لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Sekalipun lafaz:
"Allahu maujud bilaa makaanin" iaitu "Allah ada tanpa bertempat" lafaznya tidak disebut di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis ianya tidak bermakna kita boleh beri'tiqad zat Allah itu di suatu tempat atau di banyak tempat. ini kerana Allah S.W.T sendiri tidak pernah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa Dia bertempat. Begitu juga sabda Nabi tidak pernah mengatakan Allah bertempat atau "Allahu fi makaanin"
Apabila Allah dan Rasulnya tidak pernah menyatakan dia bertempat maka menafikan tempat bagi Allah itu adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh syara' sepertimana kita menafikan bagi Allah sifat berjanggut, sifat beranggota dan sifat-sifat yang lemah yang mana sifat yang lemah tersebut lafaznya tidak pernah disandarkan oleh Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga kita menafikan lafaz yang membawa sifat persamaan Allah dengan makhluk-maklukNya, sebagai contoh kita melafazkan: 'Allah tidak serupa dengan ayam, tidak serupa dengan manusia", walaupun lafaz tersebut tidak dinyatakan dalam al-Quran mahupun al-hadis tidaklah bererti kita dilarang menafikannya. Ini kerana Allah telah berfirman yang bermaksud "Tiada sesuatupun yang menyerupainya", di sini Allah telah menafikan persamaan diriNya dengan makhlukNya secara umum. maka menafikan tempat bagi Allah tidak dilarang oleh islam berdasarkan dua perkara:
- Tidak pernah Allah dan Rasulnya menyandarkan lafaz "bertempat" bagi Allah
- Berhala-berhala adalah bertempat, maka sekiranya disandarkan tempat bagi Allah maka wujud unsur-unsur menyamakan Allah dengan berhala dan ini adalah akidah mujassimah musyabbihah sesat.
mujassimah musyabbihah mempercayai bahawa tempat bagi Allah adalah di atas arasy berdalilkan secara dusta pada firman Allah S.W.T dalam surah Toha ayat 5
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
begitu juga sebahagian Mujassimah Musyabbihah yang lain mempercayai bahawa Allah duduk di atas arasy juga mempergunakan ayat yang sama dan ayat-ayat yang mempunyai lafaz 'istawa' bagi Allah. ini tidak lain kecuali menghidupkan aqidah Yahudi yang menyandarkan sifat "duduk" bagi Allah.
Ketahuilah bahawa lafaz 'istawa' apabila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat. Ini kerana sifat duduk dan bertempat merupakan sifat makhluk dan tidak pernah Allah S.W.T dan RasulNya menyatakan Allah "duduk", dan tidak pernah juga Allah dan Rasulnya menyatakan "Allah bertempat". Wallahi tidak pernah.
sumber: handout Seminar Pembinaan Ummah - Masjid Wilayah - 7 February 2009
No comments:
Post a Comment