Saturday, August 16, 2008

Ajarkan Anakmu 3 perkara

Didiklah anakmu dengan tiga perkara:-

1- Ajarlah anak-anak mencintai Nabimu
2- Ajarlah anak-anak menyintai keluarga Nabimu
3- Ajarlah anak-anak membiasakan dirinya membaca Al-Quran


"Sesungguhnya orang-orang yang meghafal Al-Quran itu sentiasa dala lindungan Allah pada waktu dimana tiada tempat teduh kecuali tempat teduh dari Allah, beseta para Nabi dan kekasih Allah"
( Hadis Riwayat Dailami )

Thursday, August 7, 2008

BerPOLiGaMi... BerManFaaT JikA AnDa TaHu CaRANYa, MuDaRaT JiKa TerSiLaP kiRa


feedback from http://afzanurrahman.blogspot.com/

Erm..Walau bagaimanapun keempat empat isteri itu tetap ada manfaat yang besar bagi kita...

Isteri keempat (tubuh badan) kalau dijaga dgn baik insyaALLAH akan memudahkan kita untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T....tentu berat sekali untuk melakukan amal tika kesihatan diri amatlah teruk..walaubgaimanapun ganjarannya tentulah lebih..



Isteri ketiga pula x kurang pentingnya, status sosial yg baik akan menambahkan kepercayaan manusia kepda kita dan ini memudahkan proses dakwah kpda manusia, kekayaan pula penting tambah2 dizaman skrg ni...semua nak duit..contohnye nak wat pogram kem ibadat, aktiviti anak soleh perlunya kepada dana...lgpun sodaqah jariah kan dpt membantu kite dlm kubur kelak sebgai amalan yg x terputus

Isteri ketiga pula, penting untuk mendoakan kita tatkala kita di dalam kubur, semoga dgn doa dari mereka dapat meringankan siksaan kepada kita tika di dalam kubur

Namun begitu, x dinafikan bahawa isteri pertama lah isteri yg sgt2 penting, biarlah sehebat manapun isteri pertama kedua ketiga dan keempat...x ada maknanya jika Isteri pertama ini kita tinggalkan...

Oleh itu,x salah kalau nak beristeri empat, cuma pastikan anda adil...(bkn senang nak berlaku adil...cebet mai) kesimpulannya, manfaatkan dengan sebaik2nya isteri2 yg dikurniakan Allah kepada kita...

Apa dalil poligami...???
rujuk surah An Nisa' ayat 3
:)

Wallahua'lam

Tuesday, August 5, 2008

:: Aku DaN ManiFesTo HarGa MinyaK ::


Vanue : AMF
Time : 9.15pm
Date : 24/07/08
Time given : 7 minutes

Assalamualaikum Wbt.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin ......(ila akhir)

(Self-introduction)

Ladies n gentlemen,
Tonight insyaAllah we are going to discuss something that I guess very interesting, that is "Oil price hike: change our lifestyle"

before I proceed, I would like to clarify that I'm neither opposing the
government nor supporting the pakatan rakyat, because I'm plaaaaaain... :)

And, this speech is being focused on each and every individual in this country..
Thus, to make my speech very brief, i simplify it into three major points :

First - we ought to be more thrifty
Second - We have to be more generous
third - we should learn to sacrifice

Move on to my first point..As the oil price extremely inreased, from rm1.97 to rm2.70 per liter for petrol, it signals us that we can't longer maintain our unscropulous attitude, because the amount of fuel is limited and we should be more thrifty and know how to spend wisely...this is not just only for our self-beneficial .. but this is for the sake of the next generation...To picturise it, i come out with a theory named "Energy conservation Theory"....okay!

supposed there are 50 000 of fuel's users in Malaysia, including all the motorcyclists, those who used vans, boats, cars and so on....if each and every user can save 1 liter petrol per day, meaning here that they dont used the petrol for unnecessary purpose for exmple to just speeding the car unintentionally , the 50 000 users can save up 50 000 liters of fuel per day...by one year, we can save up to 18250000 liters and by 10 years we can save up to 182500000 liters...... many people could benefit themselves from the change of our life style....

minyak oh minyak! minyak oh minyak!
Ladies and gentlemen, my second point says that we should be more generous, when the fuel price inrease tremendously, many people were affected, and the worst group is the poor people...The rich and the moderate people feel that their life become more difficult as the fuel price boomed. however, do we ever notice that the poor are facing all these dificulties every day, before the hike of oil price or after that...thus, bear in our mind...that if we feel it's dificult to survive with the high oil price...what about the poor.???...can u imagine how's their condition...Thus, we should be more generous, lend out ur money to them, help them, pay zakat and never let stingyness control u...

and My third point is, we should know how to sacrife. (Ting!!!! the bell has rang -alamak lagi seminit lagi)Ladies and gentlemen , i categorize our citizen into three groups, the rich, the moderate or average and lastly the poor.... Everyone has to sacrifice, the rich have to avoid enjoying so much, think of the other people difficulties and lend their hand on them, while the average people need to maintain and do budget for their expenditure to avoid any waste, and for the poor, be patient and work harder to make end meet...

In Conclusion...i would like to emphasize that each and every individul must change their life style where they have to be more thrifty, generous and learn how to sacrife...with that i end

Wabillahi Taufiq (ila akhir)
Wasalamualaikum wbt....

<< JuaL Beli MeLaLui InTerNeT >>

Alhamdulillah ni first time aku beli barag ikut internet..
www.lelong.com.my

1) mini foldable speaker - rm 19
2) wireless headset for tv,cd, vcd laptop n radio - rm 26

dgn penghantaran sampai ke rumah :)



Tp yang dhsyatnyer, semua seller yg aku jumpak kat situ cina, x cina org jepun, x jepun dutch.
aku cuba cari melayu tp x jumpak
bukan nak beza2kan bangsa
Tp majoriti masyarakat Islam yg berbangsa melayu ni mcm aku
x mampu bersaing dgn set2 depa
bukan x dak melayu, ada!!
tp sebagai pembeli lah mcm aku ni

Tp kengkadang aku dok perhati, bdak2 melayu klantan
boleh berniaga, dok kat mana pon depa survive,
Jadi apa rahsia mereka??

klu mcm aku ni org tgh2 antara selatan timur dan barat
So aku kat mana pon boleh ja nak hidup InsyaALLAH :)

( Surat JempuTan YoYooH )

Arena | Aspirasi

1-1-16, Blok C, Jalan 1/50, Diamond Square Commercial Centre,

Off Jalan Gombak, 53000, Kuala Lumpur

Kepada Wakil Pelajar UIAM

JEMPUTAN ISTIMEWA KE SIDANG MEDIA :

PELANCARAN PORTAL KOMUNITI BLOGGER GENERASI MUDA MALAYSIA

www.YoyoOh.com

ARENA ASPIRASI , merupakan salah sebuah syarikat pengurusan laman web berdaftar yang menguruskan portal blog berteraskan khidmat masyarakat akan mengadakan sidang media bagi melancarkan portal baru www.YoyoOh.com.

Atursari pelancaran :

Tarikh : Rabu, 30 Julai 2008

Masa : 7.30 malam

Tempat : Amarin Heavenly Thai Restaurant Midvalley.

Objektif prima www.YoyoOh.com ialah menjadi medium utama yang menyatukan blogger dan pembaca blog generasi muda Malaysia di dalam satu arena bebas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi atau pihak serta berwawasan. Seterusnya memujudkan satu komuniti yang dinamik dan sinergistik.

Antara ciri-ciri www.YoyoOh.com :

  • Menyediakan platform penyampaian berita/artikel/posting secara esklusif

  • Berpeluang menjalankan peranan sebagai wartawan YoyoOh atau sebagai columnis dengan mendaftar sebagai “correspondentYoyoOh di seluruh dunia.

  • Ruangan berdedikasi : isu semasa / kesenian / kebudayaan / kemanusiaan / hiburan / politik / fesyen / hobi / rekreasi / sukan / pendapat / komentar / forum dan banyak lagi mengikut citarasa komuniti blog.

  • Penyaluran / intergrasi maklumat yang efektif.

Dengan harapan nan menggunung, kami berharap agar mendapat maklumbalas positif daripada pihak Tuan/Puan melalui faks ke no: 03-4021 3997 (att En: Firdaous) atau telefon di talian: 013-9903491 (En Firdaous).

Kehadiran Pihak Media sangat kami hargai.

Sekian . Terima Kasih .

YoYooh FirsT GaTheRinG

"Assalamualaikum, ni YDP MPP IIUM kan, saya firdaus dari Arena Aspirasi jemput s***** ke Majlis pelancaran web www.yoyooh.com"

Kata seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai firdaus...

"
Yaya, sy s*****, owh boleh2 x dak masalah, bila tu? " aku pun mengaku la sbg YDP MPP CFS IIUM walaupun aku bukanlah orangnya...hurm

"Erm, surat jemputan sy hantar melalui emel nanti boleh cek lah, 30hb jam 7.30pm, di Midvalley, nanyi sila confirmkan kedatnagn k, bawa la naib YDP skali " katanya..."baik2 insyaAllah" aku mengiyakan

pastu aku fikir2...camne lak die leh dapat no aku ni..pastu kata aku YDP plak...hurm pelik.padahal aku bukanlah YDP.mmg pelik..x palah aku x dak hal...dah org nak jemput ke majlis die..aku ikram la, penuhi permintaan, disamping dapat makan freee...


mlm tersebut ...30hb julai ..aku pergi ke lokasi event bersama kawan baik Az**, sampai di Midvalley x jumpa parking plak..pusing naik atas turun bawah kona pi kona mai las skali dapat jgak tempat parking...(parking kat tempat illegal) ...lantak la..

Da msuk midvalley lepas solat maghrib, dgn berpakaian lagak seorg MPP dan Naib MPP CFS IIUM kami menuju ke east side of Midvalley ke
Amarin Heavenly Thai Restaurant Midvalley..
Siap dgn meja registration lagi...x pela aku ngan az** wat biasa ja, cooool...
kmdian kami terus masuk ke dalam restaurant ...hurm kosong ja, x dak org pun, biar btul, x kan aku kne tipu kut.....


xpe xpe, tunggu dulu, sebab ckp even start kul 7.30pm n skang dah kul 8.40pm..x dak org lagi..tetiba ada seorg jejaka memperkenalkan nama nya sb
g RAY dan memulakan perbualan serta menerangkan sedikit sbnyk tntg yoyooh.com.....lebih kurg jam 9.00pm..para2 tetamu mulai hadir....masuk sorang demi sorang....mcm2 fesyen dan beraneka gaya... termasukla Dafi Af dan kumpulan the 5.....

Time tu aku lapar sgt2..hidangan dah dijamu..tetapi diorg x start mkn lagi...hanya boleh curi2 ambil bau je...pergh...mcm2 menu di serve kan...x tercapai tgn kut..Alhamdulillah...



Sebelm makan sempat knal ngan bloggers2, adam farah zila, megat n so on...walaupun culture mlm tu agak x biasa, tp bak kata org...nak jadi dai'e yg hebat contohilah sifat air..biar macmana pon medium yg dilalui, petak ke segi tiga ke, silinder ka , air mampu untuk menyesuaikan diri dgn keadaan tersebut....so aku n az** wat rileks disamping cuba mengumpul kekeuatan dalaman... :)


Sengih2 je

Then pas makan ada sesi2 bergambar2 ramai2......n then ktrg pun beransuuuurrr....
jadilah mlm itu satu pendedahan yang baru..........

Arena Aspirasi......

<< Novel : Ayat2 Cinta >>

Ayat-ayat Cinta

Satu ketika pernah aku berasa hairan..apabila dicanang2kan akan kehebatan karangan Habiburrahman As-Shairazey, aku biasa membaca novel2 tulisan ramli awang murshid dan lain2 nya..hebat dan mengasyikkan...jadi aku rasa ingin tahu, apa betul atau tidak apa yg diheboh2 kan itu...

Suatu hari...setelah pulangnya dari kelas aku merebahkan tubuhku di atas katil, tiba2 aku terlihat ada sebuah buku tebal seakan2 novel di atas meja studi...kehadiran buku itu mencuri perhatianku, aku rasa agak terkejut apabila novel itu berjudul ayat2 cinta....hurm..siapa yg letak di sini..fikir aku kehairanan...nama pon x ada..mungkin kawan2 tertinggal kut...

aku pun bacalah sehelai demi sehelai dan ternyata ia berjaya mencuri perhatianku...byk watak yg ada..Fahri, seorg perempuan kristian, perempuan yg dihalau rumah, para2 ustaz, aisyah, kawan2 fahri dan sebagainya telah berjaya menghidupkan perjalanan cerita....tapi yg lebih penting ialah....kisah cinta yg begitu unik....dugaan yg dihadapi oleh para muslimah, maruah, desakan cinta, antara kafir dan islam, wanita solehah serta kredibiliti yang ada pada seorg lelaki muslim yang soleh......

Secara peribadi...novel ini mampu meniup rasa keinsafan yg mendalam ... ntahla... rasanya terbit juga air mata ketika sedang asyik menghayati novel.... Subhanallah!!!

p/s: pada sesapa yg x baca lagi silalah.....

DakWaH .. JgN FiKir HenDaK MuDaH

Kadang2 semangat yang datang sungguh membara...
hampir dibakar segala yang ada....
tumpuan di depan awalnya jelas...
namun, menghilang pabila masa kian berlalu....
hala tuju menjadi dua....
kabur ditipu nafsu di jiwa.

Nas aluka Ridha Ka wal jannah, wa na'uzubika min sakhoti Ka wannaar

muslimin muslimat sekalian....
Tugas berdakwah adalah wajib, x kira siapa anda, anda pelajar, anda pekerja, suri rumah, isteri, suami, majikan hatta hamba sahaya sekalipun..jika dia mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, maka dia adalah da'i..Pun begitu, perjuangan x semudah yang kita harapkan, x seindah yang kita impikan, x se'selesa' yang kita bayangkan.......jalan dakwah, ialah jalan yang penuh dengan halangan dan onak duri..

Oleh itu...untuk berdakwah, kita memerlukan kekuatan..kekuatan rohani mahupun jasmani...
Apa guna Iman? tanya diri ... tanya org yang mengetahui

:: PuJiaN DaN SeLaWaT ::

Tatkala sujud kepada Mu, mengalirlah rasa kehinaan dalam diriku
Lantaran kehebatan dan Keangungan Mu Ya Allah
Bismillahirrahmanirriahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih lagi memberi kita semua, nikmat IMAN, ISLAM, KESIHATAN dan KELAPANGAN masa......yang mana nikmat inilah yang sering dilupai oleh hamba-hambanya yang kerdil ini...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.. penghulu dan penamat sekalian Rasul-rasul, yang sangat mengambil berat tentang umatnya, yang sentiasa memikirkan kebaikan untuk umat-umatnya, yang pemergiannya ditangisi seluruh makhluk....bagindalah kekasih Allah...bagindalah yang telah bersusah payah memperjuangkan agama Allah, bertungkus lumus, walau ditohmah dicaci dimakihamun dan disakiti....

itulah baginda...yang hari ini, umat-umatnya tidak pernah mengingatinya, walau sekadar mengucapkan selawat keatasnya..mereka tidak kenal siapa itu Muhammad, siapa itu Rasulullah...Wahai manusia...tidak malukah kita....


Maha Suci Allah

Tuhan yang menciptakan kita, menciptakan kita semua ini dari setitis air mani, yang dari air mani itu dijadikan manusia...yang kebanyakan mereka ingkar, lupa diri dan leka...

Maha Hebat Allah S.W.T,
Tidakkah kita sedar yang memberi tenaga untuk kita melihat komputer sekarang ni adalah Allah, Dialah yang memberi kita kesempatan untuk masih menghirup udaraNya, Dia tidak pernah tidur dan letih, MAha hebat Allah...

tetapi kita,
berpa kali kita memujiNya dalam sehari, adakah kita bercakap2 tentang kebesaranNya, TIDAK!!! jarang sekali, walau megucapkan tasbih....lupakah kita yang dunia ini hanyalah persinggahan..adakah kita tidak diberi pengajaran..tidakkah kita tahu apa yang telah terjadi dengan kaum2 terdahulu? 'ad, tsamud, kaum Nabi Salih, kaum Lut.....

Wahai sahabat2 sekalian...
Marilah sama2 kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
Kita lakukan segala perintahNya, kita tinggal segala laranganNya,
Pnuhkan masa yang ada dengan beribadah kepadaNya,
sebelum tibanya hari yang saudara mara tidak lagi kenal sesama mereka,
yang bumi digoncang segoncang2nya...

Bersabarlah dengan ujian dunia...
kita diuji dengan wanita...tahukah kita?
di syurga Allah itu terdapat bidadari, yang tak pernah disentuh oleh jin dan manusia,
yang mereka itu seperti permata,
yang berkali2 lebih henat dari wanita2 di dunia ini...

Sesungguhnya tidaklah dunia ini melainkan hanya tipu daya..
Wahai Sahabatku,
Jangan tertipu...

........ Ya Allah Bantulah Kami .............