebenarnya bagi saya, jika TG marah padanya pun, itu amat patut kerana dia adalah sahabat TG yang mengkhianati TG. Apatah lagi di atas sikapnya yang biadab tidak mahu bersalam ketika TG menghulur tangan untuk bersalam, malah mengeluarkan kata-kata kesat yang tak sepatutnya.

Namun kemarahan TG padanya tiada berpanjangan dan memperlihatkan akan sikap seorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. Orang seperti ustaz begini tiada patut dihormati dan perlu dibuang jauh-jauh kerana mengkhianati sahabat, perjuangan dan prinsipnya sendiri.

[Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno. Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. (Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jirat kerana sering menggunakan perkataan jirat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.) Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.
Sumber : MalaysiaKini]

Akhirnya beliau bertemu “hidayah” bahawa golongan yang dikafirkan dahulu (Umno) rupanya ‘pejuang Islam’ yang sebenar. Inilah lawak antarabangsa golongan spesis seperti ustaz ini yang bersepah di bumi Malaysia hari ini. Apa yang menghairankan, mereka tak malu menggunakan ayat Allah (yang digunakan untuk mengkafirkan orang UMNO dulu) yang sekarang menggunakan ayat yang sama mengkafirkan orang-orang PAS pula.

[Dahulu juga dia membenci UMNO dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang UMNO adalah haram. Paling dahsyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang UMNO maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah menggunakan bendera UMNO sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO. Sumber : jilfityan]

Apa saya perhatikan, kebanyakan para penceramah sama ada dari golongan Tuan Guru, ustaz atau orang biasa dalam PAS yang lantang mengkafirkan UMNO, akhirnya memasuki UMNO. Saya tiada jawaban memikirkan bagaimana ia boleh berlaku kerana jika diukur pada percakapan mereka dahulu amat mustahil mereka akan masuk ke dalam UMNO. Namun tiada yang mustahil apabila dikehendaki oleh Allah.

Bagi saya inilah adalah kafarah Allah di dunia kepada mereka yang bersifat cepat menghukum, bukan berdakwah. Segala apa yang dimaki hamun atau dihukum kepada pihak itu selama ini telah kembali pada mereka sendiri. (Jika Saidina Umar al-Khattab r.a ada sekarang, rasanya kepala ustaz-ustaz seperti ini semua sudah tiada kerana sikap munafik mereka. Justeru, saya mengambil peringatan untuk diri dan ikhwan agar tidak bersikap seperti mereka dalam dakwah dan perjuangan.

KASYAF

Apa yang melucukan, ustaz ini mengaku ia kasyaf sehingga dapat melihat tangan TG itu ‘tangan syaitan’. Bagi saya kasyaf ustaz itu hanya auta sahaja untuk menyedapkan cerita, bukannya benar apa yang didakwa. Jika benar ia dikurniakan kasyaf sekalipun, haram atasnya menghukum orang berdasarkan kasyaf, ilham, mimpi atau fiarasat. Dalam disiplin akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, orang memiliki pengetahuan dengan jalan kasyaf, hanya sebagai rahsia dirinya dan tiada boleh dihebahkan apalagi mahu dijadikannya sebagai sandaran hukum

Syaikh Ahmad al-Sirhindi (971H/1563M - 1034H/1624M) menyatakan dalam kitabnya Al-Maktubat, “Jika berhimpun ilmu kasyaf para wali dan ilmu para ulama, maka wajib berpegang kepada ilmu para ulama syariah yang lebih menghampiri kebenaran hukum.”

POLITIK ALAF BARU

Pada generasi muda, saya amat menyeru agar menuju kepada politik alaf baru berdasarkan akhlak, hujah, perpaduan, keterbukaan dan idea. Kita wajib menolak jauh-jauh golongan seperti ini yang tiada akan membawa sedikitpun kebaikan dalam perubahan politik yang dicita-citakan. Politik sentimen mengajak benci pada kaum dan mengapi-apikan semangat Melayu dan Islam adalah tiada wajar diperjuangkan oleh mereka yang memahami Islam (yang syumul) yang dibawa oleh Baginda sallaLLahu ‘alaihi wassalam. Kita kini perlu menuju kepada kehidupan agama yang menyeru kepada prinsip perpaduan sejagat, hormat menghormati dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat demi kebaikan Negara.

Saya amat sedih melihat bagaimana TG yang begitu banyak berjasa mencorak warna Islam di Malaysia sehingga Islam diterima pelbagai kaum kini, diperlakukan seperti itu

Pernah seorang India beragama Hindu yang menjadi perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS menziarahi saya di madrasah memberitahu, bahawa dia dan para sahabatnya mengenali Islam apabila mengunjungi TG Nik Aziz di rumahnya Pulau Melaka. Mereka datang untuk mendapat gambaran tentang Islam PAS, tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila TG yang juga seorang Menteri Besar datang kepada mereka sambil menuang air kepada setiap orang dan amat menghormati mereka dalam perbincangan yang dibuat.

Hingga kini TG menjadi ikon kepada non-Muslim untuk mengenali Islam yang bersifat terbuka, toleransi, kasih sayang, rendah diri, amanah, progresif, zuhud dan lainnya. TG Nik Aziz adalah seorang ulama yang menghimpun padanya kebijaksanaan politik, kefahaman ilmu dan sifat tasawwuf. Ia menjadi begitu indah apabila kebijaksanaan dalam siasah, keilmuan fiqh ditunjang oleh akhlak tasawwuf. Bagi TG, jika tiada tasawwuf maka tiada Islam kerana fiqh menjaga fizikal, tasawwuf menjaga urusan rohani. Maka tasawwuf adalah komponen yang penting bagi Islam itu sendiri.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN TASAWUF
Dalam satu wawancara dengan Ummahonline.com, satu soalan mengenai kepentingan tasawuf dalam perjuangan Islam diajukan. Tuan Guru menjawab :
"Tidak ada tasawuf, maka tidak ada Islam. Islam adalah menjaga tubuh. Oleh kerana tubuh manusia ini ada ruh; maka Islam yang menjaga tubuh, manakala iman pula menjaga ruh. Iman yang kita sebut ini juga diistilahkan juga sebagai tasawuf. Tasawuf menguasai rohani, manakala fiqh menguasai fizikal. Pelakuan fizikal dalam sembahyang kita adalah urusan fiqh, jadi samada ia khusyuk atau tidak itu ia adalah urusan tasawuf. Maka tidak boleh sekali-kali Islam berpisah daripada tasawuf. Oleh yang demikian, tasawuf adalah amat penting serta menjadi komponen bagi Islam itu sendiri. Kerana aspek keikhlasan adalah kerja tasawuf, bukannya kerja fiqh."
Sumber : Ummahonline]
Dalam buku Saya Pun Melayu karya Datuk Zaid Ibrahim, dicatatkan satu petikan wawancara majalah Off The Edge (2008) dengan TG Nik Aziz dimana TG berkata :
“Tasawwuf adalah rempah dan hati Islam, kerana tubuh manusia itu terdiri dari jisim dan ruh. Jisim yang ada di luar iaitu solat, puasa.. ini semua urusan Islam. Inilah yang kita kata urusan fiqah. Tapi ikhlas, tawadhu’, zuhud.. ini semua urusan ruh. Yang kita nak bersihkan ruh kita. Macamana nak bersihkan ruh kita. Kalau kita berzikir, taubat, istighfar, jangan marah, jangan kedekut, ini urusan dalam.. mana fiqah boleh nak urus? Islam mesti ada tasawwuf, kerana nak ikhlas. Kalau kita sembahyang kepada Allah, tapi hati kita masih berkata-kata, Tuhan tak terima sembahyang kita. Hati kita mesti ikhlas dulu. Nah, itu tasawwuf. Ikhlas bila kita ingat pada Allah, ingat pada malaikat yang ada di kiri kanan kita. Itu tasawwuf. (m.s 310- 311)

PENUTUP

Kita perlu menerima hakikat tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam. Justeru setiap kita punya kelemahan dan kekurangan, kadangkala terkhilaf dalam sesuatu perkara, hatta Tuan Guru sendiri. Namun yang penting kita harus sentiasa menyantuni setiap kesilapan manusia dengan penuh kasih sayang dan hikmah, bagaikan teguran seorang anak kepada ayah dalam apa keadaan jua.

Kita mahu agar permata yang dianugerahkan Allah kepada umat Islam ini bersinar di atas paksi galaksi yang benar. Cinta, menghampiri dan doa akan membawa keberkatan, kekuatan dan pengampunan Allah daripada menghentam kesalahan dan menyebarkan keaiban.

Ya Allah, Engkau berilah kesabaran dan kekuatan dalam jiwa Tuan Guru dalam menghadapi segala kejahatan dan fitnah, kekalkan kelembutan jiwanya dan berlapang dada ia dalam menerima nasihat kebenaran. Amin.

Sukarnya Mencari Ulama' Pewaris Nabi

Praktik ASWJ : Sukarnya Mencari Ulama' Pewaris Nabi...

sumber: http://kuliahaddeen.blogspot.com/

“Didalam manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), kesempurnaan akidah dicapai apabila seorang itu mencapai IHSAN, (yakni) hatinya seolah memandang kepada Allah (musyahadah). Ia memandang Allah dengan nur yang terbit dari lubuk qalbi apabila selaput awan nafsu ammarah dibersihkan.”

ILMU SIFAT 20 MENANGGALKAN IKTIKAD SYIRIK

Dalam Ilmu Tauhid, Sifat IFTIQAR (ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ) ialah segala sifat yang baharu berhajat padaNya. Sifat Iftiqar dibahagikan kepada 9 sifat iaitu Wahdaniah (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴ), Qudrat (ﻗﺪﺭ), Iradat (ﺇﺭﺍﺩ), Ilmu (ﻋﻠ), Hayat (ﺣﻴﺎ), Kaunuhu Qaadiran (ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭ), Kaunuhu Muriidan (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪ), Kaunuhu ‘Aliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤ) dan Kaunuhu Hayyan (ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴ). Semua sifat tersebut yang menggerakkan segala yang baharu dan ianya juga saling lazim melazimi, yakni tiada bercerai.

Sifat QudratNya yang menggerakkan sekelian alam. Sifat QudratNya datang dari sifat Iradat, sifat Iradat datang dari sifat Ilmu, sifat Ilmu datang dari sifat al-Hayat… Justeru hakikatnya seluruh pergerakan alam adalah dari Qudrat Yang Maha Esa (Wahdaniah). Tanpa sifat Wahdaniah, alam ini tiada dapat berfungsi dengan sempurna apabila berlaku dua qudrat dalam menguasai pentadbiran alam.

Apabila seorang itu SYUHUD (memandang dengan mata hati) segala sifat alam dan sifat dirinya iaitu melihat, mendengar, berkata-kata, kuasa, kehendak, ilmu dan hayat dalam qudrat Allah yang satu, maka akan hancurlah QADARIAH (ananiah - keakuan) dirinya dan kekuasaan alam. Allah SWT menyatakan :

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqara' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" (Fathir: 15)

Tanpa sifat Iftiqar, diri dan alam langsung tiada dapat berfungsi walau sebiji atom atau debu atau nafas kita yang turun dan naik. Maka di atas kurnia Allah ini, tiada adab bagi seorang hamba itu tiada mengingati bahawa dirinya dalam kekuasaan Allah dalam segala gerak dan diamnya pada setiap detik.

Apabila lupa pada Allah, maka akan timbul ananiah dirinya dan kesannya dia akan menjadi manusia yang sombong dan angkuh akibat tiada mengenal diri. Ia akan menjadi iblis dan binatang, hidup semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu tanpa mengenal batas diri yang amat daif, lemah, faqir dan hina.

Sifat ISTIGHNA (ﺇﺳﺘﻐﻨﺎ) atau Sifat Kaya terbahagi 11 sifat iaitu Wujud (ﻭﺟﻮ), Qidam (ﻗﺪ), Baqa’(ﺑﻘﺎ), Mukhalafatuhu lilhawadith (ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩ), Qiamuhu binafsih (ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴ), Sama' (ﺳﻤ), Basar (ﺑﺼ), Kalam (ﻛﻼ), Kaunuhu Sami’an (ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌ), Kaunuhu Basiiran (ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭ) dan Kaunuhu Mutakalliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤ). Ia dipanggil sifat Kaya kerana terkaya segala sifatnya yang Kamalat (sempurna), tiada bagi diriNya segala sifat kelemahan. Maka Wujud Allah dan sifatNya amat lemah bagi akal untuk sampai memikirkannya.
Sifat Kaya ini menghancurkan segala pemikiran MUKTAZILAH (bertuhan pada akal) yang boleh menuju kepada faham MUJASSIMAH (menyamakan Allah dengan makhluk)!
Apabila Dzat Allah memiliki segala sifat keAgungan, maka hamba merasa tenang dan selamat dalam perlindunganNya. Tiada bagi dirinya kebimbangan dan kerunsingan kerana Allah memiliki segala sifat Kamalatnya bagi segala Sifat dan AsmaNya.

Sifat Iftiqar dan Istighna yang dibahagikan oleh ulama dalam pengajian SIFAT 20 memimpin seorang yang mendalaminya selamat dari iktiqad Muktazilah dan Qadariah. Namun untuk mencapai kesempurnaannya wajib berjalan dalam iktikad kaum sufi iaitu dzauk dan syuhud yang membawa seorang itu benar-benar mengenal dirinya sehingga fana ia dalam kefakiran pada Allah Yang Maha Agung dan Sempurna.
Iktiqad Qadariah dan Muktazilah adalah punca lahirnya Mujasimmah, Sekularisme, Liberalisme, Wahabiah, Modenisme, Pluralisme dan lainnya. Justeru untuk menghancurkan pegangan batil pada anutan kebanyakan masyarakat hari ini, maka pendidikan ASWJ yang merangkaikan Tauhid, Fekah dan Tasawwuf sebagai asas agama perlu dibangunkan kembali.
Kita menghormati para sahabat yang begitu gigih menyerang kebatilan, tetapi dalam masa yang sama kita sangat perlu memberi tumpuan mentarbiyah diri, keluarga dan masyarakat dengan pengamalan ASWJ yang benar. Insyallah, apabila kita menaikkan yang haq, nescaya kebatilan akan lenyap.

Firman Allah SWT :

“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra': 81)

Mari kita mulakan dengan diri kita, keluarga kita dan mereka yang hampir dengan kita untuk diberi faham dan menghayati hakikat ASWJ. Memulakan dengan pelajaran tauhid Sifat 20, kemudian membersihkan diri dengan melaksanakan hukum Allah (bersyariat) dan memperbanyakkan ibadah untuk menghancurkan ananiah diri dan muktazilah. Hasilnya akan memiliki cahaya hati yang terpancar dari lubuk qalbi untuk mencapai Ihsan.

Dengan 3 gabungan ini, maka sempurnalah seorang itu dipanggil hamba Allah yang siddiq. Ia akan menghasilkan buah yang dapat membentuk kembali politik, ekonomi, sosial dan lain-lain aspek pembangunan ummah berlandaskan kesepaduan Ad-Din.

SYAIKH MURABBI

Memiliki Syaikh Murabbi yang jiwanya sudah memiliki syuhudiah, akan mempercepatkan lagi proses penyucian jiwa dari ananiah untuk mencapai hakikat ASWJ, dengan menerima talqin darinya untuk dibenihkan nur syuhudiah ke dalam jiwanya. Ia adalah barakah yang bertali sampai pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Dalam masa yang sama, Allah boleh mengurniakan (syuhudiah) kepada sesiapa yang dikehendakiNya walaupun tanpa murabbi dan rantaian sanad. Namun untuk menjalani proses penyucian dan mencapai Asrar (rahsia-rahsia keTuhanan) yang halus-halus dalam tasawwuf, maka wajib memiliki murabbi agar tiada tersesat dari ASWJ dalam perjalanan rohaniahnya.

Tauladan ini ditunjukkan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang menjadikan Jibril a.s sebagai murabbinya ketika menuju kepada Allah dalam peristiwa Isra' Mikraj. Sesungguh pada segala sunnah Nabi tidak berlaku dengan tiada sengaja atau dianggap kecil, bahkan semuanya mempunyai pengajaran dan rahsia yang perlu dikaji, diimani dan diikuti untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.

Bila memisahkan akar, batang dan dahan, pohon tersebut tiada makna dan tiada akan menghasilkan buah. Begitu juga memisahkan tiga rangkaian asas agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan juga akan membawa seorang itu beragama dalam keadaan tidak sempurna dan tidak akan menghasilkan keindahan buah yang dapat dipetik oleh masyarakat di sekelilingnya.

“ISLAM PLASTIK”

Pemisahan hanya pada sebutan sahaja, tapi hakikatnya untuk mendapat buah mempelam, akar, batang dan dan dahan diperlukan. Begitu juga untuk mendapat hakikat agama, ilmu akidah yang benar, ibadah yang benar dan pandangan mata hati yang benar perlu berseiringan tanpa ada satu yang terputus.

Buah yang didapati tanpa melalui pokok adalah buah plastik, begitu juga agama tanpa melalui tiga rangkain tersebut adalah ‘Islam plastik’. Nampak di luarnya sama, tetapi apabila dihampiri, tiada bau dan tak dapat dimakan.

Ramai orang dilihat pada zahir agamanya begitu bagus, tetapi apabila dihampiri, kita tidak mendapat manfaat melainkan keburukan akhlak yang penuh buruk sangka, fitnah, umpat keji, sombong, riak, dengki, tamak, lemah keyakinan, bergantung pada makhluk, mudah terpedaya, sukar untuk menghormati pendapat yang lain, kagum dengan diri sendiri dan lainnya. Ibarat buah keras yang tiada isi, dilihat pada zahirnya keras tetapi apabila dipicit sahaja sudah pecah. Ia disebabkan agama pada dirinya tiada isi yang berakar pada tauhid yang benar, ibadah yang khusyu’ dan jiwa yang memiliki perasaan kebersamaan dengan Allah atau mata hati yang memiliki cahaya seolah memandang kepada Allah (syuhud).

Hal ini bukan sahaja terjadi pada orang awam, tetapi juga pada mereka yang bergelar ulama, para ustaz atau ahli agama. Ini kerana mereka hanya memiliki maklumat agama tetapi tiada jiwa agama. Ia ibarat komputer yang memiliki segala data maklumat mengenai agama, tetapi tiada jiwa dan ruh agama.

ULAMA PUNCA PERPECAHAN?

Kesesatan akidah dan penyelewengan agama bermula daripada ulama kurun ketiga lagi sehingga berpecah pada 73 puak. Ia bukan dicetus orang awam tetapi dicetus oleh mereka yang dipanggil para ulama.

Berapa ramai hari ini yang menolak ilmu tasawwuf malah mengatakan ia tiada perlu diamalkan. Ramai di kalangan Tuan Guru pondok hari ini sendiri yang terkena virus wahhabi, qadariah dan muktazilah sehingga berfikiran seperti ini. Ilmu tasawwuf yang mereka pelajari hanya dalam bentuk maklumat, bukan untuk diamal dan dihayati, malah jiwa mereka kering dengan tasawwuf.

Ini dinyatakan sendiri oleh Almarhum Syeikh Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah al-Fathani[1] kepada penulis ketika mengunjunginya satu ketika dahulu, bahawa “70% pondok di Malaysia dan Patani (Thailand) terkena virus wahhabi dan lari daripada asas yang didirikan oleh Syaikh Daud al-Fathani dan Syaikh Ahmad al-Fathani, ia disebabkan meninggalkan tarbiyyah tasawwuf.”

Kebanyakan pondok hari ini sudah menjadi seperti universiti yang hanya menekan pada aspek maklumat ilmu semata-mata tanpa adanya pentarbiyahan jiwa untuk mencapai nafsu Mutmainnah, pembinaan akhlak dan ibadah yang khusyu’. Lahirlah para ahli ilmu yang angkuh, mudah menghukum orang lain, berburuk sangka, terlarut dalam perbahasan fekah tetapi akhlak dan jiwa langsung tiada mencerminkan kerendahan diri, berbaik sangka dan kasih sayang.

Ada setengah tempat berlaku perpecahan, berpuak-puak dalam perebutan solat jenazah, penerimaan zakat dan sumbangan, perebutan kuasa mentadbir dan sebagainya, cela mencela kalangan para ustaz sehingga para murid berpecah belah walaupun berada pada pondok yang satu.

PENYELEWENGAN GOLONGAN TAREKAH

Begitu juga dengan golongan tarekah tasawwuf yang dilihat tiada memiliki sifat-sifat yang baik, angkuh, sombong, mudah menghukum, meringankan syariat yang jelas tiada khilaf, berebut untuk menjadi khalifah, bergaduh antara khalifah, khalifah tua terus mahu menguasai walaupun jahil dan banyak kesalahan. Ini disebabkan tarekahnya dipermulaan lagi bukan berdasarkan akidah yang benar dan bukan bermatlamat untuk mencapai kesempurnaan ASWJ. Tetapi yang dicari ialah maqamat, kasyaf, ladunni, karamah yang semuanya akan membawa pada ananiah dan menebalkan lagi cahaya qadariahnya!

Ramai yang sesat dalam tasawwuf apabila terkeliru dalam fahaman Wahdatul Wujud[2] sehingga menjadi JABARIAH (Tuhan semata-mata, manusia seperti kapas, tiada usaha ikhtiar), mencari kelebihan yang berpunca pada Qadariah, salah faham pada Ilmu Martabat Tujuh[3], terpengaruh dengan kitab Hakikat Insan Ahmad Laksamana[4] yang meringankan syariat. Malah ada juga fahaman yang menuju kepada persamaan agama dan lainnya.

Ini disebabkan kejahilan ummah hari ini yang tiada faham bahawa agama berdiri pada tiga asas yang bersepadu dan ia ibarat tapak yang kukuh bagi sebuah bangunan.

Ramai yang mendakwa mereka ASWJ (termasuklah diri penulis…), tetapi amalan dan cara berfikir, cara bertauhid, cara bercakap semuanya menuju pada qadariah, muktazilah malah jabariah yang sesat dan batil.

Maka untuk mencari ulama waris Nabi adalah sukar pada zaman ini. Pada zahirnya ilmu mereka betul, tetapi pada pengamalan dan pegangan, ramai di kalangan mereka yang tidak berada dalam ASWJ yakni pegangan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan para sahabat r.a.
Sesungguhnya zaman ini adalah fitnah, dan para ulama yang sesat ini adalah pembawa fitnah yang utama! Mereka menjadikan ummah ini bertuhan pada akal, mentafsir al-Quran dengan logik akal, menjauhi perkara kerohanian yang dianggap sebagai bida’ah, menolak adanya karamah dan barakah serta memusuhi jalan para auliya’ kerana dilihat tak sesuai dengan akal.

Mereka hanya melihat pada amal dan ilmu, terhijab dengan kitab-kitab sehingga merasa sudah cukup dijadikannya sebagai wirid. Perasaan ananiah amat tebal sehingga melihat dirinya yang alim sehingga merendahkan keilmuan orang lain. Mereka sanggup menukar agama dengan dunia, mereka lebih takut manusia daripada Allah, mereka lebih takut celaan manusia daripada celaan Allah, mereka lebih mencari pujian manusia daripada pujian Allah.
Ini adalah contoh sifat para ulama yang perlu dijauhi kerana mereka bukan ASWJ yang sempurna, malah tidak terlepas daripada muktazilah dan qadariah walau matan-matan kitab Asya’irah dihafal sekalipun.

Demi Allah, begitu sukar untuk menjadikan diri (penulis) sebagai seorang yang benar dalam ASWJ dan begitu sukar untuk mencari sahabat ASWJ di zaman ini. Sesungguhnya ASWJ bukan sekadar ilmu, kefahaman atau hafalan, bukan sekadar mengamalkan hukum, tetapi perlu memiliki cahaya hati yang menghasilkan adabiah yang tinggi dengan rukun Iman dan rukun Islam.

WaLlahu ‘alam.
_________________
  1. Nama sebenar beliau ialah Hj Wan Mohd. Shaghir bin Hj Wan Abdullah bin Hj Wan Abdul Rahman bin Hj Wan Abu Bakar bin Wan Ma’aris bin Cik Wan Taksim al-Qumurani al-Juhuri al-Fathani bin Datuk Bendahara Lingkai al-Juhuri al-Fathani, iaitu Megat Seri dan Laksamana Johor. Ibunya Hjh Wan Zainab binti al-‘alim al-‘allamah Syaikh Wan Ahmad bin Syaikh Hj Wan Muhammad Zainal ‘Abidin bin Syaikh Hj Wan Musthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal ‘Abidin @ Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin ‘Ali al-Masyhur al-Laqihi. Beliau berasal dari keturunan al-Fathani, mengambil dari sebelah ibunya yang merupakan anak kepada ulama terkenal alam Melayu, Syaikh Ahmad al-Fathani. Lahir pada 17 Ogos 1945 di Pulau Midai, Kepulauan Riau, Indonesia. Pengasas Khazanah Fathaniah dengan penulisan dan transliterasi kitab pelbagai tajuk, menulis di akhbar, majalah, wawancara di media elektronik dsb, serta mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI) bagi tujuan pengumpulan, penyelidikan, penerbitan dan penyebaran khazanah Islam ulama dan tokoh silam dunia Melayu di rantau Asia Tenggara/Nusantara. Almarhum pulang ke rahmatullah pada 12 April 2008.
  2. Wahdatul Wujud yang sesat ialah kefahaman bahawa “Allah dan makhluk adalah satu. Iaitu, makhluk bersatu dengan Allah. Mereka memahami Wahdatul-wujud sebagai fahaman hulul (Allah bergabung dalam makhluk) dan ittihad (Allah dan makhluk adalah satu pada zat).” Adapun yang benar ialah “Seluruh makhluk yang wujud, pada asalnya tidak wujud (adam). Mereka (seluruh makhluk tersebut) akhirnya wujud apabila Allah SWT mewujudkan mereka. Maka, seluruh makhluk pada hakikatnya wujud dengan sebab kewujudan Allah SWT, kerana kalau tanpa kewujudan Allah s.w.t., tanpa izin dan bantuan Allah s.w.t., nescaya tiada makhluk pun yang wujud ataupun meneruskan kewujudannya. ((Inilah maksud sebenar Wahdatul-wujud yang dihayati oleh orang-orang arif dari kalangan para sufi. Mereka menghayati dan merasai, kewujudan mereka, bahkan seluruh kewujudan makhluk Allah s.w.t., adalah daripada Allah s.w.t., yang telah menciptakan mereka daripada tiada. Jadi, mereka tidak merasakan wujud mereka tersendiri)
  3. Pembicaraan mengenai Alam Ahadiah, Wahdah, Wahidiah, Arwah, Mithal, Ajsam & Insan serta Nur Muhammad.
  4. Difatwa sesat oleh JAKIM dsb, sila rujuk Fatwa Jabatan Mufti Selangor

Monday, October 18, 2010

Inilah Perjuangan berasaskan CINTA

Cinta itu aneh

Cinta itu ANEH kerana semakin bertambah cinta kepada Allah bermakna semakin takut kita kepada NYA, dan semakin takut kita kepada NYA semakin pula kita menghampiri NYA

Lalu, tatkala cinta kepada ALLAH dan Rasul NYA melebihi cinta sekalian makhluk, maka hampirlah ia untuk mendapat kemanisan dan keINDAHAN iman

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Namun, keindahan iman itu tidak cukup dengan hanya dikecapi seorang diri, rasa RISAU di atas kerosakan umat mesti lahir di jiwa para pencinta kebenaran, lalu menerpa masuk ke kancah kerosakan menarik jiwa2 yang lalai supaya turut merasai kemanisan cinta yang Maha Cinta.

~ inilah perjuangan yang berasaskan cinta ~

“Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya”.
dipetik dari Minhajul Muslim (karangan Abu Bakr Jabir Al-Jaza'iri)



Manifestasi cinta Rasulullah Sallahu'alaihi wasallam

Hidup Baginda sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk umatnya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

cuba renungkan hadis ini,

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim)

bagaimana umat ini sentiasa lupa, sering sahaja mendekati kerosakan, walau kerap kali diingatkan, namun KASIH dan CINTA Baginda yang tidak pernah pudar itu sentiasa mendorong Baginda berusaha menyelamatkan umatnya dari kemurkaan Allah, inilah sikap yang seharusnya kita contohi dan teladani.

Kasihlah kita kepada Baginda Sallallahu'alaihi wasallam
Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

ALLAH ALLAH ... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad


Thursday, September 30, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam

KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA RASULULLAH Sallallahu'alaihi wasallam


Rasulullah SAW bersabda:

"Semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah SWT sampai hari Kiamat nanti apa

saja yang Dia kehendaki, kecuali durhaka kepada orang tua, maka

sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya sebelum meninggal dunia" (Hadist Riwayat Hakim).

Disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H dilembah Uranah,Arafah.

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Karenanya dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, karenanya pandanglah kehidupan dan milik, setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinahan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.

Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Karenanya simaklah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini bisa lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umat-Mu ya Allah.


Saturday, September 11, 2010

Eid Mubarak - Semoga kita tidak lebih kata dari laksana

"Kita adalah satu kaum yang Allah muliakan kerana menerima Islam, ketika mana kita mencari kemuliaan lain selain dari Islam maka Allah memberikan kehinaan kepada kita" - Saiyyiduna Umar Al-Khattab r.a.

Ramadhan yang indah, yang menfana'kan kita itu sudah berlalu, tatkala kita keluar dari situ, panas bahang berkah-berkah ramadhan terasa seperti masih melekat di kulit2 dan anggota badan,segar,penuh semangat dan syukur tak terhingga madrasah itu dapat kita dilalui lagi buat yang ke sekalian kalinya. Semoga kita bisa menjadi tetamunya lagi, InsyaALLAH.

Maka banyaklah graduan-graduan yang penuh gembira bertebaran menyambut kegemilangan syawal tanda kemenangan.

Namun perlu diingat, kita tidak akan secara kebetulan menjadi orang yang bertaqwa sebaik sahaja berakhirnya ramadhan. Fajar syawal tidak pernah menjanjikan anugerah taqwa kepaada sesiapapun melainkan bagi mereka yang mampu mengharungi cabaran nafsu sepanjang ramadhan.

Oleh itu, sepatutnya kita membuat perhitungan semula dan muhasabah diri kita, sejauh manakah kita ber'amal dengan ajaran Islam. Apakah semuanya sudah benar-benar melandasi hidup kita seperti mana yang dianjurkan oleh Allah dan RasulNya, atau kita hanya lebih kata dari laksana, masing-masing tanyalah diri sendiri, getuslah rasa tanyalah jiwa.

Hubungan dengan manusia

Kadang2 kita berasa sudah cukup dalam menjaga hubungan baik kita dengan Allah, tetapi kita sering gagal memperbaiki hubungan kita sesama manusia, bukankah hubungan baik sesama manusia itu juga manifestasi kepada patuhnya kita kepada Allah??

Dalam hal ini, Prof. Hamka ada menyebutkan tingkatan taqwa dalam berhubungan baik dengan manusia:
1-bermula dengan sifat pemurah dalam membantu manusia lain semasa senang atau susah
2-mampu menahan marah terhadap manusia
3-mampu memberi kemaafan atas segala kesalahan manusia

As-syahid Imam Hassan Al-Banna juga ada menyebutkan bahawa serendah2 tingkatan ukhuwwah itu ialah BERLPANG DADA/BERSNGKA BAIK dan setinggi2 tingkatan ukhuwwah ialah ITSAR iaitu melebihkan saudaranya.

Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan ini memohon kemaafan dari sekalian manusia yang pernah saya bersalah padanya dan minta halal di atas hak-hak yang saya abaikan. Semoga dengan kemaafan yang anda berikan meletakkan anda di tempat yang terpuji di sisi Allah dan melepaskan saya dari dahsyatnya hisab di akhirat kelak.

Kesimpulan

Semoga kedatangn aidilfitri ini menjadi penyebab itu bersatunya hati-hati umat Islam. Berjanji dan berazamlah bahawa selepas ini tidak ada lagi keutamaan yang lain bagi kita kecuali untuk meletakkan agama Allah ini dikedudukan yang tertinggi yang tidak ada yang lain lagi dapat mengatasinya.

Wallahua'lam
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Sunday, August 29, 2010

Doa Selepas Tarawih


الحَمْدُ للهِ رَبِّالْعَالَمِينَ/ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهْ / يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكْ / اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ / اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيماَنِ كَامِلِينْ / وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدّيِنْ / وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينْ / وَعَلَى الصَّلَوَاتِ مُحَافِظِينْ / وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينْ / وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِينْ / وَعَلَى الْبَلاَءِ صَابِرِينْ / وَفِى الدُّنْياَ زَاهِدِينْ / وَفىِ اْلآخِرَةِ رَاغِبِينْ / وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينْ / وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينْ / وَمِنَ النّاَرِ ناَجِينْ / وَعَلَى سُرُرِ الْكَرَامَةِ قاَعِدِينْ / وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَلَبِّسِينْ / وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينْ / وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًّى شَارِبِينْ/ بِأَكْوَابٍ وَأَباَرِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينْ / مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِييِّنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينْ / وَصَلّ ِاللَّهُمَّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ / وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِينْ

Hai Allah, jadikanlah kami orang yang imannya sempurna. Bisa mengerjakan yang wajib. Bisa menjaga sholat dan bisa menunaikan zakat. Bisa menuntut/ mencari kebaikan di sisi-Mu, mengharap ampunan-Mu, memegang teguh petunjuk-Mu, berpaling dari penyelewengan, zuhut (sederhana) terhadap dunia, mencintai amal untuk bekal akhirat, ridho terhadap kepastian (Allah), syukur terhadap nikmat yang telah diberikan, dan sabar terhadap segala cobaan.


Dan mudah2an di hari kiamat nanti, kami dalam satu barisan dibawah panji junjungan Nabi Muhammad SAW melewati telaga yang sejuk, bisa masuk surga, duduk diatas tahta kehormatan, didampingi bidadari, mengenakan pakaian kebesaran dari sutra warna warni, menikmati makanan surga, minum susu dan madu murni. Dalam gelas2 dan kendi2 yang tak pernah kering, bersama mereka yang tlah Engkau beri nikmat kepadanya dari golongan para Nabi para Shiddiqin, para syahid (yang gugur dalam membela agama Allah), para shoolihin, dan baik sekali mereka menjadi kawan kami.

Demikianlah kemurahan dari Allah dan mudah2an Dzat yang Maha Mengetahui memberi kecukupan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِيْ هذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ، وَلاَ تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ اْلأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُوْدِيْنَ، إِلهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا، وَاغْفِرِ اللَّهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلأُمَّهَاتِنَا، وَلإِخْوَانِنَا وَلأَخَوَاتِنَا، وَلأَزْوَاجِنَا وَلأَهْلِيْنَا َوِلأَهْلِ بَيْتِنَا، وَلأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا، وَلأَسَاتِذَتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا، وَلِمَنْ عَلَّمْنَاهُ وَلِذَوِى الْحُقُوْقِ عَلَيْنَا، وَلِمَنْ أَحَبَّنَا وَأَحْسَنَ إِلَيْنَا، وَلِمَنْ هَدَانَا وَهَدَيْنَاهُ إِلَى الْخَيْرِ، وَلِمَنْ أَوْصَانَا وَوَصَّيْنَاهُ بِالدُّعَاءِ، وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ.
وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ، وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْمُعْتَمِرِيْنَ وَالغُزَاةِ وَالزُّوَّارِ وَالمُسَافِرِيْنَ، فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ، يَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ، وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Tuesday, August 24, 2010

Isu Penyatuan UMNO - PAS (bahagian 2/2)

MEREKA DAPAT UNTUNG, RUGI DITANGGUNG RAKYAT

Majoriti pemimpin UMNO kini dari pemimpin tertinggi sehingga peringkat cawangan adalah peniaga yang mencari untung bermodalkan harta rakyat. Mereka tiada keberanian untuk berniaga dengan wang sendiri, mereka menjadikan projek yang berselindung atas nama projek rakyat sebagai perniagaan yang boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit. Jika projek tersebut berjaya, mereka memperolehi keuntungan, jika gagal, kerugian tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Kekayaan negara akan berlegar hanya pada golongan mereka.Justeru untuk menjadi jutawan dengan harta rakyat ini, mereka berhempas pulas untuk mendapat jawatan kerana ianya akan membuka ruang untuk mencapai cita-cita tersebut.

Bergabung saat mereka dalam kemabukan ini tiada akan memberi manfaat. Ibarat orang sedang mabuk, mereka tidak akan menerima apa jua nasihat ketika itu. Cara yang selamat ialah dengan menghentikan mereka minum dengan mengurung mereka di pusat-pusat pemulihan sehingga ketagihan mereka hilang, kemudian barulah boleh diberi nasihat.

Jika kita kasih kepada saudara Melayu kita dalam Umno, marilah kita hentikan kerosakan yang dilakukan dengan menghentikan mereka dari terus memerintah Malaysia ini. Ia menepati hadis di atas di mana Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kita membantu golongan yang zalim dengan kita menghentikan kezaliman mereka. Moga dengan mereka berehat atau kehilangan kuasa dan tiada peluang membina kekayaan, mereka menjadi golongan yang insaf dan membaiki diri.

BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Kita mesti berani melakukan perubahan dengan membuang segala belenggu pemikiran yang sudah lama diikat dengan pelbagai fobia ciptaan UMNO dengan memberi kuasa pula pada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik.

UMNO akan tetap menunjukkan wajah prihatin pada masyarakat dengan budaya subsidi dan duit ihsan. Ianya tidak lain melainkan mahu orang Melayu tetap berjalan dengan bertongkat pada UMNO. Orang Melayu tidak akan diajar berjalan sendiri tanpa tongkat kerana jika orang Melayu sudah pandai berjalan sendiri, mereka tidak akan memerlukan UMNO lagi.

Hanya dengan duit ihsan RM600 setahun, pemikiran dan jiwa orang Melayu terus diikat dengan tongkat sakti mereka sehingga mereka sanggup menjadi bangsa yang miskin, pasif dan tidak berdaya maju. Budaya ini menyebabkan kekayaan negara akan terus dimiliki sesiapa sahaja yang pandai merebut peluang sama ada orang Cina, Jepun, Indonesia, Kemboja atau lainnya kerana mereka tiada tongkat UMNO.

UMNO tetap akan melemahkan orang Melayu dengan tongkat, keangkuhan dan ketamakan yang mana dengan budaya ini jika dikekalkan, orang Melayu satu masa akan merempat di negara sendiri.

Kepada para sahabat saya yang masih terkhilaf dengan permasalahan ilmu sehingga merasa kurang senang dengan PAS lalu mengambil sikap berdiam diri dan ada yang menentang cara terang-terangan, saya memberi nasihat agar kita perlu memiliki pertimbangan bijak demi kebaikan kepada Agama dan Negara.

Kita tidak boleh menyelesaikan dua perkara yang besar dalam satu masa. Isu politiknya kita mesti menghentikan pemerintahan BN demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang. Adapun isu khilaf ilmu kita selesaikan dengan cara muzakarah di kalangan ulama dengan tidak melibatkan orang awam dan pendirian politik.
Ibarat melihat masjid yang terbakar, terdapat di sana golongan yang kita tidak senang dengan ilmunya sedang berusaha memadamkan api… bagaimana sikap dan keutamaan kita pada ketika itu? Mendiamkan diri walaupun masjid terbakar kerana tidak setuju dengan golongan tersebut, sedangkan dalam golongan tersebut ada mereka yang sama pendirian ilmunya dengan kita atau bersama memadamkan api dahulu barulah kita mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan?

Saya meyakini bahawa ketuanan Melayu tidak akan terjejas apabila Pakatan Rakyat memerintah. Kaum Cina dan India mengetahui bahawa mereka tidak boleh memilki kekuasaan politik tanpa orang Melayu. Perlembagaan juga menghalang mereka untuk menjadi kuasa yang tertinggi di Malaysia kerana ia perlu kepada persetujuan Yang Dipertuan Agung. Apa yang mereka mahu hanyalah pemerintahan Melayu yang berlaku adil kepada mereka.

Seorang pensyarah universiti menegaskan yang Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi kaum Melayu pada setiap tahun. Statistik ini menyakinkan beliau.

Justeru kita wajib mewujudkan pemerintahan Melayu yang berteraskan Islam, bukannya kebangsaan. Ia akan memadamkan bara api perkauman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam mentadbir Madinah.

PAS MEMIMPIN MELAYU

Saya amat meyakini kepimpinan PAS dan Melayu dalam PKR juga sudah mengambil kira segala hal demi memberi kebaikan pada semua rakyat tanpa merombak dasar-dasar kerajaan kini jika ia mempunyai kebaikan pada orang Melayu, negara dan Islam.

Tahalluf politik mereka adalah bersyarat dimana ianya terikat dengan perjanjian. Mana-mana parti yang melanggar perjanjian apabila memerintah, maka dengan sendirinya tahalluf itu akan terbatal. Antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang paling tersusun, keahlian yang ramai dan pengaruh yang besar pada orang Melayu.

PAS sudah mampu menggantikan UMNO dalam menerajui kepimpinan Melayu berteraskan Islam. Kepimpinan ulama dan pejuang Islam lebih memberi kebaikan yang besar kerana menyambung perlaksanaan Rasulullah SAW dalam siasah dan pentadbiran.

Justeru itu pemikiran ‘takut’ akibat ajaran UMNO perlu dibuang jika mahu menjadi rakyat yang bijak serta benar-benar menggunakan kuasa yang dibenarkan dalam sistem demokrasi demi kebaikan pada negara.

Kita sebagai rakyat diberi kuasa pemilihan lima tahun sekali untuk menilai keupayaan mana parti dalam mentadbir, bukannya kita memberi kuasa mutlak yang tiada boleh digantikan selama-lamanya. Jika UMNO wujud di Jepun, Korea atau negara-negara maju yang lain, UMNO sudah lama dikuburkan oleh rakyatnya dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan.

Mereka yang suka dengan cara yang sama walaupun telah 50 tahun lamanya adalah mereka yang tiada memiliki jiwa besar dan berani melakukan perubahan ke arah yang baik.

Kita tidak boleh menafikan di sana ada jasa dan kebaikan yang dilakukan UMNO. Kita perlulah menghargainya, namun dasar-dasarnyanya tiada boleh kita terima dan kerosakan partinya tiada lagi dapat diubati. Keuzurannya itu memerlukan mereka berehat untuk mereka membuat rawatan.

Kita sebagai kuasa rakyat wajar memberi peluang kepada Parti Alaf Baru (Pakatan Rakyat) yang menepati dasarnya dengan perubahan dunia dan jiwa generasi baru hari ini. Isu peribadi dalam Pakatan Rakyat seperti isu Anwar dan lainnya bukan menjadi isu bagi kita kerana perjuangan kita sebagai rakyat bukan mahu menaikkan individu, tetapi mahu menaikkan ma’aruf dan menghapuskan kemungkaran demi menunaikan tuntutan dan kewajiban agama.

HARAPAN

Apa yang diharapkan, Pakatan Rakyat akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila mencapai kemenangan, bukan menjadikannya sebagai kesempatan untuk membalas dendam, mengumpul harta, tidak berlaku adil sebagaimana perangai UMNO dan BN.

Marilah kita sama-sama membina kuasa rakyat yang kuat agar dapat mengajar orang politik berpolitik demi kebaikan semua. Masyarakat Islam generasi sahabat sentiasa prihatin apa yang dilakukan oleh pemimpin, mereka akan terus menegur dan membantah jika dilihat ada perkara yang meragukan.

Pernah para sahabat mempertikaikan bagaimana Saidina Umar r.a boleh membuat jubah sedangkan kain yang dibahagikan tidak boleh membuat jubah. Maka Saidina Umar r.a memberitahu bahawa anaknya Abdullah r.a telah memberi bahagian kainnya untuknya sehingga boleh membuat jubah. Inilah masyarakat yang dikehendaki oleh Islam, mereka berpegang pada prinsip amal ma’aruf dan nahi mungkar dalam kehidupan demi menjaga kebaikan agama, negara, pemimpin dan rakyat.

Inilah pandangan saya dan diharap para sahabat dapat menilai dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka, walaupun mungkin ada percanggahan pendapat.

Hanya Allah yang kita maksudkan dan keredhaanNya yang kita cari.

Al faqir illaLlah
Ibrahim Mohamad
Khadam Syathariyah
Pulau Manis, K. Terengganu

http://kuliahaddeen.blogspot.com/2010/08/isu-penyatuan-umno-pas-bahagian-22.html

Sunday, August 15, 2010

Isu Penyatuan UMNO - PAS (Bahagian 1)

sumber>> kuliahaddeen.blogspot.com

Assalamualaikum kepada para sahabat yang dikasihi,

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda di depan sahabat yang bermaksud :

“Berikan pertolongan kepada saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi”.
Sahabat hairan lantas bertanya: “Kami faham jika kami memberikan pertolongan kepada saudara kami yang dizalimi tapi bagaimana pula memberikan pertolongan kepada saudara kami yang menzalimi?”
Baginda memberikan penjelasan dengan sabdanya: “Kalian halang dia daripada berbuat zalim, dengan itu kalian telah memberikan pertolongan kepadanya.” (Hadis Bukhari)

Sikap tolong-menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم maksudnya: “Allah SWT sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Bahkan memberikan pertolongan adalah sedekah yang paling baik. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda maksudnya: “Pertolongan kamu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunia)

Permasalahan Agama dan Negara adalah dua perkara yang wajib diketahui dan diambil berat oleh setiap Muslim. Sikap tiada kesedaran dan prihatin terhadap perkara-perkara tersebut akan membawa kehancuran pada agama dan negara.

ISU PENYATUAN UMNO – PAS

Kita kini dihangatkan dengan isu penyatuan UMNO dan PAS. Ramai sahabat yang datang bertemu saya dan mengajukan persoalan ini untuk mengetahui pandangan dan sikap saya dalam isu tersebut.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan apa jua penyatuan, namun saya tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO-PAS pada masa ini. Saya melihat ia hanyalah strategi politik UMNO untuk menguatkan kedudukannya bagi mengekalkan kuasa dan mengumpul kekayaan. Dicipta pelbagai slogan provokasi untuk membangkitkan rasa gerun di kalangan orang Melayu konon orang Melayu akan kehilangan kuasa, mereka akan menjadi hamba di tanah air sendiri, masa depan mereka terancam dan kemuncaknya mereka akan kehilangan kuasa majoriti di negara sendiri. Dengan alasan ini maka UMNO melaungkan slogan demi survival bangsa dan agama Islam maka orang Melayu wajib bersatu… bersatu untuk menyokong UMNO!

Ini adalah teknik ‘reverse psychology’ atau ‘saikologi songsang’ UMNO apabila menyedari kedudukan mereka kian kritikal dan terancam. Teknik ‘Saikologi Songsang’ (SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindakbalas atau reaksi yang bertentangan. Bagi kaum Cina, ia bukan perkara baru kerana kaedah ini merupakan strategi yang ke-32 dari 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi. (rujukan: Wikipedia)

Maka UMNO menggunakan taktik ini dengan mencipta pelbagai slogan provokasi untuk menimbulkan rasa gerun di kalangan orang Melayu, mengapi-apikan semangat perkauman dan bertujuan memecahkan kesatuan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

USAH TERPERANGKAP

Pada mereka yang cintakan kebaikan dan perubahan seharusnya tidak terperangkap dengan lagu-lagu lama yang dimainkan kembali oleh UMNO seperti isu akan hilang kuasa Melayu dan sebagainya apabila PR menguasai negara ini.

Saya melihat UMNO tidak ubah seperti karektor penjahat dalam filem-filem Bollywood. Di depan masyarakat para penjahat ini bagaikan dewa dengan menolong orang miskin, menderma, mendirikan kuil-kuil dan sebagainya, namun di belakang mereka adalah penyamun, merampas harta dengan penipuan, membunuh, merogol, mendera, melakukan kacau bilau dan sebagainya. Kejahatan mereka hanya dapat disedari oleh beberapa hero sahaja namun tiada ramai yang akan percaya pada hero tersebut apabila diberitahu hakikat sebenarnya.

Dalam konteks UMNO sebagai contoh, merekalah hero dalam melaungkan 1Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di negara ini, namun dalam masa yang sama mereka membangkitkan isu-isu perkauman yang sensitif, menanam kebencian antara kaum, menakut-nakutkan orang Melayu jika PR memerintah dan sebagainya. Bahkan bukan lagi menjadi rahsia umum bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) adalah medan mereka menjayakan agenda tersebut sehingga menjadi perbahasan hangat di Parlimen satu waktu dulu.

Saya melihat bahawa kekacauan yang berlaku kepada negara sehingga membawa kepada pelbagai permasalahan seperti keruntuhan agama, kerosakan akhlak generasi muda, kelemahan orang Melayu, perpecahan masyarakat, sifat benci, dendam antara kaum, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), hilangnya rezab Tanah Melayu, dasar pendidikan yang celaru, kehancuran sistem kehakiman, budaya rasuah, agama menjadi sampingan dan lainnya adalah berpunca dari dasar UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional (BN).

Siapakah yang menggagalkan DEB? Tidak lain adalah UMNO yang menyerahkan projek-projek yang diperolehi dari kerajaan kepada tauke-tauke Cina (projek Ali Baba). Siapakah yang mengkayakan Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krisnan (sekadar menyebut beberapa nama) dan yang lainnya kalau bukan UMNO?

Siapakah yang menghilangkan tulisan jawi di sekolah-sekolah, menjual tanah rezab orang Melayu, menjadikan mahkamah bahan ketawa masyarakat dunia, mengikat lidah para mahasiswa, mengikat lidah para ahli agama dan mufti-mufti kalau tidak UMNO?

Penyakit rasuah bukan sahaja menjadi budaya dalam struktur organisasi kerajaan tetapi turut berjangkit ke peringkat pemilihan pemimpin hatta di peringkat cawangan sekalipun. Jika parti sendiri telah bergelumang dengan rasuah, perpecahan dan kerosakan akhlak, bagaimana parti itu mampu untuk mentadbir dan mengendalikan pemerintahan yang bersih dari rasuah, perpecahan masyarakat dan membina akhlak negara?

MEMBINA DAN MERUNTUH

Kita tak menafikan UMNO banyak meluluskan bajet kewangan dalam menguatkan syiar agama dan dakwah seperti JAKIM, Pejabat Agama, Perkim, Tabung Haji dan lainnya namun dalam masa yang sama UMNO juga meluluskan program-program yang merosakkan agama.

Bagaimana rakyat akan menjadi baik jika baja dan racun diletakkan bersama? Ibarat pohon yang diletakkan baja tetapi dalam masa yang sama, serangga yang merosakkan pohon juga diletakkan sama. Ini satu kerja bodoh namanya.

Pemerintahan UMNO dicanang menjadikan perjuangan agama, bangsa dan negara sebagai dasar utamanya, tapi selepas lebih 50 tahun apakah yang kita terima daripada perjuangan mereka? Adakah agama semakin kuat? Adakah orang Melayu semakin kuat kini?

Realitinya jelas di hadapan mata kita. Semakin lama dibiarkan UMNO memerintah, agama dan bangsa Melayu semakin lemah. Slogan perjuangan hanya tinggal laungan saja dimana hakikat yang sebenar mereka tiada kemampuan lagi untuk menguatkan agama dan orang Melayu. Perjuangan mereka hanyalah untuk kekuasaan dan kekayaan.

Hal ini disedari oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas. Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa penyakit dalam UMNO tidak boleh lagi dapat diubati, kerana busuknya sudah sampai ke perut.

Memang ada program pembangunan untuk kebaikan rakyat yang dirancang atau dijalankan oleh kalangan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas, namun kerana penyelewengan yang lebih hebat dilakukan oleh majoriti pemimpin UMNO lain, menyebabkan banyak program tersebut yang tidak mencapai matlamatnya.

Justeru, saya menyeru kepada semua sahabat yang memimpin apa jua pertubuhan atau Madrasah atau Tasawwuf agar menyedari hakikat ini. Kita perlu mempunyai keberanian menunaikan hak rakyat sebagaimana yang dituntut Islam. Ketaatan pada pemimpin adalah bersyarat selagi mereka berada dalam ketaatan pada Allah dan Rasul dengan mengamalkan sifat amanah, adil, mengajak berkasih sayang semua kaum, kebebasan, cekap dalam pengurusan dan melaksanakan ajaran Allah. Jika mereka melanggar dasar tersebut, maka kita sebagai rakyat wajib menukar mereka dengan golongan lain yang lebih baik untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut.

KUASA RAKYAT

Kita rakyat adalah tuan kepada negara ini, orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara kita. Jika mereka dilihat tiada mampu mentadbir dengan apa yang kita inginkan, maka kita sebagai tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain. Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kita masyarakat Islam hanya boleh taksub kepada Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana pemimpin atau parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al-Quran, maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini.

Pada hemat saya, penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS, PKR dan DAP menepati prinsip Islam yakni untuk menegakkan keadilan, amanah, kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. PAS, PKR dan DAP bersetuju berpegang pada prinsip-prinsip yang sama dan itulah prinsip yang selari dengan hukum Allah, yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyyat yakni mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melaksanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut telah dilanggar UMNO. Dasar UMNO meletakkan kebendaan mengatasi agama, sedangkan dasar PAS meletakkan agama mengatasi kebendaan. Jika bergabung dengan PAS, UMNO akan dapat memanjangkan lagi talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyeleweng harta rakyat, ia dianggap amat ganjil.
Bersambung...