Tersisih Dari Ketaatan…
Sewaktu-waktu kita terasa bagai didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita dapat lakukan. Bukan saja orang lain rasa kagum, kita sendiri pun maik hairan
Waktu itu, hati rasa bahagia yang amat. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah swt. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolonganNya. Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, kalau sewaktu-waktu yang lain, langsung apa kebaikan pun tak mampu kita hendak lakukan?
Apa jua kebaikan dan amal soleh pun rasa tak berdaya dibuat dan ianya bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Kadang ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup jadi tak keruan dan tidak ketahuan.
Contohnya macam solat sunat qabliah ba’diah dan mengisi tabung masjid paling tidak setiap Jumaat. Bukankah sewaktu-waktu, entah untuk tempoh beberapa tahun, langsung tidak ada kekuatan untuk melakukannya. Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan.
Ramai di kalangan kita yang boleh juga mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah Al Jabbarul Muntaqim! Kita hanya melihatnya sebagai faktor biasa dan tak ada apa-apa macam saintis barat yang mengatakan fenomena alam yang biasa bila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah swt di angkasa rasa.
Sebenarnya faktor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikkan. Bila berdosa, Allah pun murka. Bila sudah murka lalu akan ditinggalkannya kita. Bila Allah tinggalkan kita, bermakna Allah sudah tidak campur tangan dengan kita. Allah sudah ‘berlepas diri’ dari kita. Allah juga tidak lagi menolong dan membantu kita.
Bila Allah tak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tak berdaya kita membuatnya. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Derma RM5 seminggu pun apalah sangat. Tak berkudis apa pun. Itulah analoginya dan itulah pengalaman benar kita. Andainya tiada hukuman dan denda lain lagi bagi dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa.
Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘mengasing’ dari kita. Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang dari berbuat ketaatan sudah cukup dirasakan bagai meteor yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu dari ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya
Terbacakah kita ada di kalangan Sahabat yang oleh kerana sekadar tertinggal Takbiratul Ihram bersama Rasulillah saw, beliau rasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada Allah dan Rasul. Fi Sabilillah!!
Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan mereka dengan Allah swt. Bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukuriNya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘de
Jauh sangat kita dari kontek ini. Apa taknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih buat muka seposen, masih selamba dan mampu ketawa berjenaka.
http://rss.imeem.com/S-Q7XZ/rss
No comments:
Post a Comment