Thursday, January 29, 2009

DENGAR SINI KATA-KATA AKU

Cis!
Berani kau buat begitu
aku tak benci pada kamu
tapi aku benci pada sikap mu itu

Sebab itu orang suruh belajar
pastu bila orang tegur dengar

bila dah jahil
tambah dengan sombong
ego tidak mahu letak tepi
kau sebenarnya hancurkan diri sendiri

apa kau ingat orang "kelapar" sgt nak menyibuk hal engkau
patutnya kau bersyukur masih ada yang sayang
masih ada yang perihatin

orang nak selamatkan ummat
kau cakap poyo tak bertempat
akhirnya kau jadi budak jahat
perosak ummat

ingatlah
sementara masih ada yang sayang
ambillah, terimalah

walau pada hakikatnya kasih sayang itu tak akan putus dan hilang!
aku akan terus memujukmu

Friday, January 23, 2009

KRONOLOGI PENINDASAN TERHADAP ISLAM, PALESTIN DAN UMATNYA


1924 : Kejatuhan Empayar Uthmaniah


20 Ogos 1929 : Ekstrimis Yahudi menyerang Masjidil Aqsa untuk menguasai tembok barat


1947 : Resolusi PBB ( membahagikan palestin kepada 2 bahagian)


15 Mei 1948 : An-Nakbah


16 Jun 1969 : Rejim zionis menakluk Timur laut Masjidil Aqsa dan mengubah TembokBuraq menjadi kotel


21 Ogos 1969 : Denis Rohan membakar Masjidil Aqsa


Sept 1982 : Tragedi Shabra dan Shatila, 278 perkampungan musnah


24 Sep 1986 : Terowong barat Masjidil Aqsa dibuka kepada umum dan menjadi tarikanpelancong yahudi


25 Feb 1994 : dr. baroukh goldstein menyerang Masjid Ibrahimi, 50 Syahid 300 cedera


3 Oktober 1999 : perdana menteri israel , ehud barak melancarkan terowong selatan MasjidilAqsa dan menjadikannya sinagog


28 Sep 2000 : ariel sharon dan tenteranya memasuki Masjidil Aqsa tanpa membuka kasut


2000-2003 : Muslim berusia 45 tahun ke bawah tidak dibenarkan bersolat di Masjidil Aqsa


15 Oktober 2004 : Muslim berusia 60 tahun ke bawah tidak dibenarkan bersolat di Masjidil Aqsa ketika Ramadhan


Jun - sept 2003 : Ekstrimis yahudi ingin membina haikal, mengancam untuk menyerang Masjidil Aqsa


Jan 2009 : Serangan menggila ke atas Jaluran Gaza

Wednesday, January 21, 2009

DO YOU WANT IT? JUST DO THEM?

Tentu sekali setiap seorang dari kita mempunyai kemahuan terhadap sesuatu, samaada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang. bagi seorang pelajar contohnya, tentu engkau mahu dapatkan CGPA yang tinggi bukan? dan umum sudah mengetahui bahawa, lumrahnya jika mahu dapatkan yang sedemikian maka engkau mestilah belajar dengan rajin.

Timbul persoalan di sini, adakah ada orang yang tidak tahu bahawa hendak berjaya dalam pelajaran perlukan "study" yang konsisten dan sistematik atau dalam kata lain study rajin-rajin...hampir semua tahu, tetapi, kenapa mereka tidak mengamalkannya?

Pelik bukan? tapi inilah realiti, kebanyakan student lebih sanggup melayan rasa malas mereka daripada memikirkan harapan ayah bonda di kampung atau di rumah..lebih tidak mengapa menggadaikan masa depan mereka daripada kehilangan masa tidur di waktu pagi, inilah masalah student Islam sekarang..Semoga Allah menganugerahkan Taufiq dan Hidayah pada kami...

Cabaran untuk kita, cabaran untuk aku..pikiaq2

"bagi setiap ni'mat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang menyelaknya yang mana kunci membukanya adalah SABAR dan kunci penyelaknya dalah MALAS"
(Saiyyidina Ali Karrama Allahu wajhah)




Monday, January 19, 2009

SEKILAS IMBASAN YANG MENGUNGKAP SERIBU KENANGAN


hari ini 19 jan 2009, semalam 18 january 2009, 3 tahun yang lalu aku bukan di CFS, 6 tahun yang lalu aku di sekolah menengah, dan 20 tahun yang lalu gerakan atmosfera masih belum dipengaruhi oleh nafas aku .....

Hidup sungguh ajaib dan dahsyat, penuh dengan misteri, aku pernah begitu dan begini, cemerlang bersama mereka, mereka juga hebat disamping aku... indah sungguh waktu itu, terasa bagaikan kamilah yang paling beruntung, memiliki susunan hidup yang unik

Dari bermain guli, bola sepak, memncing ikan, menangkap berudu, sehingga menyakat anak2 jiran...bertuah rasanya dapat melalui semua itu. x mungkin dapat dilalui lagi

Hidup rupanya semakin mencabar, tak seperti yang aku pernah fikirkan, lain sama sekali...sungguh lain. Perkara-perkara dahsyat berlaku hari demi hari, ujian membuatkan kami semakin teguh walau sesekali goyah dibedil kejutan-kejutan yang tak disangka-sangka

Kini baru aku tahu, bahawa kebersamaan adalah sangat penting, walau hampir setiap hari kami bergaduh, namun itulah yang menjadikan kehidupan lebih matang dan berprinsip...kebersamaan inilah yang akhirnya menggegarkan nama sekolah rendah aku suatu ketika dahulu...

dan kini aku di sini....mendoakan agar kita menjadi orang yang berani, menjadi golongan yang sedikit

Terima kasih Allah
aku bersyukur kerana memiliki mereka

Friday, January 16, 2009

BOYCOTT ISRAEL!! DON'T HESITATE!!


KISAH SAYYIDATINA AISYAH R.A DIFITNAH DAN PENGAJARANNYA

Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah isteri Rasulullah SAW iaitu Saiyidatina Aisyah R.A yang telah difitnah dan keterangan di bawah ini di rujuk dari Kitab Tafsir Quranul Karim (oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus) (halaman 511-513) berdasarkan kepada ayat 11-16 dan 19 Surah An-Nur.

Sekembalinya dari peperangan Banu Musthalaq, Aisyah turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke sekdupnya.

Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, qafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan qafilah tentera.

Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubaiy menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu.

Maka, dalam ayat 11 dan seterusnya Allah memberi peringatan dan pengajaran berikut:

1. Orang-orang yang menyiarkan kebohongan dan fitnah terhadap Aisyah itu, sebahagian dari kamu juga. Hal itu janganlah kamu kira kejahatan bagimu, bahkan kebaikan. Kerana dalam hal itu terselit pengajaran iaitu: Kita tidak boleh menuduh orang berbuat jahat dengan semata-mata melihat seorang pemudi berjalan berdua dengan seorang pemuda, lalu dituduh berbuat jahat.

2. Orang yang menuduh Muslimin/Muslimat berbuat jahat, harus menunjukkan 4 orang saksi. Kalau tidak, maka dia adalah bohong di sisi Allah.

3. Orang Mukmin dan Mukminat yang mendengar tuduhan itu, hendaklah bersangka baik terhadap saudaranya dan mengatakan: Itu adalah bohong semata-mata.

4. Berita yang kamu terima dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu, sedang kamu tidak mengetahui kebenarannya, lalu kamu kira demikian itu tidak berdosa. Padahal di sisi Allah ia dosa besar.

5. Kalau kamu mendengar berita itu, hendaknya kamu katakan: Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhaanallah. Ini adalah kebohongan besar.

6. Sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa; besar kecilnya menurut usahanya. Orang yang banyak usahanya mendapat siksaan yang besar.

Seterusnya menerusi Ayat 19 surah An-Nur dapatlah disimpulkan seperti berikut:

Orang-orang yang suka menyiarkan tuduhan yang jahat (berzina) pada orang-orang Islam, maka mereka mendapat siksa di atas dunia, iaitu didera 80 kali; dan di akhirat, iaitu masuk neraka jahannam.

Sebab itu jangan sekali-kali kita mempermudah-mudah mengeluar tuduhan kepada seseorang yang bernama baik, kerana memberi malu itu amat terlarang dalam agama. Orang yang berani menuduh itu, wajib mengadakan 4 orang saksi laki-laki, keempat-empatnya sebenarnya melihat orang itu berbuat jahat dengan mata kepalanya sendiri, bukan dengan semata-mata curiga atau khabar-khabar angin saja.

Dengan keterangan ini nyatalah kepada kita bagaimana kebagusan agama Islam, tentang menjaga kehormatan sesama manusia dan tidak boleh memberi malu antara seorang dengan yang lain.

Persoalannya, sudahkah kaum Muslimin dan Muslimat kita menurut aturan ini?

IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG..MUJAHADAH!!

Tersisih Dari Ketaatan…

Sewaktu-waktu kita terasa bagai didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita dapat lakukan. Bukan saja orang lain rasa kagum, kita sendiri pun maik hairan

Waktu itu, hati rasa bahagia yang amat. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah swt. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolonganNya. Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, kalau sewaktu-waktu yang lain, langsung apa kebaikan pun tak mampu kita hendak lakukan?

Apa jua kebaikan dan amal soleh pun rasa tak berdaya dibuat dan ianya bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Kadang ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup jadi tak keruan dan tidak ketahuan.

Contohnya macam solat sunat qabliah ba’diah dan mengisi tabung masjid paling tidak setiap Jumaat. Bukankah sewaktu-waktu, entah untuk tempoh beberapa tahun, langsung tidak ada kekuatan untuk melakukannya. Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan.

Ramai di kalangan kita yang boleh juga mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah Al Jabbarul Muntaqim! Kita hanya melihatnya sebagai faktor biasa dan tak ada apa-apa macam saintis barat yang mengatakan fenomena alam yang biasa bila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah swt di angkasa rasa.

Sebenarnya faktor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikkan. Bila berdosa, Allah pun murka. Bila sudah murka lalu akan ditinggalkannya kita. Bila Allah tinggalkan kita, bermakna Allah sudah tidak campur tangan dengan kita. Allah sudah ‘berlepas diri’ dari kita. Allah juga tidak lagi menolong dan membantu kita.

Bila Allah tak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tak berdaya kita membuatnya. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Derma RM5 seminggu pun apalah sangat. Tak berkudis apa pun. Itulah analoginya dan itulah pengalaman benar kita. Andainya tiada hukuman dan denda lain lagi bagi dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa.

Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘mengasing’ dari kita. Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang dari berbuat ketaatan sudah cukup dirasakan bagai meteor yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu dari ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya

Terbacakah kita ada di kalangan Sahabat yang oleh kerana sekadar tertinggal Takbiratul Ihram bersama Rasulillah saw, beliau rasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada Allah dan Rasul. Fi Sabilillah!!

Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan mereka dengan Allah swt. Bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukuriNya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘de

Jauh sangat kita dari kontek ini. Apa taknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih buat muka seposen, masih selamba dan mampu ketawa berjenaka.

http://rss.imeem.com/S-Q7XZ/rss