Wednesday, April 29, 2009

Tiada lagi bunga jelmaan


oh ALLAH letakkanlah daku bersama Bunga-Bunga nan indah

"Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"


Saturday, April 25, 2009

Mari Berfikir

Maka apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya(berkelayakan) maka tunggulah saat-saat kehancuran (Hadis riwayat Bukhari)

Analoginya mudah, seorang pesakit angina pectoris? i.e masalah saluran jantung yang tersumbat, dihantar ke kedai membaiki basikal untuk menjalani pembedahan
maka, tunggulah saat KEMATIAN orang itu..

begitu juga jika seorang pengayuh beca diberi tugas untuk mengemudi kapal terbang

maka, tunggulah KEMALANGAN DAHSYAT LAGI MENGERIKAN yang pasti akan membunuh sekalian penumpangnya

---------------------------------------------------------------


samalah dengan urusan agama, mengapa tidak mahu dirujuk kepada Para 'Ulama, pada orang-orang yang ahlinya

bahkan harus difahami yang dikatakan agama itu bukan hanya berkaitan solat, zakat, puasa sahaja, bahkan Agama Islam yang bersifat Syumuliah (comprehensiveness) itu merangkumi segenap aspek kehidupan

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah:208)


sebutlah apa sahaja, ekonomi, politik, masyarakat, individu, pentadbiran, muamalah, undang-undang, segala-galanya, semuanya bersangkut-paut dengan agama , lainlah jika engkau memang Sekularis

dalam kata lain, setiap perkara yang hendak diputuskan RUJUKLAH PADA PARA 'ULAMA lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah..

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Jangan ingat kita bijak, takut-takut terbeliak di akhirat kelak dek kelunya lidah tak terjawab soalan-soalan Sang Rabb yang Maha Berkehendak yang sesungguhnya siksaanNya amatlah pedih.



Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.


Wallahu'alam

apa pula dengan status agama seorang anak yang ibubapanya bertukar agama? atau ibu dan ayahnya berbeza agama? siapa yang berhak? apa penyelesaiannya?

apa pula dengan konsert jom heboh di Perak?