Komentar/ulasan terpilih =)
Dr Maszlee Malik
Apakah ada isu mengkafirkan UMNO dalam amanat
Hj Hadi? Saya tidak nampak... Apa yang saya nampak, hasil pendekatan
agak 'radikal' Hj Hadi tersebut telah mendorong kerajaan BN di bawah
pimpinan Dr Mahathir dan kemudiannya dibantu oleh Anwar untuk
melaksanakan projek 'Islamisasi'.
Tanpa 'Amanat' tersebut. apakah Dr M akan melakukan projek Islamisasi beliau? Inilah keindahan proses check and balance sistem demokrasi dan apa yang disebutkan oleh Dr Tawfik Wa'ie sebagai Sunnah Tadafu'...
Apapun amanat tersebut telah dilahirkan berdasarkan konteks dan realiti
waktu tersebut. Setiap era ada wacananya yang tersendiri. Sekarang
wacana yang paling utama ialah isu keadilan, tadbirurus, sistem
pilihanraya yang bersih, pendidikan, rasuah dan juga mengurangkan
jenayah yang semakin berleluasa...
Apakah hikmahnya menimbulkan isu lapuk tersebut?
Apakah ianya bertujuan untuk melarikan rakyat dari isu sebenar? NFC,
FVGH, Deepak, keculasan di dalam pembelian AES dan juga isu LYNAS?
Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Era 1980'an dan 1990'an merupakan era
menjelaskan batas-batas pemisah di antara Islam dan Jahiliah, Iman dan
Kufur. Bahasa yang diguna pakai dalam tulisan dan ucapan pada era
tersebut banyak yang berbentuk hitam putih kerana orientasinya ialah
menjelaskan. Ia bukan sahaja mempengaruhi tulisan dan ucapan, malah
tingkah laku masyarakat. Justeru mereka yang menyertai gerak kerja
dakwah cenderung kepada menjelaskan
perbezaan mereka berbanding orang lain. Pakaian mereka berbeza lalu baju
melayunya lain (baju ala raihan), berketayap walaupun semasa bermain
bola dan banyak terjadi elemen isolation.
Berbeza dengan zaman
sekarang, setelah apa yang Islam dan apa yang jahiliah itu jelas,
golongan Islamis mula bergerak ke arah 'kembali'menyertai masyarakat.
Tulisan, ucapan, malah cara berpakaian semakin bersifat engaging dan
connecting. Orientasinya ialah hendak memenangi massa dan menguasai
mereka, bukan lagi memecahkan massa berasaskan idea.
Isu Amanat
Haji Hadi dan ucapan-ucapan tegar Dr Mahathir pada menolak Hudud di era
1980'an dan 1990'an merupakan sebahagian daripada paradigma ini.
Menghuraikan pendapat-pendapat itu tanpa memahami dan meraikan konteks
era tersebut, sama ada berpunca daripada kejahilan semasa, atau berniat
jahat mengutip apa sahaja untuk memenangkan kelompok yang bertentang.
Idea dan masa, dua perkara yang binasa apabila terpisah dalam pemahaman
------- smile ---------
Sunday, January 6, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment