Sunday, April 19, 2009

XPDC Dakwah: Se cerita

P

Peserta muslimin bersama pihak penganjur


Selesai sudah XDPC dakwah, letih ke?, atau dah rasa cukup?

"sikit ja tu sheikh, belom lagi ikut operasi penguatkuasa JAWI, belum lagi berjuang di palestin" terngiang-ngiang kata-kata Ust Khairul Anwar yg kini bertugas sebagai Penolong pengarah bahagian pengurusan dakwah JAWI

Operasi Sesi 1 di Flat Perumahan Pantai Dalam...

kami temui sepasang kekasih tidak sah sedang bermesra, empat muslimin group kami memulakan langkah, saya memulakan bicara, "Assalamualaikum bang, apa khabaq" aku agak dia faham la kut bahasa kedah..(saya pusing2 ayat tanya dok mana, keja apa, dan mcm2 lagi....sebab saya ingat dengan jelas pesanan ustaz kamaruddin, jgn tegur direct..)

seketika, bila dah habis point pusing-pusing..muslimat group kami datang dan mula berbual2 dengan si gadis...



Peserta-peserta muslimat yang tabah

lalu..masa untuk point presentation(menegur kesalahan) dah sampai..saya cuba berkias2.."owh ini tunang abang yer..camni bang..keluarga yang baik mestilah dari individu yang baik, kalau abang baik, isteri abang baik, barulah dapat keturunan yang baik"

sebelum sempat saya menambah

ibu si gadis turun, seolah menyambut kunjungan tak rasmi kami, turun dengan senyuman lebar, muslimat2 pun salam dan mencium tangan si ibu..

er? parah ni .. kalau si ibu selamba jer, maksudnya dia tak kisah pun anaknya bermesra dengan si lelaki 23 tahun itu...biasalah ramai sahaja orang-orang Islam anggap tunang tu sebagai pre-nikah(dah mcm isteri)...adoi camna nak counter ni..tambah2 mereka tiada rasa bersalah..

tiba-tiba saya terpening seketika, saya pun bagi isyarat pada syafiq kamil suruh tegur apa kesalahan brother tu..

syafiq pun menyambung "erm, bang kat atas bukit ada apa?" sambil menunjukkan ke arah sebuah bangunan besar di atas bukit di situ..

adeh...plan tak menjadi..syafiq terus sambung memusing-musing ayat, abang tu pulak macam tak paham jer..



Bersama orang-orang kampung yang turut menjayakan XPDC

nampaknya muslimat rancak berbicara, ntah apa diorang sembang ngan kakak tu, harap-harap diorang tegur la..

lama benar sesi kami dgn pasangan tu, hampir 10 minit, last-last, azhar pun memberi artikel tentang akta-akta jenayah di malaysia yang banyak berkaitan dengan gejala sosial

lalu kami pun salam dengan abang tu dan beredar...muslimat masih rancak berbual..

(monolog: kalau jumpa lagi lepas ni, ice breaking dengan target pastu terus tegur, tak ada pusing-pusing dah..arrghh)

selepas itu, group kami tak ketemu lagi dengan mana-mana pasangan tidak sah atau lain-lain target...cuma sempat bersesi dengan adik-adik perempuan di situ yang pakaiannya kureng ckit(muslimat main peranan) dan seorang budak lelaki yang gayanya ala-ala budak pang(muslimin bertindak)



Setelah selesai sesi bersama anak-anak di SRA Seri Pantai

dalam perjalanan pulang ke pusat operasi...Astaghfirullah...ini natijahnya?...pasangan yang kami jumpa tadi sedang meluncur laju berdua-duaan di atas satu motosikal dgn romantik sekali... apa dah jadi?

agaknya mesti muslimat pon pusing-pusing ayat jugak sampai tak jumpa tempat nak bagi point...

kesimpulan...

tak cukup dengan teori, pengalaman dan skill amat penting..macam mana nak dapat skill dan pengalaman?

TURUNLAH KE LAPANGAN!!

untuk sesi malam sila ke http://rijaluddin88.blogspot.com(group malam)


penggambaran semasa operasi tiada kerana tidak dibenarkan oleh pihak penganjur




4 comments:

  1. Assalamualaikumwarahmatullah...

    memang menarik.... dan teringin menyertainya lagi..

    hmmm

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam
    ya shaikh azhar...

    insyaAllah .. setiap sabtu minggu ketiga
    kalau pegi lagi jgn lupa ajak :)

    ReplyDelete