Biasanya orang merekodkan aktiviti harian mereka dengan diari, tidak kisahlah diari Islam ke, personal diary ke atau apa-apa jenis diary, yang penting diari atau catatan-catatan itu dapat di imbas kembali dan akan digunakan sebagai intipati untuk proses check and balance and top up semasa muhasabah diri...
PENTINGKAH DIARI??
macam-macam pendapat, ada yang kata bagus ada pula yang ktakan sebaliknya, omel-omelan seperti "argh..buang masalah tulis-tulis diari nih..." atau "ish..geli la tulis-tulis diari ni, mcm orang perempuan la"(ini yang penulis biasa dengar sendiri, tak tahulah betulke orang perempuan memang suka berdiari atau tidak, yang pasti kedua-kedua adik perempuan penulis memang aktif dengan kegiatan berdiari mereka..) selalu kita dengar..
terpulanglah, masing-masing lebih faham akan urusan dunia mereka..
Namun kita harus sedar bahawa, mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, semua orang mempunyai diarinya yang tersendiri, mahu atau tidak diari itu tetap ada, siap dengan penulisnya sekali
inilah yang sering kita lupakan, bahawa disana ada makhluk Allah yang sentiasa mengupdate diari kita, walaupun kita tidak pernah mengupah mereka, bahkan diari yang mereka tulis jauh lebih terperinci dan lebih benar dari apa yang mungkin kita tulis sendiri
setiap gerak geri, baik buruk perbuatan kita dicatatkan mereka, mereka itu ada di kanan dan kiri anda, ya lihatlah ke kanan dan kiri anda, mereka memang ada di situ bahkan sedang mencatitkan apa yang anda lakukan sekarang...
namun yang uniknya,disebalik ketelitian catatan diari itu ada peraturan yang diberikan kepada penulis-penulis diari anda oleh Yang Maha Perkasa Allah 'azzawajalla, seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis sahih:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 183
satu lagi bukti yang sangat jelas menunjukkan kemurahan dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya, cuma kita saja yang jarang sekali berfikir dan mensyukurinya..
MUHASABAHLAH
kalau tidak mampu untuk tulis diari pun, cukuplah dengan melakukn muhasabah diri di setiap penghujung hari, lebih baik jika mampu catatkan apa yang kurang dan apa yang perlu ditingkatkan supaya proses pentrbiyyahan diri lebih sistematik dan terancang :)
~ project your self for the obligatory big project ~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebig obligatory project...
ReplyDeleteTQ man.. :)
ReplyDelete