Tuesday, June 8, 2010

Angka tak penting, lebih penting isinya

Angka di umur semakin bertambah, hidup pula semakin singkat, masa terus meluncur laju, sedang kita masih terpinga-pinga atau mungkin di takok lama, sedar-sedar sudah setahun rupanya..astaghfirullah

Hari ini sudah 25 Jamadil Akhir, esok lusa dah masuk REJAB 1431H, cepat betol masa berlalu, sungguh REJAB 1430H yang lalu masih terasa sangat baru

sebab itu, angka di umur itu tidaklah penting mana, yang lebih penting bagaimana pengisian yg kita beri terhadap kehidupan yg masih tersisa, namun begitu orang yang terbaik ialah orang yang panjang umurnya lalu baik pula amalannya, seperti hadis di bawah:

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

REJAB

Rejab diterjemah oleh sesetengah ulama sebagai mulia dan kebesaran. Dizaman arab jahiliyyah pula, bulan rejab juga dikenali sebagai Rojab as-som(pekak), kenapa begitu?

dah menjadi kebiasaan org arab jahiliyyah sebelum di utuskan RasuluLlah bahawa mereka ini sentiasa berkelahi, berperang di antara puak2, qabilah2 dan sebagainya. Namun, pada bulan rejab, tidak kedengaran lansung(sebab itu dikatakan rojab as-som) bunyi gendang peperangan, bunyi tombak dan pedang kerana pada bulan rejab genjatan senjata diadakan sebagai memuliakan bulan rejab itu sendiri.

Sesetengah ulama pula menafsirkan perkataan ROJAB itu mengikut hurufnya iaitu RO' JIM dan BA' .. RO' untuk Rahmah(kasih sayang), JIM untuk Jaza'(balasan pahala) dan BA' untuk bir(kebaikan)

kita semua ma'lum tentang hebatnya bulan rejab, tapi kita tertanya-tanya.. Ya, memang bulan rejab itu hebat dan mulia tetapi persoalannya bagaimana persediaan kita menyambutnya? bahkan ini yang lebih penting untuk kita persiapkan

seperti juga Al-Qur'an, ya Al-Qur'an itu memang hebat, Al-Qur'an itu NUR, tetapi mengapa masih ramai umat ISLAM yang hidup dalam kegelapan?

buka mata, buka minda tanya iman =)


2 comments:

  1. baca post ni teringat ttg mlm 27rejab 1430H yg lepas-ada sorg shbt ana balik ke Msia mlm tu
    best plak rsanya bila bleh naik ke langit pd tarikh sempena isra' dan mikraj~
    mesti lebih mghayati peristiwa tersebut!

    tp tahun ni xboleh kot nk buat cmtu lg..sbb mlm 27 Rejab tahun ni adalah malam exam final ktorg =)

    ReplyDelete
  2. Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya dlm satu malam dari masjidil haram ke masjidil aqsa..

    Isra' mi'raj.. x sedikit pengajaran dan penghayatan yang dapat diambil dari peristiwa tersebut..

    All da best! Dr senior...

    bittawfiq wannajah

    ReplyDelete