Sunday, March 27, 2011

Selagi ia mendampingimu

Samaada yakin, tahu, sedar atau separa jaga,
antara percaya dan tidak percaya,
antara cakna dan tidak cakna,

walau dimana kita berada
senang susah gembira atau gelisah
sedang leka atau penuh sedia

di setiap itulah ia berjalan
terus menerus kehadapan
tanpa henti henti

tahanlah ia semampu engkau
tetap tiada akan berhenti
pun begitu
Hanyalah sedikit yang menyedari


kerana engkau tidak melihat ia
walau ia sebenarnya menyelaputi
walaupun kau menggunakan ia
dalam semua perbuatanmu

jikalah ia ibarat emas
pastilah ia dalam pilihanmu

jika ia ibarat berlian
pastilah ia dapat kau simpan


sungguh ia bukan begitu
dan tidak pernah sekali begitu

makhluk yang bernama MASA ini
mahu atau tidak mahu
senantiasalah engkau tetap menggunakannya
sehinggalah ke SAAT INI

kecuali
engkau telah MATI

kerana itu benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
"Al waqtu hual hayah"

Teruslah engkau leka dan alpa
ingatlah
sekali ia pergi tak akan dapat lagi
walaupun ditebus harta sebesar duniawi
tiada dapat akan dibeli

DEMI MASA
itulah firman Yang Maha Esa

sehingga satu detik
ia akan pergi
tiada lagi mahu mendampingi

dan ia pun tiada lagi manfaat untukmu
kerana engkau sudahpun MATI.....
kerana engkau sudahpun MATI..

~ MASA ITU KEHIDUPAN ~

ahmadsyahid
2.42am
ipoh,perak


3 comments:

  1. Demi Masa, dan Masa itu Kehidupan...

    Soalnya bagaimana kita "Mengurus Nyawa" juga perlu melihat bagaimana "Kita memanfaatkan hidup & memaknakan perjuangan"

    Moga2 same2 terus Istiqamah & Thabat diPERJUANGAN ini akhi...

    ReplyDelete
  2. "huffatul jannah bil makarih, wahuffatunnar bissyahawat"

    InsyaAllah, all da best YB!

    ReplyDelete