Thursday, March 31, 2011

Rare Earth - Lynas - MESTI BACA!

Perbahasan Titah DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung
oleh B Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan pada 15 Mac 2011
FUZIAH SALLEH
FUZIAH SALLEH


Tuan Yang diPertua
• Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang dan laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong buat sesi Mesyuarat ke 4 sidang Parlimen ke 12 kali ini.
ALAM SEKITAR DAN MANUSIA
• Saya turut serta rakan – rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun. Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut. Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta. Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang menimpa dan apabila melihat kerosakan keatas alam yang begitu dasyat sekali.
  • Sehingga kini sudah ada 4 reactor nuclear yang meletup dan pencemaran radiasi amat-amat mencemaskan rakyat bukan sahaja di Negara Jepun akan tetapi diseluruh rantau ini
  • Kini ratusan mungkin ribuan manusia telah terdedah kepada bahan radiasi akibat letupan tersebut. Dimasa yang sama ratusan ribu manusia pula terpaksa dipindahkan ketempat yang lebih selamat.
  • Sehubungan dengan itu selain dari mengucapkan takziah terhadap Kerajaan dan rakyat Jepun, saya juga ingin menyarankan kepada Kerajaan Malaysia untuk memikirkan strategi membawa pindah atau membawa balik rakyat Malaysia serta pelajar di Jepun, yang mungkin terdedah kepada bahan radiasi akibat daripada letupan reactor nuclear itu. Keprihatinan pihak berwajib untuk bertindak cepat amat-amat di perlukan pada waktu dan ketika ini. Kita tidak seharusnya menunggu kesan sampingan terdedah kepada bahan radiasi ini berlaku dengan parah sebelum kita bertindak.
Tuan Yang di Pertua
  • Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan diNegara Jepun apabila tsunami melanda.
  • Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini saya ingin membawa isu berkenaanrefinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd diKuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18hb November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya menulis di dalam akhbar New York Times pada 7 November 2011. Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.
  • Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini. Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.
  • Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita?
Tuan Yang di Pertua,
Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung. Hanya risiko yang menanti
Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-
1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada ‘local partner’ diatas kertas) Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.
2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI ‘Strategic Pioneer Status’tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang di kutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.
3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak ‘labour intensive’) Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.
Yang ada kesan keatas kita, hanyalah risiko diatas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi dumping groundatau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.
Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara Cina, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth – itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih 3 dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?
Tuan Yang di Pertua
Negara Cina memang ada kepentingan untuk memproses ‘rare earth’, kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia didalam industri strategik ini. Malah kilang LYNAS di Negara Cina sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia. Sekarang ini Negara Cina juga meletakkan embargo keatas ‘rare earth’ ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.
Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit ‘rare earth ‘ akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara Cina dapat menghasilkannya dengan lebih murah. Negara Cina yang mempunyai lombong ‘rare earth’ mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit didunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran. Maka diatas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya disana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.
  • Malaysia tiada lombong ‘rare earth’ dan Malaysia tidak PERLU untuk proses ‘rare earth’ ini. Seluruh dunia selama 3 dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.
Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.
Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium. Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic. (boleh menyebabkan cancer)
Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun – tetapi beribu ribu tahun!!! Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh manjadi mangsa!
Tuan Yang di Pertua
  • Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board AELB hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)
  • YAB Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak. Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebemg Kuantan ini.
  • Akan tetapi YAB Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah di ambil di logi Lynas Gebeng. Mana mungkin YAB PM membuat kenyataan demikian didalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.
  • Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini. Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat keatas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.
Tuan Yang di Pertua
  • Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.
Saya tegaskan disini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen operasi memproses rare earth kepada LYNAS. Logi LYNAS kini masih didalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini. AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.
Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yg lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak? Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?
Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang di bawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat ‘PR exercise’, kini tidak lagi.
Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan di tutup dan kita hantar mereka balik ke Australia. Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi. Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada Negara ini
Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini
1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini. Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.

Sunday, March 27, 2011

Selagi ia mendampingimu

Samaada yakin, tahu, sedar atau separa jaga,
antara percaya dan tidak percaya,
antara cakna dan tidak cakna,

walau dimana kita berada
senang susah gembira atau gelisah
sedang leka atau penuh sedia

di setiap itulah ia berjalan
terus menerus kehadapan
tanpa henti henti

tahanlah ia semampu engkau
tetap tiada akan berhenti
pun begitu
Hanyalah sedikit yang menyedari


kerana engkau tidak melihat ia
walau ia sebenarnya menyelaputi
walaupun kau menggunakan ia
dalam semua perbuatanmu

jikalah ia ibarat emas
pastilah ia dalam pilihanmu

jika ia ibarat berlian
pastilah ia dapat kau simpan


sungguh ia bukan begitu
dan tidak pernah sekali begitu

makhluk yang bernama MASA ini
mahu atau tidak mahu
senantiasalah engkau tetap menggunakannya
sehinggalah ke SAAT INI

kecuali
engkau telah MATI

kerana itu benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
"Al waqtu hual hayah"

Teruslah engkau leka dan alpa
ingatlah
sekali ia pergi tak akan dapat lagi
walaupun ditebus harta sebesar duniawi
tiada dapat akan dibeli

DEMI MASA
itulah firman Yang Maha Esa

sehingga satu detik
ia akan pergi
tiada lagi mahu mendampingi

dan ia pun tiada lagi manfaat untukmu
kerana engkau sudahpun MATI.....
kerana engkau sudahpun MATI..

~ MASA ITU KEHIDUPAN ~

ahmadsyahid
2.42am
ipoh,perak


Wednesday, March 23, 2011

Tidak Cukupkah Ar-Rahman bagimu?

bersabarlah Sahabatku

Mantapkan peribadimu
Usaikan tanggungjawabmu
tunaikan amanahmu
Sambut dan gerakkanlah seruan itu
sungguh ia terbeban atas pundakmu

Ya kita sama-sama tahu
disana ada 1001 halangan
penuh cercaan dan umpatan...
disulami berduyun cubaan dan kekangan

maka..sahabatku..

Inilah ujian!
Inilah pengorbanan!
Mungkin ini jua yang dinilai Ar-Rahman

Jika kita yakin padaNYA
kita yakin pada janji-janji NYA
apa lagi yang nak digusarkan?
kau tentu tahu,
perkataan siapakah yang lebih benar
yang lebih benar lagi benar
dari perkataan Allah SWT

waman ashdaqu minaLlahi qiila.


Kita boleh membuat pilihan
kita bisa merongkai telahan-telahan
tetapi yang mengetahui haqiqat
baik buruknya hanyalah Ar-Rahman

....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Tidakkah DIA mendengar doamu?..
bahkan Dia Maha Mendengar

Tidakkah DIA mengetahui isi hatimu?..
bahkan dia Maha Mengetahui

Tidak cukupkah Allah bagimu?

Tidak cukupkah?

perdengarkanlah pada dirimu
bisikkan pada hatimu
getarkan sanubarimu

HASBIYALLAHU LAILAHA ILLA HU
'ALAIHI TAWAKKALTU WAHUA ROBBUL
'ARSHIL 'AZIM

HASBIYALLAHU WANI'MAL WAKIL
NI'MAL MAULA WANI'MAN NASHIR


dan selepas itu..


~ apalah yang lebih berharga dari cinta dan kasih sayang NYA ~

ahmadsyahid
4.27pm
kuantan,pahang

Tuesday, March 22, 2011

Pesan Al-Habib kepada para PENUNTUT ILMU

Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi berkata:

Ketahuilah, hari ini aku mengundang kalian dengan tujuan agar kalian bangkit dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu. Ketahuilah ‘aib bagi seorang pelajar jika ia tidak membawa kitabnya. Giatlah belajar, semoga Allah Ta’ala menberkati kalian. Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu. Perhatikanlah salaf kalian, mereka menghafal berbagai matan. Mereka telah menghafal kitab Zubad, Mulhah dan Alfiyyah di masa kecilnya. Setelah dewasa, ada yang telah menghafal kitab al-Minhaj, al-Irsyad dan ada pula yang telah menghafal al-Ubab. Sedangkan kalian …..???? satu kitab pun tak ada yang hafal. Andaikata ada yang hafal, dia tidak faham dan tidak mengamalkan isinya

Aku inginkan setiap pelajar membawa alat tulisnya ketika mengikuti pelajaran, kemudian mencatat persoalan-persoalan yang telah dihafalnya. Ketahuilah, manfaat ilmu terletak pada pengamalan dan pencatatannya.

Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu, pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu baik dari orang dewasa mahupun anak-anak. Jika yang mengajarkan ilmu jauh lebih muda, jangan berkata: “Kami tidak mahu kepadanya, aib bagi kami”. Ketahuilah, Allah telah memberinya ilmu, meskipun ia masih kecil. Dengan belajar kepadanya, mengakui dan menghormatinya, Allah Ta’ala akan memuliakan kamu sebagaimana Dia telah memuliakannya. Jauhi dengki dan irihati. Ketahuilah, kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat. Andainya seorang yang pekerjaannya membaja tanah dengan najis haiwan hendak memberimu manfaat, maka ambillah manfaat darinya.

Pelajarilah pelajaran yang hendak kalian bacakan di hadapan guru kalian. Dengan cara demikian kalian akan memetik banyak manfaat. Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali seusai pelajaran. Adapun kalian, hanya membuka kitab itu ketika telah berada di depan guru kalian. [1] Lihatlah Syeikh Fakhrurrazi, dia mengulang pelajarannya sebanyak 1,000 kali.

Ketika masih menuntut ilmu di Mekah, setiap malam aku bersama abangku Hussin dan Alwi as-Seggaf mempelajari 12 kitab syarah dari al-Minhaj lalu menghafal semuanya. [Allahu Allah ….] Suatu ketika di akhir malam ayahku keluar dari biliknya dan mendapati kami sedang belajar. Beliau berkata: “Wahai anak-anakku, kalain masih belajar? Semoga Allah memberkati kalian.”

Ketahuilah menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Manfaatkanlah masa muda kalian, masa lapang kalian dan tenaga kalian. Perhatikanlah bagaimana orang-orang tua menghadapi kesulitan ketika menghafal.

sumber di sini

SAJAK SAYYID QUTUB

Ya Allah,
Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati–Mu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu

Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..

Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Monday, March 21, 2011

Kuatkan pergantunganmu pada Allah

ketika seorang murid lulus dari pelajaran dan ia akan keluar meninggalkan gurunya

maka gurunya risau seraya berkata : " jika kamu pulang maka syaitan akan menggodamu "

maka murid itu berkata : " akan kulawan semampuku " , dan sang guru berkata lagi : " jika syaitan itu terus menggodamu ?" , " akan terus aku lawan ", jawab murid itu

Sang guru berkata lagi : " maka engkau akan sibuk atas perjuanganmu dengan syaitan dan engkau lupa dengan perjuanganmu berbakti kepada Allah , hari-harimu habis untuk mengurusi melawan syaitan "

maka murid itu bertanya : " lalu apa yang harus aku perbuat wahai guruku " ?

guru berkata : " jika kau masuk kedalam satu rumah dan didalam rumah itu ada seekor anjing yang menjaganya , maka kau akan keluarkan anjingnya atau kau akan memanggil pemilik rumahnya?

si murid berkata : " memanggil pemilik rumahnya , karena ia yang akan menjauhkan anjingnya "

dan sang guru berkata : " maka jika kau diganggu oleh syaitan maka panggil yang mencipta syaitan yaitu Allah subhanahu wata'la"

Pohonlah bantuan dari Allah dalam setiap urusanmu

----------------------------------------------------------------

Kata abang naqib kesayanganku "Kita sibuk menjaga hati mad'u, ingin sekali memiliki hati mereka, tetapi kita tidak menjaga hubungan kita dengan pemilik hati tersebut, lalu sedarkah kita siapakah tuan punya hati?"

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH