Saturday, April 18, 2009

Tak malukah kita ?

Lihatlah rata-rata manusia, lihatlah diri kita ,Selalunya manusia akan hanya mengatakan alhamdulillah apabila sesuatu yang diingininya tercapai

sebagai contoh, seseorang jatuh sakit dan memohon supaya Allah memberi kesihatan kepadanya, lalu Allah pun mengqabulkan doanya, seraya itu dia baru terasa akan perlunya Allah dalam hidupnya, dan seraya itu jugalah dia sedar bahawa kesihatan itu suatu nikmat rupanya...

beginilah kita, beginilah manusia

walhal pernahkah kita rasa bersyukur di atas ni'mat iman, kesihatan,penglihatan, pendengaran, dan lain-lain nikmat semasa kita memilikinya, jarang bahkan sedikit sekali dan ini disebut sendiri oleh Allah bahawa sedikit sekali dari kita yang bersyukur dalam firman Nya

Sayyidatina 'Aisyah Radiallahu'anha berasa hairan melihatkan Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam, ketika dalam solat malamnya, berwuduk dengan sedikit kerana tidak mahu membazir air

kemudian sembahyang baginda sungguh panjang dan sempurna, ketika baginda rukuk, berguguranlah air mata dari wajah baginda, dan tatkala sujud tangisan baginda masih tidak henti-henti....bukankah baginda seorang utusan Allah, seorang kekasih Allah?

bukankah dalam Al-Qur'an ada dinyatakan


semua dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian akan di ampunkan Allah Subhanahu Wata'ala,

ya Rabb, ya Allah dosa apakah yang Baginda telah lakukan, bukankah Baginda seorang yang ma'sum? maka bagaimana baginda boleh berbut dosa

namun harus diingati dalam qaedah sufi

“Perbuatan-perbuatan baik dari orang-orang soleh dianggap “dosa” oleh mereka yang dekat dengan Allah— (hasanatul abrar sayyi’atul muqarrabin)

sebagai contoh, solat witir tiga rakaat, ya sudah dianggap baik bagi kita, namun ia dianggap dosa oleh orang-orang yang dekat dengan Allah subhanahu wata'ala (al-muqarrabin),orang-orang yang mempunyai maqam yang tinggi di sisi Allah kerana terlalu kedekut dan malas untuk beribadah kepada Allah dan inilah dosa yang dimaksudkan dalam ayat Al-Qur'an di atas

Sungguh Sayyiduna Muhammad sallallahu'alaihiwasallam kekasih Allah yang sangat bersyukur. Allahummaj 'alni ma'ahu fil jinaan..ameen

---------------- Subhanallah ------------------

Kita bagaimana?, punyai dosa seperti gunung, lalai setiap masa, namun kita masih ok ok sahaja, masih lagi mampu bertangguh-tangguh untuk bertaubat, wow, beraninya kita? siapa kita? adakah kita dijamin syurga seperti Al-Musthofa, dijanjikan keampunan seperti baginda?

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى ٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)


Wahai kita! Bersyukurlah, ketahuilah setiap saat dari Umurmu PASTI akan dipersoalkan

Ayuh kita ke dimensi baru...Sekarang juga!!

Semoga kita diletakkan Allah dalam golongan yang sedikit Ameen

4 comments:

  1. dasyatnye syahid ana pun x leh tulis cam nih...kita mng muka x malu..

    ReplyDelete
  2. huh..
    semoga sy pun tergolong dalam golongan yg sedikit tuh..
    terima kasih atas peringatan..

    ReplyDelete
  3. Ameen ..ingatkanlah diri aku yg sering lupa

    ReplyDelete
  4. salam..
    semoga kita sentiasa memperingati antara satu sama lain..insyaAllah.

    ReplyDelete