Thursday, September 17, 2009

HAKIKAT KEJADIAN DIRI

lelaki yang sedang asyik mengaji itu mirip wajahnya, bahkan serupa, tiada bezanya.

lalu kehadirannya disedari oleh lelaki itu. Lelaki itu mendekatinya seraya menyapa " Duhai sahabatku, mengapa kau rasa takut, adakah kau tidak kenal aku?" soal lelaki tersebut lembut

"se..siapa engkau?, aku tidak kenal kau? " dia bertanya dengan sedikit gugup.."kau tanya siapa aku? pernahkah kau bertanya pada diri sendiri akan soalan yang sama tentang dirimu..siapakah dirimu dan untuk apa kau dihantar ke dunia ini?...sahabatku nampaknya kau masih belum kenal akan diri sendiri, lalu bagaimana kau mahu mengenal Tuhanmu" nada lelaki itu sedikit tinggi

dia makin keliru dan tidak mampu berkata apa-apa, jauh di benak hatinya membenarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, selama ini dia langsung tidak pernah memikirkan siapakah dirinya dan mengapa dia wujud di dunia ini, dia hanyut dengan putaran dunia, dia tertipu...

"Sahabatku, ketahuilah akan hakikat kejadian dirimu,sesungguhnya tiada yang wujud melainkan wujudnya Allah" lelaki itu bersuara lagi sambil memberikan Al-Qur'an yang dibacanya kepada dia

dengan berhati-hati dia mengambil kitab suci dari lelaki tersebut sambil merenung tajam akan wajah lelaki itu, walaupun serupa tetapi wajahnya penuh bercahaya "Ya Allah, apakah gerangan manusia ini, siapakah dia sebenarnya.." bisiknya dalam hati

lalu perlahan-lahan dia menagmbil mushaf Al-Qur'an yang berwarna putih itu dan membukanya..rasa sebak yang entah dari mana tiba-tiba datang menyelubungi diri sebaik sahaja merenung ayat-ayat Kalam Allah 'azzawajalla yang mulia tersebut...

menitis air matanya...

dia tersedar!!..Ya Allah, astaghfirullahal 'azim,mimpi rupanya...didapati Al-Qur'an pemberian lelaki tadi benar-benar berada di pangkuan tangannya, jantungnya berdegup kencang.....

HIDAYAH ALLAH SATU RAHSIA

dia berjalan-jalan di tepi asrama, melintasi dorm-dorm yang pelbagai penghuninya juga pelbagai ragamnya. lalu tergerak hatinya untuk memasuki sebuah dorm yang berada di hujung asrama Z8 itu.

diperhatikan bilik demi bilik, ada yang study, ada yang tidur, ada yang bermain game, ada yang berbual-bual, ada yang menonton movie, ada yang makan, ada yang membaca komik, ada yang sibuk bermain facebook dan sebagainya.Namun, di penjuru bilik itu, kedengaran bunyi santunan ayat-ayat Al-Qur'an yang sungguh merdu sekali, iramanya bagai mengusik jiwa, terasa gementar untuk dia menjengau melihat insan manakah yang menghuni penjuruan bilik itu.

semakin dihampiri semakin tajam kesan pukulan bacaan kalam suci itu, dia sudah biasa mendengar orang membaca Al-Qur'an di surau-surau dan masjid-masjid, juga di dalam mana-mana majlis. Pun begitu, yang kali ini lain sekali penangannya, apakah ini, jauh di sudut hatinya bercampur sangka-sangka yang pelbagai..

Perlahan-lahan dia mengintai melalui sebuah lubang kecil yang terbentuk antara langsir yang menutupi pintu masuk bilik tersebut..Alangkah terkejutnya dia, rasa seperti hendak gugur jantung dari "medial mediasternum"nya, Subhanallah!!!...

dia pengsan..........

Wednesday, September 9, 2009

SIAPA SUDI MENANGISI PEMERGIANNYA

Manusia selalu mengabaikan perkara yang dimilikinya, sedarnya akan kehilangan perkara itu, barulah ia tergadah mencari-mencari dan menangisi.

ramadhan kini berbaki kini 10 hari, waktu yang sangat singkat, bulan yang dinantikan kedatangannya sudah kian melewati penamatnya, sedang ramai di antara kita masih gagal mencapai peningkatan diri yang walau hanya selangkah ke hadapan.

atau, lebih dahsyat, kehadiran ramadhan menjadikan seseorang lebih teruk, na'zubillah..bukan kebaikan yang diperolehinya, bahkan sebaliknya

Takutlah kita dengan ucapan "Aameen" yang dilafazkan oleh Insan Mulia Pemimpin teragung Sayyiduna Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam ketika Jibril 'alaihissalam berkata kepadaNya "celakalah orang yang melalui bulan ramadhan yang diberkati tanpa memperolehi keampunan"

Gerangan apakah yang mendorong Rasulullah sallaLlahu'alaihi wasallam melafazkan ucapan "perkenankanlah" itu.Doa siapakah yang di aminkan Baginda? semestinya permintaan kekasih Allah itu tiba terus ke hadrat Kekasihnya tanpa hijab dan tempoh.

berusahalah, hari esok tidak semestinya milik anda

Mungkin 10 hari terakhir ini menjadi sebab untuk kita mendapat rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNYA

fikir-fikirkan..


Sunday, September 6, 2009

LAYAKKAH AKU

Di satu pagi yang hening
tatkala aku berjalan di pinggiran sungai
terasa sungguh tenang sekali
qalbuku terusik dengan keindahan ciptaan yang Maha Pencipta

Hembusan bayunya yang dingin
bunyian gemersik aliran sungai
dedaunan yang berlenggok-lenggok melambai-lambai
serta cengkerik-cengkerik yang bersahutan
mendamaikan jiwa yang resah
menenangkan fikiran yang gundah.....oh damainya..

Sebenarnya
Semua itu adalah alunan zikir
yang tidak pernah henti-henti diucapkan

cumanya kita yang tidak pernah faham
tasbih-tasbih mereka

Lalu aku teringat akan firman Allah Subhanahu wata'ala:

"Tidakkah Engkau(Muhammad) tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya, masing-masing sungguh telah mengetahui(cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" (An-Nur:41)

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih
mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra : 44)


Subhanallah

jauh di sudut hatiku
aku rasa merintih sekuat-kuatnya
terkenangkan aku yang jarang sekali bersyukur

aku yang ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi ini
berapa kali aku dalam sehari
aku memuji, memuja dan membesarkanNYA
kalau nak dibandingkan dengan makhluk lain
yang tak diberikan aqal seperti aku

Ya Allah maafkanlah aku

Ampunkan aku Ya Allah