Monday, March 9, 2009

Jangan kau buat begitu

Wahai sekalian pembaca :)
seringkali kita dipesan-pesan dengan pesanan-pesanan yang sebenarnya sangat penting tetapi diabaikan atau diambil ringan oleh kita, maklumlah level kita dah tinggi, pesanan-pesanan remeh macam ni manalah layak dengan taraf kita..huhu

siapa yang tidak tahu kita dituntut untuk membaca doa sebelum masuk dan keluar dari tandas, kita dilarang tidur meniarap, kita juga di ajar untuk masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan dan banyak lagi ...

hurm..jom kita lihat apakah pesan Nabi Muhammd pada kita:

1) Jangan tidur meniarap
  • Dalam satu hadis riwayat ibnu Abbas, dimana Rasulullah bertanyan pada iblis laknatullah : Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”Jawab Iblis - “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat”
  • Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) ,Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

2) Jangan malas baca doa sebelum masuk tandas

  • Dalam hadis yang sama, Rasulullah bertanya lagi , "Apakah rahsia engkau kepada umatku?”Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari”

3) Ikut sunnah Rasulullah, jangan malas-malas nak beramal dengan yang ini

  • Rasulullah juga bertanya, “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?”Jawab Iblis - “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”

4) Jangan menguap tapi tak tutup mulut, kadang-kadang depan orang kita selalu je tutup , tetapi bila berseorangan, wah bukan main besar lagi nganga mulut..apa pulak dengan yang ini

  • Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]
  • menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebarang suara ketika menguap itu.

Setakat itu dahulu, semoga dapat istiqamah dengan amalan-amalan di atas disamping amalan-amalan lain :)

Wallahua'lam

1 comment: