Menangislah
kerana ia bisa mententeramkan jiwa yang resah
kenangkan betapa banyaknya dosamu
Menangislah
kerana ia bisa melembutkan jiwa
sedarlah bahawa mati itu sudah terlalu hampir denganmu
Menangislah
kerana cintamu kepadaNYA
ketahuilah bahawa DIA sangatlah hampir
lebih dekat walau berbanding urat lehermu
hampirNYA tidak bersentuh
jauhNYA tidak berjarak
Menangislah
kerana rindumu kepada Kekasih Agung
Sayyiduna Muhammad SalallaLlahu 'alaihiwasallam
yang sangat mengambil berat tentangmu
yang selalu risau dengan keselamatanmu
yang sangat mengasih dan menyayangimu
Sesungguhnya
antara golongan yang akan mendapat naungan Allah
ketika mana tidak ada naungan melainkan naunganNYA
ialah orang yang mengingati Allah ketika bersendirian
sehingga bercucuran air matanya
Sabda Kekasih Agung dalam satu khutbah baginda,
andaikata kalian mengetahui apa yang aku ketahui
maka nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis...
Menagislah
kerana sikapmu yang sanggup diam
melihat agama Allah dipermain-mainkan
hukum Allah diperkotak-katikkan
Menangislah
menangislah untuk dirimu!
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment