Monday, April 26, 2010

Habislah kita jika hanya disini

negeri DUNIA dan negeri AKHIRAT adalah perkara yang selalu menjadi perbandingan,

adapun seseorang yang dinamakan manusia itu pastilah melalui dunia KEDUNIAAN sebelum ia melewati dunia AKHIRAT.

Anda sekarang berada di negeri dunia,di dunia di bumi, tapi bukan di dunia di marikh. Di bumi di muka bumi dan bukan pula di bumi di atas langit. Cuma kadang-kadang anda berpeluang menaiki kapal terbang atau anda bersukan lalu melompat-lompat dan meninggalkan muka bumi ini buat seketika, tetapi anda tidak lagi meninggalkan dunia, kerana anda pasti akan berada di muka bumi setelah seketika.sila rujuk teori graviti.

Lalu, disemua-semua negeri inilah anda menjalani KEHIDUPAN. Samaada hidup dari segi rohani atu jasmani. jika sel-sel perlu kepada makanan atau nutrisi untuk terus hidup dan membahagi,manakala ruh perlukan nutrisi berupa zikir untuk terus segar dan tidak flasid.Yang flasid itu tidaklah lysis, bermakna yang berdosa itu bertaubat, yang kurang baaik ditambah baikkan.Mintalah petunjuk dan taufiq dari Allah.

Simpang siur, roundabout dan kona-kona jalan sebenarnya sudah disediakan papan tanda. Ikut sahaja yg itu jgn memandai-mandai. Rasulullah telah memasang papan tanda itu berasaskan Kitabullah dan sunnah Baginda, Baginda pesan sudah kan pada kita, ikutlah ia tidak tersesat kita jadinya.

Tetapi, manusia ini biasalah degil yang amat, selalu saja memilih yang lain walaupun signboard sudah terang2 ada depan bola-bola mata. pengguna-pengguna jalan kehidupan ini biasanya salah simpang kerana beberapa kes.

ada kes dimana papan tanda mengatakan wajib berhenti seketika dan solat, dibuat tidak endah sahaja. Ada pula yang nampak sign board yg sama, tetapi ada kutu2 jalanan yang biasanya tidak dapat dilihat dari pandangan mata cuba mengalihkan signboard itu dan suka pula ia jika pengguna2 ini tidak mematuhi akan undang2 jlan kehidupan ini.Namun yang satu lagi agak dahsyat, sudahlah tidak mahu patuh pada peraturan yg disediakan Tuan punya jalan, dibuat papan tanda palsu, dipacaknya di persimpangan jalan untuk menghalang pengguna-pengguna lain mengikut arahan signboard sebenr....

yang pasti, papan tanda ini tidak pernah diletakkan bersamanya jarak berapa jauh lagi perjalanan seperti yang kita biasa lihat di lebuhrya negeri KEDUNIAAN. bermakna, perjalanan kita ini bisa terhenti bila-bila masa..

BILA-BILA MASA

BILA-BILA MASA

BILA-BILA MASA

BILA-BILA MASA

BILA-BILA MASA

sama-sama kita renungkan..........kerana ia adalah KEPASTIAN..

MATI

"Ya ALLAH akhirkanlah hidup kmi dgn pengakhiran yang baik, dan janganlah engkau habisi hidup kami dengan pengakhiran yang tidak baik... Ya Rahman"

4 comments:

  1. Tajuk post ni mengingatkan saya ttg papan tanda "halangan" atau "rintangan di hadapan" dlm buku KPP masa kelas memandu (sbb selama ni duk blkg je dlm kereta x ambil tahu pun). Alhamdulillah got the message. nice post!

    ReplyDelete
  2. Syukran, semoga menjadi pemandu yg cekap, kebolehan memandu skang ni dah jadi skill utama bukan lagi sampingan.seriously!

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah. Rasa lebih bersemangat nak ke test jpj insyaAllah. syukran!

    (Pemandu berhemat dunia n akhirat bersedia n merancang perjalanan, bersedia dgn ilmu n serba-serbi andai terkandas di perjalanan, waspada dgn suruhan dan larangan yg memperingatkan,berada dlm jarak selamat agar tak terkecundangan, sehingga tiba ke destinasi yg dinanti dgn penuh kesabaran -pesanan penaja)

    ReplyDelete
  4. Semoga lulus dgn cemerlang. ~memandu pun ibadah~

    ReplyDelete