Tuesday, August 5, 2008

:: PuJiaN DaN SeLaWaT ::

Tatkala sujud kepada Mu, mengalirlah rasa kehinaan dalam diriku
Lantaran kehebatan dan Keangungan Mu Ya Allah
Bismillahirrahmanirriahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih lagi memberi kita semua, nikmat IMAN, ISLAM, KESIHATAN dan KELAPANGAN masa......yang mana nikmat inilah yang sering dilupai oleh hamba-hambanya yang kerdil ini...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.. penghulu dan penamat sekalian Rasul-rasul, yang sangat mengambil berat tentang umatnya, yang sentiasa memikirkan kebaikan untuk umat-umatnya, yang pemergiannya ditangisi seluruh makhluk....bagindalah kekasih Allah...bagindalah yang telah bersusah payah memperjuangkan agama Allah, bertungkus lumus, walau ditohmah dicaci dimakihamun dan disakiti....

itulah baginda...yang hari ini, umat-umatnya tidak pernah mengingatinya, walau sekadar mengucapkan selawat keatasnya..mereka tidak kenal siapa itu Muhammad, siapa itu Rasulullah...Wahai manusia...tidak malukah kita....


Maha Suci Allah

Tuhan yang menciptakan kita, menciptakan kita semua ini dari setitis air mani, yang dari air mani itu dijadikan manusia...yang kebanyakan mereka ingkar, lupa diri dan leka...

Maha Hebat Allah S.W.T,
Tidakkah kita sedar yang memberi tenaga untuk kita melihat komputer sekarang ni adalah Allah, Dialah yang memberi kita kesempatan untuk masih menghirup udaraNya, Dia tidak pernah tidur dan letih, MAha hebat Allah...

tetapi kita,
berpa kali kita memujiNya dalam sehari, adakah kita bercakap2 tentang kebesaranNya, TIDAK!!! jarang sekali, walau megucapkan tasbih....lupakah kita yang dunia ini hanyalah persinggahan..adakah kita tidak diberi pengajaran..tidakkah kita tahu apa yang telah terjadi dengan kaum2 terdahulu? 'ad, tsamud, kaum Nabi Salih, kaum Lut.....

Wahai sahabat2 sekalian...
Marilah sama2 kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
Kita lakukan segala perintahNya, kita tinggal segala laranganNya,
Pnuhkan masa yang ada dengan beribadah kepadaNya,
sebelum tibanya hari yang saudara mara tidak lagi kenal sesama mereka,
yang bumi digoncang segoncang2nya...

Bersabarlah dengan ujian dunia...
kita diuji dengan wanita...tahukah kita?
di syurga Allah itu terdapat bidadari, yang tak pernah disentuh oleh jin dan manusia,
yang mereka itu seperti permata,
yang berkali2 lebih henat dari wanita2 di dunia ini...

Sesungguhnya tidaklah dunia ini melainkan hanya tipu daya..
Wahai Sahabatku,
Jangan tertipu...

........ Ya Allah Bantulah Kami .............

1 comment:

  1. Aku yang bernama "penuntut ilmu"August 26, 2011 at 7:27 AM

    Wahai guru,
    penat sudah kumenunggu,
    muridmu ini sedang dahaga ilmu.

    Menulislah lagi,
    dengan buah fikiran dan nurani yang penuh hikmah.

    Dahulu aku menuntut di sini,
    mengutip ilmu dan meneliti setiap patah cara tulismu,
    kini aku juga telah mula menulis sepertimu,
    namun aku tetap tak jemu bertamu di tempat aku bertatih dahulu.

    Menulislah kerana Allah,
    dan teruslah menulis keranaNya,
    kerana aku dan murid-muridmu yang lain,
    pasti akan menjadi saksi kelak bahawa kau telah menyampaikan.

    "Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" (Al-Qalam,68:1)

    Semoga Allah merahmatimu atas setiap manfaat yang kuperoleh darimu. Terima kasih wahai guru.

    ReplyDelete