Friday, February 12, 2010

ikatan rahsia

tenang rasanya bila bersama sahabat-sahabat yang soleh. tenteram sahaja bila melihat wajah mereka, senyuman mereka sungguh mendamaikan walaupun mereka tidaklah handsome mana.kehadiran mereka disisi mengubatkan jiwa yang resah. tutur kata mereka penuh hikmah mendidik jiwa yang lemah. sikap lapang dada mereka sangat menyelesakan, sikap ithar mereka membuatkan jiwa menjadi sayu lantaran indahnya sifat yang wujud pada diri mereka itu..



Mereka orang yang dekat dengan Tuhannya, tidak henti zikirnya menyeru memanggil-manggil yang Maha Perkasa, rindu mereka pada Rasulullah tiada belah baginya..cukup hanya dengan melihat wajah mereka membuatkan hati ingat pada Allah subhanahu wata'ala..

Mereka disisi bukanlah kerana wang, tidak pula kerana pangkat, wanita dan yang sama jenis dengannya, tapi hadir mereka itu kerana satu ikatan rahsia yang tidak tampak pada mata kasar, juga tidak bisa dilihat walau dibesarkan oleh electron microscop, atau di zoom dengan teleskop, atau diteliti dengan stetoskop....semua itu tidak akan menzahirkan ikatan tersebut, kerana ia adalah rahsia..

Bukan senang hendak mencari orang seperti mereka, dalam 1000 mungkin 1 , kerana mereka sungguh istimewa.

Merekalah teman di syurga..

InsyaAllah..




Sunday, February 7, 2010

bahaya artiste

Lalu rasa pahit sepahit hempedu menyelubungi, segalanya hilang manis, jiwa daie menjadi hambar, semangat perjuangan menjadi kelam, dek dosa noda hasil tipu daya syaiton dan nafsu, semalam lagi sudah dikhabarkan tentang duri, juga pernah diberi amaran, bahawa dia bukanlah semudah yang selalu manusia fikirkan, jarang ada yang benar-benar berhati-hati dengannya.

Oleh sebab itu ramailah sudah yang tercedera, ada yang luka primarily maka luka itu dapat di atasi dengan hanya sembuhan tahap pertama, tak kurang juga yang tercedera tahap secondary, maka mekanisma sembuhan tahap kedua perlu dilakukan dan maka sebab itu kekal lah fibrous tisu pada kesan cedera .

Alhamdulillah,syukurnya kita tidak terhingga kerana telah lahir dengan Agama rahmat iaitu Islam,yang mana Allah Al-Bari' sangat merindui taubat hamba-hambanya yang pendosa, taubat sebenar-benarnya biasa membersihkan segala kecelaan yang ada pada seorang hamba, ibarat parut fibrosis yang dihilangkan oleh merederma. Namun tetap juga tidak sama, kerana merederma tidak 100 peratus menormalkan kawasan fibrosis sedangkan taubat nasuha membersihkan sama sekali si hamba. Ya Arhamarrahimin....

Satu demi satu pelakon aksi dunia mementaskan dirinya, bibir mereka tersenyum lebar menggamit siapa sahaja yang memandang, pakaian pula betatahkan emas dan berlian, dihulurkan pada manusia secara percuma hinggakan malaikat menjadi risau bahawa tiada yang akan menjadi penghuni syurga kerana keindahan yang terzahir pada mereka. dalam kocek kecil mereka tersimpan senjata seperti kirpan yang disaluti morphine sejenis dadah yang mampu memberi ketagihan tahap maksimum. siapa sahaja yang terleka akan ditikam dan ketagihan akan melanda...

manusia yang ditikam seperti rasa ingin ditikam lagi, lagi dan lagi, biar darah terkeluar, rosaknya tubuh badan tidak dihiraukan, sudah mabuk, terpukau dengan keindahan sementara. Siapalah yang dapat menyedarkan mereka melainkan hidayah dari Allah..

Ya Allah kurniakanlah tawfiq dan hidayahmu kepada kami, sekalian orang yang mengasihi kami, yang berbuat baik kepada kami, yang berhak ke atas kami dan sekaliannya insan yang Engkau lagi Maha Mengetahui akan mereka.