Sunday, May 17, 2009

AKU MAHU SEGALANYA BAIK

Sudah hampir dua dekad saya melihat dunia, saya melihat manusia-manusia di sekeliling, melihat ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Baik dan sukakan yang baik.

lalu saya terfikir, apakah saya sudah baik? entahlah mungkin ya mungkin tidak, tapi saya harus merasakan tidak, ustaz Naamane bernah berkata:

The moment you feel that you are good enough, that is the starting point of the decrease of your iman

Sememangnya saya bukanlah seorang yang baik pon, mungkin kerana saya masih jahil, kata ustaz Naamane lagi,

Sometime people may be knowledgable but still jahil, because he does not practice it

Bagaimana mahu menjadi baik? soalan seperti ini mengingatkan saya akan kuliah-kuliah Ustaz Muhadir Joll (semoga Allah merahmatinya), entah bila lagi berpeluang untuk duduk dalam majlis beliau, saya pasti akan merinduinya, saya sangat meminati corak penyampaiannya, pun begitu saya sering sahaja gagal untuk berada di kuliahnya, bukan kerana sibuk sangat pon, entahlah mengapa? terasa tenang sekali bila berada di majlis-majlis seperti itu. Perasaan yang sama akan muncul bila saja menghadiri majlis-majlis para Habaib dan sekalian Masyaikh.

Berbalik kepada soalan bagaimana mahu menjadi baik, soalan sebegini sering ditanya di akhir kuliah beliau (ustaz Muhadir), lalu beliau pasti akan menyebut satu perkataan sama ketika soalan berbentuk ini muncul, apa kata beliau:

Perkara ini memerlukan MUJAHADAH

bila difikir-fikir semula, ya, kesungguhan dan mujahadah yang saya letakkan dalam diri masih belum sepenuh hati, masih dicampur perasaan main-main, acuh tak acuh - bukan mujahadah namanya tu

hmm..sudah kutemuinya, ia adalah sesuatu yang disebut MUJAHADAH!

walaubagaimanapun, ustaz Muhadir juga sering berpesan supaya mencari guru yang Mursyid untuk membimbing diri kita, semoga aku temui insan yang mursyid itu, Amin.

ibnul Qayyim Al-Jauzy ada menggariskan ciri-ciri orang yang baik iaitu:
  • memiliki UCAPAN yang baik
  • akrab dengan PERBUATAN yang baik
  • memiliki AKHLAK yang baik
  • hanya memilih MAKANAN yang terbaik
  • Berteman denagn TEMAN yang baik atau berkahwin dengan pasangan yang terbaik

Jom sama-sama BERMUJAHADAH untuk jadi yang terbaik!


Sunday, May 10, 2009

Garangnya kita! Mari amalkan sifat "As-Samahah"

Anas bin Malik pernah berkhidmat selama 10 tahun dengan Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam, Rasulullah mengambil Anas dari ibunya ketika beliau masih berumur 8 tahun, dimana suatu hari Rasulullah mengutuskan Anas ke pasar. Lalu Anas melewati kawanan kanak-kanak yang bermain di pasar, sehingga Anas ikut bermain bersama mereka dan tidak melaksanakan perintah Rasulllah. Ketika Anas bin Malik sedang asyik bermain bersama mereka, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri di belakang beliau dan memegang pakaian beliau. Lalu Anas pun menoleh, dan ternyata itu adalah Rasulullah sedang tersenyum seraya bersabda, "Hai, Anas kecil, apakah engkau telah pergi melaksanakan perintahku?" Anas langsung berkata, "Baik Rasulullah, sekarang saya akan pergi."


Kata Anas bin Malik " Demi Allah, saya telah berkhidmat kepada beliau selama sepuluh tahun, dan Baginda belum pernah sekalipun memukulku, belum pernah mencelaku, dan belum pernah bermuka masam kepadaku."
------------------------------------------------------

kalaulah kita suruh adik kita pegi kedai beli barang kat kedai, kemudian kita tunggu punya la tunggu tak sampai-sampai, lalu kita pun buat spot check dan dia terkantoi dengankita

agak-agak apa kita buat? kalau si kakak mesti hadiahkan "cubit semut" dan si abang pulak hadiahkan "pulasan telinga" .. tak mcmtu? Hehehe ..... kesian dia

-----------------------------------------------------------------
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik
------------------------------------------------------

As-samahah = bertolak ansur, toleransi, murah hati, mudah berkira, baik pertimbangan dan apa yang seerti dengannya seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa yakin dengan keadilan Allah, ketentuan Allah, kebijaksanaan Allah dan janji-janji Nya.

Sifat ini adalah KUNCI kepada KEDAMAIAN

Antara ciri-ciri orang yang bersikap dengan as-samahah ialah
1- Sentiasa bermanis muka dan tidak bermasam-muka
2- sentiasa mendahului orang lain dalam memberi salam
3- memaafkan kesalahan orang lain dengan mudah


Wallahu'alam



--

Wednesday, May 6, 2009

Azhar, Semoga Lekas Sembuh

Rasulullah bersabda:

"Aku kagum dengan orang mukmin, bahawa semua urusannya adalah baik baginya, kalau ia mendapatkan kebaikan maka ia bersyukur dan hal itu adalah baik baginya, sebaliknya jika ia tertimpa kemalangan maka ia bersabar, maka hal itupun adalah baik baginya. Dan keadaan ini hanya ada pada orang mukmin" (HR BUkhari, Ahmad dan Darimy)



Masih ceria seakan tiada apa-apa disebalik kesulitan yang menimpa
Tanda redho dengan ujian Penciptanya


Inilah ciri-ciri orang beriman, sentiasa redho dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa, mereka yakin bahawa setiap percaturan yang ditetapkan Allah pasti ada rahsia disebaliknya.


Lihat sahaja kepada mafhum hadis-hadis ini:

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (Riwayat Muslim)

Sungguh Allah subhanahu wata'ala sangat baik terhadap kita, tetapi berapa saat dalam kehidupan kita kita mengingatiNya, sehingga walaupun tertusuk duri pun diampunkan bagi kita dosa (Subhanallah)


Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim)

Wallahua'lam
---------------------------------------------------------------------------

Azhar semoga cepat sembuh, semoga digugurkan dosa-dosamu seperti gugurnya dedaunan dari pepohon, semoga engkau diangkat ke darjat yang lebih tinggi di sisi Allah