Friday, February 12, 2010

ikatan rahsia

tenang rasanya bila bersama sahabat-sahabat yang soleh. tenteram sahaja bila melihat wajah mereka, senyuman mereka sungguh mendamaikan walaupun mereka tidaklah handsome mana.kehadiran mereka disisi mengubatkan jiwa yang resah. tutur kata mereka penuh hikmah mendidik jiwa yang lemah. sikap lapang dada mereka sangat menyelesakan, sikap ithar mereka membuatkan jiwa menjadi sayu lantaran indahnya sifat yang wujud pada diri mereka itu..



Mereka orang yang dekat dengan Tuhannya, tidak henti zikirnya menyeru memanggil-manggil yang Maha Perkasa, rindu mereka pada Rasulullah tiada belah baginya..cukup hanya dengan melihat wajah mereka membuatkan hati ingat pada Allah subhanahu wata'ala..

Mereka disisi bukanlah kerana wang, tidak pula kerana pangkat, wanita dan yang sama jenis dengannya, tapi hadir mereka itu kerana satu ikatan rahsia yang tidak tampak pada mata kasar, juga tidak bisa dilihat walau dibesarkan oleh electron microscop, atau di zoom dengan teleskop, atau diteliti dengan stetoskop....semua itu tidak akan menzahirkan ikatan tersebut, kerana ia adalah rahsia..

Bukan senang hendak mencari orang seperti mereka, dalam 1000 mungkin 1 , kerana mereka sungguh istimewa.

Merekalah teman di syurga..

InsyaAllah..




6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sahabt itu cermin kepada diri~
    ukhwah fillah yang diajarkan oleh Islam itu indah..dan setinggi-tingi tahap ukhwah adalah ithar

    ReplyDelete
  3. benar....

    Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (AL-Hasyr : 9)

    ReplyDelete
  4. Indahnya berukhuwwah kerana Allah!

    ~MEMBURU CINTA HAQIQI~

    ReplyDelete
  5. lama x jmpa. selamat berjaya dunia n akhirat. teruskan berjuang. jadilah doktor perubatan yang soleh n sentiasa guna konsep IHSAN.menjadi contoh teladan kpd yang lain. memandu rakan - rakan dlm kelas ke arah mardhatillah..

    ReplyDelete