Sunday, February 3, 2013

Koreksi Diri 1: Amalkan Ilmu

Kulirik bait demi bait yang sangat indah,
hati yang gersang lagi gundah,
jadi tenang tiada resah,

Sehingga ku lalui satu ayat di dalam Surah Al-Jumu'ah, ayat yang ke 5,

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا

"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya)......."

Sejenak ku tersentak, bagaimana perumpaan yang diberikan kepada orang Yahudi, dimana mereka diberikan Kitab Tawrah, tetapi mereka tidak patuh kepadanya, mereka ingkar, bahkan mereka menukar ayat-ayat di dalamnya

diumpamakan mereka ini ibarat Keldai, hanya mampu membawa gendongan2 buku yang banyak, tetapi tiada manfaat untuknya, kerana ia tak mengamalkan isi2 kandungan buku tersebut, tidak ubah seperti binatang..di dalam ayat yang lain bahkan ada manusia yang diumpakan lebih sesat dari binatang ternakan.. Na'uzubillah

Refleksi Diri:

Semoga dijauhkan diri daripada khianat terhadap ilmu yang telah Allah SWT kurniakan, mudah-mudahan diberi kekuatan untuk memanfaatkan ilmu yang diperolehi

Ya Allah kami bermohon kepada-Mu pemahaman yang Engkau anugerahkan kepada para nabi, daya hafal yang Engkau berikan kepada para Rasul. Ya Allah perkayalah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelapangan dada, muliakanlah kami dengan takwa, serta perindahlah kami dengan afiat, demi rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Pengasih mengatasi segala Pengasih. Ya Allah ajarkanlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami, dan anugerahi kami kemampuan memanfaatkan apa yang Engkau ajarkan, Maha Suci Engkau ya Allah, tiada ilmu yang kami raih kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.






1 comment:

  1. AllahuAkbar...rasa terjentik dan tersentak. Bukan xpernah membaca ayat ni. Bahkan bg yg sekolah agama pastinya dah menghafal surah Al-Jumu'ah. Tetapi alhamdulillah Allah bagi kesedaran melalui perkongsian ringkas ini. Jika direnung2 ayat ni bukan sahaja ayat kiasan dan menempelak kaum Yahudi bahkan sebenarnya yg paling utama adalah ditujukan khas buat MUSLIM juga MUKMIN! Ramai antara kita skrg ni tdk mengamalkan ayat2 Allah..malah berapa kerat sgt yg menyampaikan..Allah...rasa tersentak betul. Ayat ni sebenarnya peringatan KERAS buat kita semua utk bersungguh2 dlm menyampaikan kalam Allah. Cukuplah main2 selama ni! Ayuh kita semua mara ke hadapan menentang Yahudi Laknatullah!

    ReplyDelete