Wednesday, February 22, 2012

Ukirlah kisah cinta

Cinta itu batu-bata hati, bergema di setiap penjuru kehidupan,
yang ditafsir dengan pelbagai erti dan kefahaman
yang di manifestasi melalui keputusan dan amalan
terpancar darinya segenap pengorbanan ….

Cinta pemimpin, kadang segalanya dibenarkan,
salah atau benar tiada dipedulikan,
walau terserak segala kezaliman,
Murka Allah apa diendahkan..

Adapun….cinta itu kurniaan Tuhan

Cinta Isteri, isteri boleh dicari lagi
Cinta anak, anak boleh di ‘buat’ lagi
Cinta kawan, kawan ada di sana sini
tetapi…
Cinta ibu ayah, tiada bergalang ganti..
yang ada itu, itulah dia seorang ibu…
yang ada itu, itulah dia seorang ayah…

Tatkala..
berpindah manusia ke dunia sana
kehidupan sebenar bermula
tanpa hujungnya…

Tatkala..
Matahari berpencak sejengkal di atas kepala
masing-masing dengan urusannya
Padang mahsyar tempat dikumpul semua manusia
ayah,ibu,isteri,sahabat,kawan,..siapa?....tiada lagi urusan sesama

“aku punya masalahku sendiri” – kemana cinta?

Bahkan para Nabi yang terdahulu,
Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Ibrahim,
tiada dapat membantu…

Lalu dikala hari yang begitu dahsyat itu
ada hanya seorang insan agung..
yang mana, kebahagiaan umatnya adalah kebahagiaannya
bahkan,kesusahan yang dialami umatnya sangat menyusahkan hatinya..

Cintanya kepada kita..tak mampu digambarkan
diketika nyawa sudah dikerongkongan…
masih lagi..yang diungkapkan… ummati..ummati..ummati…

UMMATI…UMMATI..UMMATI…

itulah insan yang akan menolong kita disana
Jangan dibazirkan perasaan cinta..
Ukirlah kisah cinta bersama Baginda,dlm kehidupan seharian
dalam setiap gerak dan ucapan…
Semoga dihari itu, kita bisa minum dari telaga kauthar kekasih
hingga tiada lagi akan dahaga buat selamanya..

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad


Wednesday, January 18, 2012

Wednesday, December 28, 2011

Sejambak Pesanan Untuk Dipasakkan



Ust. Nasruddin Tantawi


Dr. Kamal Helbawi


As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man


Ust Nasharuddin Mat Isa


Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Monday, December 5, 2011

Gua Ikut Enta - The Movie


video
Gua Ikut Enta The Movie - Part 1



video
Gua Ikut Enta The Movie - Part 2


video
Gua Ikut Enta The Movie - Part 3

Wednesday, November 30, 2011

Gerakan Pelajar : adakah hambar?

Peranan mahasiswa kadang-kadang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai agak ‘longgar’, tiada misi yang jelas, bersifat setempat dan tidak universal, seolah-olah mereka ini begitu hambar..

Tulisan ini bukanlah hendak mempertikaikan sesiapa, cuma lebih kepada muhasabah kepada diri dan sesiapa yang ingin bermuhasabah. Era hari ini, adalah era yang penuh dengan pertentangan ideology yang masing-masing cuba mencorak dan mengawal “world view” manusia, pertembungannya sangat hebat, masing-masing dengan hujjahnya, tidak mahu mengalah, terus bertelagah biarpun dari segi matlamat atau kaedah.. yang selalunya dianggap kemuncup kemuncup segar .. biasalah =)

GENERASI PENGGERAK : adakah sudah bergerak?

kebangkitan generasi penggerak mestilah berasaskan cirri-ciri yang terdapat pada golongan ULUL ALBAB, iaitu generasi yang dapat menjelas dan menghuraikan dengan baik, kemanakah hendak dituju dan jalan manakah yang hendak dilalui.

cirri-ciri ulul albab yang dimaksudkan antaranya ialah punyai persiapan kerohanian dan jiwa yang teguh lagi utuh, yang dapat memulakan pembangunan dari asas tapak yang betul selari dengan kehendak Allah swt.

Kemudian, keteguhan rohani ini hendaklah dilengkapkan dengan pengetahuan yang mantap lagi jitu, baik dalam bidang akademik yang diceburi, pengetahuan tentang Islam yang tidak hanya kekal di peringkat asas, serta perlu juga dilengkapi dengan akhlak yang bersih yang dapat dicontohi.

Pokoknya, gerakan pelajar mestilah sedar akan reality, antara gerakan dan siapa yang hendak digerakkan, sudah tentulah dalam pasca modenisasi ini, diri merekalah yang perlu digerakkan sebelum meraka berjaya menggerakkan pelajar lain dan masyarakat seluruhnya…

LANTARAN ITU….
Lantaran itu, gerakan pelajar seeloknya mewarnai wadah kepimpinan mereka dengan tradisi keilmuan dan kefahaman yang mantap dan berterusan…tidak hanya cakap-cakap kosong, kerana, mana mungkin sesebuah gerakan pelajar cukup dengan hanya larut dalam semangatnya tanpa sedar akan apa yang diperjuangkannya..

Terkesan dengan cakap-cakap seorang sahabat

“gerakan pelajar sebagai ejen perubahan tidak cukup dengan hanya menyerlahkan berbagai aktiviti semasa mereka berada di pusat pengajian, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka menterjemahkan ia,turun ke kancah ummah, memberi nafas baru kepada penduduk di luar kampus dan memberi kesan kepada pencorakan masyarakat”…

bengong kepala buat seketika..tahu tetapi tidak sedar..

SATU MUHASABAH: berdasarkan wahyu pertama

Sepatutnya, gerakan pelajar mengisi kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang, sebelum sepenuhnya turun ke kancah masyarakat, ya..ia adalah satu proses, jadi ia mestilah dimulakan..Penyakit malas membaca adalah punca kekenduran gerakan pelajar kini..apatah lagi jika yang tidak diketahui itu adalah perkara fardhu ain.. x mengapa, peluang utk belajar adalah seumur hidup, tetapi kita tidak pernah tahu sampai bila kita hidup =)..

Sesungguhnya, tidak ada tamadun yang tidak diteraskan dengan kehebatan ilmu, oleh itu, untuk mencipta tamadun yang seterusnya, gerakan pelajar (dalam konteks pelajar) mestilah memasakkan budaya keilmuan dalam susuk tubuh nadi naluri dalam diri. Semoga wadah gerakan menjadi begitu anggun dan terhormat..

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Wallahu’alam

Thursday, August 4, 2011

Katakanlah

Rangkaian 3 katakan
Difirmankan Allah SWT dalam kitabNYA
sebagai ingatan manusia
yang mahu memikirkan
yang mahu menghayati
dan memahami

Katakanlah....

Katakanlah
Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan tempat bergantung segalanya
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNYA

Katakanlah
Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh
Dari kejahatan makhlukNYA
Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita
Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir
Yang menghembus pada buhul-buhul
Dan dari kejahatan orang yang dengki
apabila ia dengki

Katakanlah
aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Sembahan manusia
dari kejahatan (bisikan) syaitan
yang biasa bersembunyi
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
dari jin dan manusia

......Katakanlah....

Sunday, July 31, 2011

'kita' mahu 'dia' yang mana?

Imam Al-Ghazali membahagi puasa kepada 3 tingkat:

PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjima'

PUASA ISTIMEWA(KHUSUS)
Puasa yang juga dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas(puasa umum)

PUASA PALING ISTIMEWA(KHUSUS AL-KHUSUS)
Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul, Nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

~~~~~~ Renungkan dan buatlah pilihan =) ~~~~~


ruj:Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Ismail Kamus
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid

Sunday, July 24, 2011

Mengapa peduli ?

Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan keadaan suatu kaum atau masyarakat yang menjaga batasan hukum-hukum Allah (mencegah kemungkaran) adalah ibarat satu rombongan yang naik sebuah kapal. Lalu mereka membagi tempat duduknya masing-masing, ada yang di bagian atas dan sebagian di bagian bawah. Dan bila ada orang yang di bagian bawah akan mengambil air, maka ia harus melewati orang yang duduk di bagian atasnya. Sehingga orang yang di bawah tadi berkata: “Seandainya aku melubangi tempat duduk milikku sendiri (untuk mendapatkan air), tentu aku tidak mengganggu orang lain di atas.” Bila mereka (para penumpang lain) membiarkannya, tentu mereka semua akan binasa.”
(HR Bukhari)

Thursday, July 14, 2011

Teguhlah, jangan terumbang ambing

Wahai sahabat,
seandainya kamu yakini fikrah ini
dan kamu menjejaki langkah kami,
serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini,
kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali Islam.

Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu
untuk aqidah yang kamu yakini ini,
maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu
dunia dan akhirat.


Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih terumbang-ambing
dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya,

maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan
tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai
-Mustafa Masyhur-

Monday, June 20, 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".



H.R Tarmizi


BERAPAKAH SAHAJA YANG TIDAK BERLAKU PADA HARI INI? ATAU TIADA SATU PUN KECUALI SEMUANYA SEDANG BERLAKU .. ALLAH