Lalu rasa pahit sepahit hempedu menyelubungi, segalanya hilang manis, jiwa daie menjadi hambar, semangat perjuangan menjadi kelam, dek dosa noda hasil tipu daya syaiton dan nafsu, semalam lagi sudah dikhabarkan tentang duri, juga pernah diberi amaran, bahawa dia bukanlah semudah yang selalu manusia fikirkan, jarang ada yang benar-benar berhati-hati dengannya.
Oleh sebab itu ramailah sudah yang tercedera, ada yang luka primarily maka luka itu dapat di atasi dengan hanya sembuhan tahap pertama, tak kurang juga yang tercedera tahap secondary, maka mekanisma sembuhan tahap kedua perlu dilakukan dan maka sebab itu kekal lah fibrous tisu pada kesan cedera .
Alhamdulillah,syukurnya kita tidak terhingga kerana telah lahir dengan Agama rahmat iaitu Islam,yang mana Allah Al-Bari' sangat merindui taubat hamba-hambanya yang pendosa, taubat sebenar-benarnya biasa membersihkan segala kecelaan yang ada pada seorang hamba, ibarat parut fibrosis yang dihilangkan oleh merederma. Namun tetap juga tidak sama, kerana merederma tidak 100 peratus menormalkan kawasan fibrosis sedangkan taubat nasuha membersihkan sama sekali si hamba. Ya Arhamarrahimin....
Satu demi satu pelakon aksi dunia mementaskan dirinya, bibir mereka tersenyum lebar menggamit siapa sahaja yang memandang, pakaian pula betatahkan emas dan berlian, dihulurkan pada manusia secara percuma hinggakan malaikat menjadi risau bahawa tiada yang akan menjadi penghuni syurga kerana keindahan yang terzahir pada mereka. dalam kocek kecil mereka tersimpan senjata seperti kirpan yang disaluti morphine sejenis dadah yang mampu memberi ketagihan tahap maksimum. siapa sahaja yang terleka akan ditikam dan ketagihan akan melanda...
manusia yang ditikam seperti rasa ingin ditikam lagi, lagi dan lagi, biar darah terkeluar, rosaknya tubuh badan tidak dihiraukan, sudah mabuk, terpukau dengan keindahan sementara. Siapalah yang dapat menyedarkan mereka melainkan hidayah dari Allah..
Ya Allah kurniakanlah tawfiq dan hidayahmu kepada kami, sekalian orang yang mengasihi kami, yang berbuat baik kepada kami, yang berhak ke atas kami dan sekaliannya insan yang Engkau lagi Maha Mengetahui akan mereka.
No comments:
Post a Comment