Komentar/ulasan terpilih =)
Dr Maszlee Malik
Apakah ada isu mengkafirkan UMNO dalam amanat
Hj Hadi? Saya tidak nampak... Apa yang saya nampak, hasil pendekatan
agak 'radikal' Hj Hadi tersebut telah mendorong kerajaan BN di bawah
pimpinan Dr Mahathir dan kemudiannya dibantu oleh Anwar untuk
melaksanakan projek 'Islamisasi'.
Tanpa 'Amanat' tersebut. apakah Dr M akan melakukan projek Islamisasi beliau? Inilah keindahan proses check and balance sistem demokrasi dan apa yang disebutkan oleh Dr Tawfik Wa'ie sebagai Sunnah Tadafu'...
Apapun amanat tersebut telah dilahirkan berdasarkan konteks dan realiti
waktu tersebut. Setiap era ada wacananya yang tersendiri. Sekarang
wacana yang paling utama ialah isu keadilan, tadbirurus, sistem
pilihanraya yang bersih, pendidikan, rasuah dan juga mengurangkan
jenayah yang semakin berleluasa...
Apakah hikmahnya menimbulkan isu lapuk tersebut?
Apakah ianya bertujuan untuk melarikan rakyat dari isu sebenar? NFC,
FVGH, Deepak, keculasan di dalam pembelian AES dan juga isu LYNAS?
Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Era 1980'an dan 1990'an merupakan era
menjelaskan batas-batas pemisah di antara Islam dan Jahiliah, Iman dan
Kufur. Bahasa yang diguna pakai dalam tulisan dan ucapan pada era
tersebut banyak yang berbentuk hitam putih kerana orientasinya ialah
menjelaskan. Ia bukan sahaja mempengaruhi tulisan dan ucapan, malah
tingkah laku masyarakat. Justeru mereka yang menyertai gerak kerja
dakwah cenderung kepada menjelaskan
perbezaan mereka berbanding orang lain. Pakaian mereka berbeza lalu baju
melayunya lain (baju ala raihan), berketayap walaupun semasa bermain
bola dan banyak terjadi elemen isolation.
Berbeza dengan zaman
sekarang, setelah apa yang Islam dan apa yang jahiliah itu jelas,
golongan Islamis mula bergerak ke arah 'kembali'menyertai masyarakat.
Tulisan, ucapan, malah cara berpakaian semakin bersifat engaging dan
connecting. Orientasinya ialah hendak memenangi massa dan menguasai
mereka, bukan lagi memecahkan massa berasaskan idea.
Isu Amanat
Haji Hadi dan ucapan-ucapan tegar Dr Mahathir pada menolak Hudud di era
1980'an dan 1990'an merupakan sebahagian daripada paradigma ini.
Menghuraikan pendapat-pendapat itu tanpa memahami dan meraikan konteks
era tersebut, sama ada berpunca daripada kejahilan semasa, atau berniat
jahat mengutip apa sahaja untuk memenangkan kelompok yang bertentang.
Idea dan masa, dua perkara yang binasa apabila terpisah dalam pemahaman
------- smile ---------
Sunday, January 6, 2013
Saturday, January 5, 2013
BIODATA PROF DR. MUHAMMAD MURSI
Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.
Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
Dakwah dan Politik
Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
Penjara dan Penangkapan
Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.
Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.
Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.
Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.
Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.
Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah.
Friday, January 4, 2013
Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013
Tarikh | Peristiwa | Negeri |
1 Januari Selasa | Tahun Baru 2013 | Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari Isnin | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
20 Januari Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
24 Januari Khamis | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
27 Januari Ahad | Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor |
1 Februari Jumaat | Hari Wilayah | WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
10 Februari Ahad | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
11 Februari Isnin | Tahun Baru Cina (Hari ke-2) | Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu |
4 Mac Isnin | Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu | Terengganu |
29 Mac Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
15 April Isnin | Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
19 April Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
26 April Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
1 Mei Rabu | Hari Pekerja | Semua Negeri |
7 Mei Selasa | Hari Hol Pahang | Pahang |
17 Mei Jumaat | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
24 Mei Jumaat | Hari Wesak | Semua Negeri |
30 & 31 Mei Khamis & Jumaat | Pesta Kaamatan Sabah | Sabah & Labuan |
1 Jun Sabtu | Hari Keputeraan YDPA | Semua Negeri |
1 & 2 Jun Sabtu & Ahad | Hari Gawai Sarawak | Sarawak |
6 Jun Khamis | Israk & Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis |
7 Julai Ahad | Georgetown World Heritage City Day | Pulau Pinang |
10 Julai Rabu | Awal Ramadan* | Johor, Kedah & Melaka |
13 Julai Sabtu | Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang |
26 Julai Jumaat | Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu |
8 & 9 Ogos Khamis & Jumaat | Hari Raya Puasa * | Semua Negeri |
31 Ogos Sabtu | Hari Kemerdekaan | Semua Negeri |
7 September Sabtu | Hari Keputeraan Yang di-Pertua Sarawak | Sarawak |
16 September Isnin | Hari Malaysia | Semua Negeri |
5 Oktober Sabtu | Ulangtahun Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
12 Oktober Sabtu | Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
15 Oktober Selasa | Hari Raya Haji * Hari Raya Qurban | Semua Negeri |
16 Oktober Rabu | Hari Raya Haji (Hari Ke-2) * Hari Raya Qurban | Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
24 Oktober Khamis | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
2 November Sabtu | Deepavali | Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan |
5 November Selasa | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
11 & 12 November Isnin & Selasa | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
22 November Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
9 Disember Isnin | Hari Hol Almarhum Sultan Johor | Johor |
11 Disember Rabu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
25 Disember Rabu | Krismas | Semua Negeri |
Sumber http://www.ciklaili.com/2012/10/senarai-cuti-umum-di-malaysia-tahun-2013.html#ixzz2H0oxLRQI
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook
Track record kerjasama PAS dengan parti lain
menarik..
1970-an PAS bergabung dengan Umno, MCA & MIC dalam BN
1980-an PAS berkerjasama dengan NGO cina dalam CCC
1990-an PAS bergabung dengan SM46, Berjasa dan DAP dalam APU
1999-2002 PAS bergabung ngan KeADILan dan DAP dalam BA
2008-sekarang PAS bergabung dengan PKR dan DAP dalam PR
1970-an PAS bergabung dengan Umno, MCA & MIC dalam BN
1980-an PAS berkerjasama dengan NGO cina dalam CCC
1990-an PAS bergabung dengan SM46, Berjasa dan DAP dalam APU
1999-2002 PAS bergabung ngan KeADILan dan DAP dalam BA
2008-sekarang PAS bergabung dengan PKR dan DAP dalam PR
Subscribe to:
Posts (Atom)