Thursday, April 29, 2010

Kita nak jadi mcm mna?

Aku ni student medic, aku pandai, aku hebat, aku hensem, aku smart, aku geliga,aku paling best,hoho..syok seniri .. AstaghfiruLlah..

aku nanti dah jadi doktor, dah kaya kaw kaw,aku mau kereta besar, rumah besar, hidup mau senang, mau org panggil aku DOKTOR!! ..camtu..

isk2..salah niat tu, bahaya bahaya..

dah cukup2.. Ni nak bawa antum kenai SESEORANG! .. bukan sr khan, bukan rooney, bukan faizal tahir, hat tu antum suma dah kenai dah, buat pa nak cerita lagi, buang karan ja..

BismiLlah..

Beliau ini doktor, bukan doktor Phd, tapi medical doktor la mcm antum semua nak jadi tu..hebat orangnya, bukan calang-calang, bukan biasa-biasa, tetapi sungguh berbisa lagi berwibawa..

AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI

dilahirkan pada 23 oktober 1947 iaitu setahun sebelum penubuhan rejim(bukan negara) HARAM israel, nak cerita, masa kecik2 lagi, sekitar 6 bulan umur beliau, beliau dah dibawa berhijrah oleh keluarga ke semenanjung Gaza kerana amukan ledakan peperangan 1948 dimana umat Islam bersungguh-sungguh mempertahankan wilayah suci Palestin.

Ibarat permata yang bersinar, sejak kecil lagi beliau kelihatan genius, menamatkan sekolah rendah, menengah dan dapat TAWARAN menjalani KULIYYAH PERUBATAN di universiti Iskandariah Mesir..sehingga akhirnya beliau tamat bidang Kedoktoran dengan Ijazah Kepujian..

Kalau nak ikut beliau boleh sahaja hidup mewah sebagai seorang doktor, tapi atas kesedaran jihad yang tinggi, beliau pulang berkhidmat di Hospital di Palestin..tak cukup dgn ilmu perubatan yang ada pada beliau, beliau pulang ke Mesir dan mendapatkan Master(Ijazah sarjana) sebelum kembali ke Palestin untuk meneruskan JIHAD!! pulang beliau kali ini dengan membawa fikrah IKHWANUL MUSLIMIN..

beliaulah antara beberapa orang yang bersama Shiekh Ahmad Yasin yang menubuhkan HAMAS, juga merupakan orang yang dipilih untuk menerajui HAMAS selepas syahidnya As-syahid Sheikh Ahmad Yasin.

Beliau adalah seorang doktor yang penuh 30 Juzu Al-Qur'an didada beliau,

bukannya hafaz Al-Qur'an seperti budak2 dq, kat tepi tasik yang cantik, kat dalam bilik besar yang hanya dimuatkan dengan dua orang, makan orang sediakan..SELESA sungguh...tu pun malas(aduih...)

Dr. Abdul Aziz menghafaz Al-Qur'an ketika beliau didalam penjara kerana di tahan atas perjuangan beliau yang mulia itu, masa itu digunakan beliau dgn bersungguh2 kerana bagi pejuang tiada istilah rehat bagi mereka, rehat mereka ialah ketika mereka menemui syahid di jalan ALLAH!!

Akhirnya, dipendekkan kisah, cita-cita beliau untuk gugur SYAHID akhirnya dimaqbulkan ALLAH pada 17 April 2004 apabila peluru berpandu apache israel diledakkan ke atas As-syahid, kata As-syahid ketika menerajui HAMAS:

Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. ...

SubhanaLlah

Kita pula mahu jadi doktor yang macam mana? hanya pulun study,tension2 pi enjoy sana sini, tak kira apa berlaku kat orang Islam, tak tahu pun apa masalah ummah, dan anggap semua itu tiada kena mengena pun dengan aku...

janji aku score dlm exam, janji ku kerja besar, janji aku kaya ..atau bagaimana???

p/s:-peringatan untuk diriku yang lupa...
- rujukan: Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden karangan Ustaz Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor

As-syahid Dr. Abdul Aziz dan Isteri (Ummu Muhammad)

Assyahid Dr. Abdul Aziz bersama Assyahid Sheikh Ahmad Yasin(pengasas HAMAS)

6 comments:

  1. menarik entry kali ini..moga sahabat2 medic dapat amek iktibar..
    saya melihat pelajar2 medic uiamk kurang bminat dgn program2 ilmiah yang dianjurkan oleh persatuan2 di sini..sambutan dari pelajar medic sgt kurang sehingalah mereka digelar 'kaki studi'..
    saya menyeru sahabat2 untuk sama2 memeriahkan aktiviti2 ilmu (ceramah,seminar dsb)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah sama-sama kita seimbangkan =)

    ReplyDelete
  3. Amboih dia..riak sungguh aih.:P

    ReplyDelete
  4. adoi..mus,yg ayat first tu bukan aku kata - yg tu ayat2 yg mungkin dikatakan oleh mana2 student universiti, x kira la kos apa pun...

    cth kalau student CTS ..mgkin ayat nye mcm ni aku ni hensem, hebat, macho, otak laju, pandai kira2, x lembab mcm budak2 laen..hu =P

    la haula wala quwwata illa biLlah


    "Maha Suci Engkau Ya Allah, tiadalah ilmu bagi kami melainkan apa yang engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

    ReplyDelete
  5. Haha... saja jah nak provok , ikhlaskan niat lagi Dr. Syahid ! :P

    ReplyDelete