Wednesday, April 1, 2009

Ukhuwwah kita


It was a tiring yet a very joyful programme(Tekam War), and in a session during the programme we(the participants) did conclude that a good ukhuwwah is very vital in an organization for it to be a strong and powerful.

It is said That 90% of misunderstanding which break the ukhuwwah are because of suspicion(Zhon)...is it right?

While some said that it is because of wrong voice tone and usage of language in our communication

and I postulate that ukhuwwah usually broken because people do not know what are actually the pillars(rukun) of the ukhuwwah and what should be observe in maintaining it...(but i didn't said the said above statement is not correct)

by observing and adapting these 3 pillars, insyaAllah..the good ukhuwwah is there :)


Peringkat Ukhuwwah



1- Salamatussadr (berlapang dada)
Kita akan memberi peluang kepada sahabat untuk memperbaiki kesilapannya sama ada kecil atau besar (HABLUMMINALLAH : bertaubat, HABLUMMINANNAS : memulangkan yang haq/memperbaiki kesalahan terhadap manusia) sepertimana kita juga mahu diberi peluang oleh sahabat kita untuk memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan


Kita tidak mudah menghebahkan kesilapan dan keaiban (sekalipun ianya benar) selagimana kita belum merujuk atau menegur sahabat secara personal , sepertimana kita juga tidak rela keaiban kita tersebar tanpa terlebih dahulu ditegur dan dinasihati, kerana konsep berdakwah "Kita penyeru/pendakwah bukan penghukum"

Kita akan menutup serapat-rapatnya pintu permusuhan dan penyebaran aib ataupun mengelakkan keretakan dan sangka buruk dikalangan penggerak persatuan yang seangkatan (FIQH AWLAWIYYAT/FIQH KEUTAMAAN : menolak mafsadah dan mendatangkan maslahah iaitu menolak kerosakan dan mendatangkan kebaikan)


2 - Musawamah (persamaan)
Cuba sedaya upaya untuk memastikan apa yang diperolehi oleh kita untuk diperolehi juga oleh sahabat-sahabat kita, konsep ini berlawanan dengan sifat hasad iaitu mahukan sesuatu kebaikan yang ada pada sahabat kita agar hilang darinya.


Dengan ini, kita sentiasa cuba untuk tidak membiarkan sahabat-sahabat kita ketinggalan dan berada dalam kesusahan

Seperti mana yang telah disabdakan oleh

Nabi Muhammad s.a.w. "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga mana ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri"

3- ii tsar (Melebihkan saudaranya)
iaitu sanggup untuk mendahulukan dan melebihkan sahabatnya dalam sesuatu perkara, seperti mana yang dilakukan oleh sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah keetika di gua Tsur dimana beliau sanggup menahan lubang kala jengking dengan tangannya semata-mata memastikan kesalamatan Rasulullah yang juga sahabatnya

Juga seperti kisah orang Ansar dan muhajirin yang dirakamkan dalam Al-Quran

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

QS. al-Hasyr (59) : 9




Ketiga-tiga rukun ini berperingkat iaitu dimulai dengan berlapang dada sehinggalah mampu untuk melebihkan sahabat dari diri sendiri

Wallahua'lam





3 comments:

  1. Imam As Syahid Hassan al Banna dalam Risalah at Ta’lim telah meletakkan rukun ukhuwwah dalam rukun baiahnya dengan berkata : “yang saya maksudkan dengan ukhuwwah (persaudaraan) ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah.Aqidah merupakan ikatan yang paling kuku dan bernilai.Ukhuwwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur.Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpecahan tanpa kasih sayang.Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahtearaan jiwa terhadap saudara seislamnya dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain daripada diri sendiri”

    ReplyDelete