Malam datang lagi,
berdebar-debar rasa hati,
bagaimanakah malam ini,
matanya dipejam, rapat-rapat,
bersama keresahan yang tersisa,
seharian yang penuh dosa,
membuatkan diri sungguh sengsara,
hanya taubat pengubat jiwa,
sesekali, terasa panas,
turun ia membasahi wajah
tanda redho, syukur tiada terperi
kerana sehingga saat ini
ni'mat iman dan islam masih di kecapi
alhamdulillah
degupan jantung gagah memukul ditempatnya sendiri
jelas kedengaran di telinga
dari bawah rusuk kiri yang kelima
membawa persoalan penuh misteri
siapakah diri, kenapa aku terbaring disini
pada waktu ini
bunyi degupan yang memaksi dari dalam itu
semakin hilang
perlahan dan lenyap
entah ke mana,
rahsia.....
--------------------
cukupkah sudah amalanmu?
sehingga tiada lagi takut membuat dosa
sudah pastikah tempatmu disana?
sehingga nafsu lebih kau puja
agaknya, kau terlupa
dunia ini sementara cuma
jika ada yang merasa 70tahun
berapa ramai pula yang pergi
tatkala merasakan
waktunya jauh lebih lama
dikala yang tidak pasti itu
ada yang terus hilang
tiada pulang
hanya meninggalkan jasad yang meregang
kelu dan kaku ..
~ Allahummakhtim lana bihusnil khotimah, wala takhtim 'alaina bisu'il khotimah ~
berdebar-debar rasa hati,
bagaimanakah malam ini,
matanya dipejam, rapat-rapat,
bersama keresahan yang tersisa,
seharian yang penuh dosa,
membuatkan diri sungguh sengsara,
hanya taubat pengubat jiwa,
sesekali, terasa panas,
turun ia membasahi wajah
tanda redho, syukur tiada terperi
kerana sehingga saat ini
ni'mat iman dan islam masih di kecapi
alhamdulillah
degupan jantung gagah memukul ditempatnya sendiri
jelas kedengaran di telinga
dari bawah rusuk kiri yang kelima
membawa persoalan penuh misteri
siapakah diri, kenapa aku terbaring disini
pada waktu ini
bunyi degupan yang memaksi dari dalam itu
semakin hilang
perlahan dan lenyap
entah ke mana,
rahsia.....
--------------------
cukupkah sudah amalanmu?
sehingga tiada lagi takut membuat dosa
sudah pastikah tempatmu disana?
sehingga nafsu lebih kau puja
agaknya, kau terlupa
dunia ini sementara cuma
jika ada yang merasa 70tahun
berapa ramai pula yang pergi
tatkala merasakan
waktunya jauh lebih lama
dikala yang tidak pasti itu
ada yang terus hilang
tiada pulang
hanya meninggalkan jasad yang meregang
kelu dan kaku ..
~ Allahummakhtim lana bihusnil khotimah, wala takhtim 'alaina bisu'il khotimah ~
Salam. Akhi, terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteMaaf. Sebagai pemberitahuan. Blog saya telah ditukarkan alamat kepada adilahrafiah.blogspot.com