Tuesday, January 26, 2010

Bahagia itu dimana...

ramai sudah yang terpukau dengan dunia, manakan tidak, fatamorgana dunia itu sungguh menipu dayakan, sehingga sedikit sekali yang berjaya mengesan ketidak aslian dunia itu. Dari kecil sampai dewasa, banyak manusia yang mengusahakan perkara-perkara yang dia sendiri tidak tahu, apa yang dikejarnya selama ini, untuk apa dan mengapa...

ada yang berkata, aku nak jadi kaya,hartaku setinggi gunung!
sebahagian yang lain pula mengimpikan, aku mahu isteri yang cantik!
sebahagian lagi, aku mahu jadi orang besar yang dihormati sekalian manusia!
ada juga yang mahukan ilmu yang tak terkira banyaknya!

kerana ramai yang meyakini bahawa bahagia itu berpunca dari apa yang mereka kejarkan, dengan memiliki perkara tersebut, mereka yakin mereka akan bahagia, apa benar tanggapan mereka itu?

Orang Kurang berada atau biasa-biasa

diperihalkan akan kehidupan seorang hamba Allah yang rumahnya sederhana, berbadankan kayu, dikelilingi kehijauan tumbuhan tinggi dan renek, seringkali bayu embun meniupkan dinginnya membelai penghuni rumah itu..

tinggallah didalamnya suami isteri dan beberapa anaknya, setiap hari si ayah akan keluar ke rumah bersama anak lelakinya menangkap ikan di sungai, mengumpul ubi kayu dan membawa pulang hasilan mereka ke rumah, manakala si isteri bersama anak2 perempuannya bersama menyediakan rempah2 ala kadar, dengan juadah ringkas dari hasilan tersebut untuk diratah bersama satu keluarga.

makanlah mereka di beranda rumah, walau tidak seberapa hidangannya nikmatnya tetap dirasa..

Apabila si kaya diperihalkan dengan kehidupan begini, lantas terdetik dihatinya,
"indah sungguh kehidupan begini, bebas dari kesibukan kerja, tidak ada orang mengganggu, seringkali dapat bersama keluarga, wah gembiranya"

Si kaya

si kaya pula dengan kereta mewahnya, singgahlah dimana sahaja, dari restoran satu bintang hingga ke lima bintang, semua jenis masakan dapat dirasa, dari kailan ikan masin hinggalah ke kerapu tiga rasa, pesan sahaja, muncullah ia..

tidak perlu bersusah payah ke sungai membawa cangkul, pancing , bakul dan sebagainya. Pulang ke rumah, letih badan lompat sahaja ke katil, tidak mengapa, pakaian, kebersihan rumah ada bibik yang jagakan. Anak2 pula tak perlu didiamkan, hadapkan sahaja mereka ke komputer diamlah mereka dengan segala aplikasi yang ada di dalamnya.

tatkala tahunya si keluarga biasa-biasa tadi akan kehidupan begini, lantas terlintas di hatinya
"wah, indah sungguh kehidupan begini, petik sahaja semuanya ada, boleh tidur-tidur saja, tak ada apa yang nak dirisaukan..bahagianya.."


bahagia itu pada....

pandanglah apa jua keadaan, jika kau pandang dengan pandangan IMAN nescaya engkau akan bahagia, sesungguhnya tidak ada kerisauan dan ketakutan bagi orang yang beriman dan beramal soleh, kerana mereka meyakini akan wujudnya ALLAH penentu segala..

Jika sikaya melihat si miskin dengan pandangan imannya, nescaya ia berkata " Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan sekalian banyknya nikmat kepdaku, masih banyak lagi manusia yang serba kekurangan, Ya Allah berkatilah aku dengan segala pemberianmu ini, segalanya adalah milikMU, aku bersyukur padaMu Ya Allah.."

Si miskin tatkala melihat kehebatan sang kaya dengan pandangan imannya lantas senyuman melebar dipipinya lalu berkata ."Alhamdulillah aku redho dengan apa yang diberikan Allah kepadaku, aku bersyukur seadanya dengan usahaku ini, masih ramai lagi yang di uji dengan ujian yang lebih dahsyat dari apa yang aku rasa, Alhamdulillah.."


JADI BAHAGIA ITU DIMANA SEBENARNYA???


2 comments:

  1. Hayati bait-bait nasyid ini :

    Bahagia itu dari dalam diri
    Kesannya zahir rupanya maknawi
    Terpendam bagai permata di dasar hati

    Bahagia itu ada pada hati
    Bertakhta di kerajaan diri
    Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

    Bahagia itu ada di jiwa
    Mahkota di singgahsana rasa
    Bahagia itu adalah suatu ketenangan

    Bila susah tiada gelisah
    Bila miskin syukur pada Tuhan
    Bila sakit tiada resah di jiwa
    Bukankah Tuhan telah berfirman
    Ketahuilah dengan mengingati Allah
    Jiwa kan menjadi tenang

    Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
    Bila kaya jadi insan pemurah
    Bila berkuasa amanah
    Bila berjaya tidak alpa
    Bila sihat tidak lupakan Tuhan

    Hakikatnya bahagia itu
    Adalah ketenangan
    Bila hati mengingati Tuhan

    Semua insan kan mengerti
    Maksud terseni Ilahi
    Itulah zikir yang hakiki

    P/s- weyh,hg tukaq aku punya nama bley?letak Murtadha Rafaai..=)

    ReplyDelete
  2. wah peminat nasyid sorg ni, panjang bangat jawapannya :) ok2

    ReplyDelete