Sunday, May 17, 2009

AKU MAHU SEGALANYA BAIK

Sudah hampir dua dekad saya melihat dunia, saya melihat manusia-manusia di sekeliling, melihat ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Baik dan sukakan yang baik.

lalu saya terfikir, apakah saya sudah baik? entahlah mungkin ya mungkin tidak, tapi saya harus merasakan tidak, ustaz Naamane bernah berkata:

The moment you feel that you are good enough, that is the starting point of the decrease of your iman

Sememangnya saya bukanlah seorang yang baik pon, mungkin kerana saya masih jahil, kata ustaz Naamane lagi,

Sometime people may be knowledgable but still jahil, because he does not practice it

Bagaimana mahu menjadi baik? soalan seperti ini mengingatkan saya akan kuliah-kuliah Ustaz Muhadir Joll (semoga Allah merahmatinya), entah bila lagi berpeluang untuk duduk dalam majlis beliau, saya pasti akan merinduinya, saya sangat meminati corak penyampaiannya, pun begitu saya sering sahaja gagal untuk berada di kuliahnya, bukan kerana sibuk sangat pon, entahlah mengapa? terasa tenang sekali bila berada di majlis-majlis seperti itu. Perasaan yang sama akan muncul bila saja menghadiri majlis-majlis para Habaib dan sekalian Masyaikh.

Berbalik kepada soalan bagaimana mahu menjadi baik, soalan sebegini sering ditanya di akhir kuliah beliau (ustaz Muhadir), lalu beliau pasti akan menyebut satu perkataan sama ketika soalan berbentuk ini muncul, apa kata beliau:

Perkara ini memerlukan MUJAHADAH

bila difikir-fikir semula, ya, kesungguhan dan mujahadah yang saya letakkan dalam diri masih belum sepenuh hati, masih dicampur perasaan main-main, acuh tak acuh - bukan mujahadah namanya tu

hmm..sudah kutemuinya, ia adalah sesuatu yang disebut MUJAHADAH!

walaubagaimanapun, ustaz Muhadir juga sering berpesan supaya mencari guru yang Mursyid untuk membimbing diri kita, semoga aku temui insan yang mursyid itu, Amin.

ibnul Qayyim Al-Jauzy ada menggariskan ciri-ciri orang yang baik iaitu:
  • memiliki UCAPAN yang baik
  • akrab dengan PERBUATAN yang baik
  • memiliki AKHLAK yang baik
  • hanya memilih MAKANAN yang terbaik
  • Berteman denagn TEMAN yang baik atau berkahwin dengan pasangan yang terbaik

Jom sama-sama BERMUJAHADAH untuk jadi yang terbaik!


2 comments:

  1. insyaAllah..redha dengan ketentuanNya..=)

    ReplyDelete
  2. Salam. Sekadar ingin berkongsi pendapat. Ape yang saudara akan buat untuk membetulkan sahabat saudara? contohnye dalam masalah couple, berkata2 perkara yang melalaikan. Bile saya menegur sahabat tersebut, mereka seolah2 menjauhkan diri dari saya. Saya tidaklah menegur secara terus, tapi itulah. Saya harap soalan ini tak membebankan saudara. terima kasih

    ReplyDelete