Wednesday, November 30, 2011

Gerakan Pelajar : adakah hambar?

Peranan mahasiswa kadang-kadang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai agak ‘longgar’, tiada misi yang jelas, bersifat setempat dan tidak universal, seolah-olah mereka ini begitu hambar..

Tulisan ini bukanlah hendak mempertikaikan sesiapa, cuma lebih kepada muhasabah kepada diri dan sesiapa yang ingin bermuhasabah. Era hari ini, adalah era yang penuh dengan pertentangan ideology yang masing-masing cuba mencorak dan mengawal “world view” manusia, pertembungannya sangat hebat, masing-masing dengan hujjahnya, tidak mahu mengalah, terus bertelagah biarpun dari segi matlamat atau kaedah.. yang selalunya dianggap kemuncup kemuncup segar .. biasalah =)

GENERASI PENGGERAK : adakah sudah bergerak?

kebangkitan generasi penggerak mestilah berasaskan cirri-ciri yang terdapat pada golongan ULUL ALBAB, iaitu generasi yang dapat menjelas dan menghuraikan dengan baik, kemanakah hendak dituju dan jalan manakah yang hendak dilalui.

cirri-ciri ulul albab yang dimaksudkan antaranya ialah punyai persiapan kerohanian dan jiwa yang teguh lagi utuh, yang dapat memulakan pembangunan dari asas tapak yang betul selari dengan kehendak Allah swt.

Kemudian, keteguhan rohani ini hendaklah dilengkapkan dengan pengetahuan yang mantap lagi jitu, baik dalam bidang akademik yang diceburi, pengetahuan tentang Islam yang tidak hanya kekal di peringkat asas, serta perlu juga dilengkapi dengan akhlak yang bersih yang dapat dicontohi.

Pokoknya, gerakan pelajar mestilah sedar akan reality, antara gerakan dan siapa yang hendak digerakkan, sudah tentulah dalam pasca modenisasi ini, diri merekalah yang perlu digerakkan sebelum meraka berjaya menggerakkan pelajar lain dan masyarakat seluruhnya…

LANTARAN ITU….
Lantaran itu, gerakan pelajar seeloknya mewarnai wadah kepimpinan mereka dengan tradisi keilmuan dan kefahaman yang mantap dan berterusan…tidak hanya cakap-cakap kosong, kerana, mana mungkin sesebuah gerakan pelajar cukup dengan hanya larut dalam semangatnya tanpa sedar akan apa yang diperjuangkannya..

Terkesan dengan cakap-cakap seorang sahabat

“gerakan pelajar sebagai ejen perubahan tidak cukup dengan hanya menyerlahkan berbagai aktiviti semasa mereka berada di pusat pengajian, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka menterjemahkan ia,turun ke kancah ummah, memberi nafas baru kepada penduduk di luar kampus dan memberi kesan kepada pencorakan masyarakat”…

bengong kepala buat seketika..tahu tetapi tidak sedar..

SATU MUHASABAH: berdasarkan wahyu pertama

Sepatutnya, gerakan pelajar mengisi kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang, sebelum sepenuhnya turun ke kancah masyarakat, ya..ia adalah satu proses, jadi ia mestilah dimulakan..Penyakit malas membaca adalah punca kekenduran gerakan pelajar kini..apatah lagi jika yang tidak diketahui itu adalah perkara fardhu ain.. x mengapa, peluang utk belajar adalah seumur hidup, tetapi kita tidak pernah tahu sampai bila kita hidup =)..

Sesungguhnya, tidak ada tamadun yang tidak diteraskan dengan kehebatan ilmu, oleh itu, untuk mencipta tamadun yang seterusnya, gerakan pelajar (dalam konteks pelajar) mestilah memasakkan budaya keilmuan dalam susuk tubuh nadi naluri dalam diri. Semoga wadah gerakan menjadi begitu anggun dan terhormat..

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Wallahu’alam