Thursday, January 5, 2017

Egois

MOTIVASI DIRI

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru,        Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..
Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih mendengkur di sebelah bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya.

c n p

Wednesday, November 16, 2016

Adab Majlis Ilmu

c&p

Diskusi dhuha bersama Al Fadhil Ustaz Suhaimi Ahmad Waqid pada 25/10/16 di MSSAAS.

ADAB DALAM MAJLIS ILMU (Mengikut Imam Shafie)

1. Berwudhu - gugur dosa-dosa kecil.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan).

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian. Rasulullah ﷺ amat menyukai ambar misk.

5. Pandang mulut orang yang membaca ta'alim. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah ﷺ yang datang dari mulut Baginda sendiri.

6. Guru yang membaca ta'alim, mengulangi surah Al Quran/hadis hingga 3 kali agar mudah dihayati oleh jemaah.

7. Mendengar dengan penuh kesungguhan. Ketika para sahabat RA duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah ﷺ, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

Apabila kita menunaikan hak mendengar, Allah akan memudahkan 3 perkara:

* Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
* Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
* Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.

8. Anggaplah hadis yang kita dengar itu seolah-olah kali pertama kita mendengarkannya.

9. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para sahabat RA duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah ﷺ, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

10. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yng ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah ﷺ dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

11. Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.

12. Apabila disebut nama Rasulullah ﷺ, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut).

13. Bila disebut nama para sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.

14. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dsb), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

15. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dsb), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

16. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka.

17. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat).

18. Menghadiri majlis ta'alim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ta'alim sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ta'alim dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

19. Ta'azeem bil Qalbi --- Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati.

20. Tashdiq wa Yaqin --- Membenarkan dan meyakini (percaya) akan segala yang didengar.

21. Tabligh wa Amal --- Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.

Semoga bermanfaat dan agar kita semua beroleh keberkatan dari majlis ilmu/ ta'alim.

Saya sibuk....

Masa sedang belajar, sibuk dengan tugasan dan ulangkaji...

Masa baru tamat pengajian, sibuk dengan nak cari pekerjaan...

Bila sudah bekerja, sibuk kumpul harta  kekayaan dan cari pasangan...

Bila sudah berumahtangga, sibuk dengan hal urusan keluarga dan anak-anak...

Bila anak-anak pula sudah besar dan sudah berumahtangga, sibuk pula dengan urusan nak mengasuh cucu...

Bila sudah semakin tua, sibuk pula dengan urusan kesihatan. Penyakit pun sudah macam-macam datang secara pakej...

Andai kita menjadikan urusan dakwah dan perjuangan agama itu sebagai urusan sampingan atau sekadar hobi di masa lapang, nescaya sampai ke mati kita tetap dengan alasan sibuk itu dan ini...

Hidup kita bukan sekadar memenuhi segala keperluan dan kehendak di atas dunia ini, tetapi jauh lebih utama ialah bekal untuk dibawa sebagai saksi ketika berjumpa bersama Allah di akhirat nanti...

Friday, September 30, 2016

SUBUH

Perkongsian yang sangat baik dari teman whatsapp saya ... =)

✨ *TIPS MENJAGA SUBUH BERJEMAAH DAN BERQIYAMULLAIL 2.0* ✨

Nabi SAW bersabda:

*اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا*

*Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummatku diwaktu paginya.”* Hadis riwayat Ahmad

���� Usaha2 bangun awal untuk berqiyamullail dan Solat Subuh Berjemaah di Masjid �������� ��

*4) Menjauhi perbuatan maksiat*

�� Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. ���� Maksiat akan melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. ☹

*5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid*

Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

*مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ*

*Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam."*
Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

*ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ*

*Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga)."*
Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

�� Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan mereka yang bangun solat Subuh di awal pagi. ��

�� Kelebihan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya.

�� Nabi SAW memelihara waktu selepas solat subuh iaitu memenuhkannya dengan zikir sehinggalah terbit matahari. kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha. Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh seperti Imam Ibnu Taimiyyah.

�� Mereka yang berjaya dalam urusan dunia adalah yang bekerja diwaktu pagi kerana rezeki terbuka luas di waktu tersebut. �������� Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah.

�� Mereka yang mensia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka. ☹����������

Oleh itu.... ������
Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi. ��☹

Sunday, March 17, 2013

Matlamatkan Cinta



 Kesesuaian roh merupakan sebab yang kuat untuk menumbuhkan cinta,
Jika tujuan jiwamu sama dengan jiwanya,
maka akan tumbuh keselarasan antara jiwamu dan jiwanya,
kerana cinta bukan hanya pada keelokan dan keindahan,
bahkan ia lebih kuat hadir dari kesuaian jiwa dan tabiatnya

oleh kerana itu, jiwa yang suci, yang mulia, yang baik
akan mencintai jiwa yang baik pula,
yang dicintai adalah ilmu, kehormatan diri,
kemurahan hati,keteguhan dan kesabaran
kerana sifat-sifat seperti inilah yang lebih sama
dengan lontaran sanubari  antaranya

Imam Ahmad bin Hanbal menyebut dalam musnadnya
Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda
Roh itu laksana pasukan yang dikerahkan,
seberapa jauh pasukan itu saling mengenali,
sejauh itu pula mereka akan bersatu,
dan seberapa jauh mereka mengenali,
sejauh itu pula mereka berselisih”

Jika cinta sejati hanya pada Allah Subhanahu wata’ala,
 tidak akan kecewa dalam mencintai,
 walau apa natijahnya,
 kerana dicintai sesuatu itu asasnya,
 hanya kerana Allah dan untuk Allah pula.


Matlamatkan Allah, cita-citakan Allah dan redha-NYA
Wahai Allah, Engkaulah matlamat dan tujuan kami,
dan hanya keredhaan-Mu lah yang sentiasa menjadi cita-cita kami”



Sunday, February 3, 2013

Koreksi Diri 1: Amalkan Ilmu

Kulirik bait demi bait yang sangat indah,
hati yang gersang lagi gundah,
jadi tenang tiada resah,

Sehingga ku lalui satu ayat di dalam Surah Al-Jumu'ah, ayat yang ke 5,

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا

"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya)......."

Sejenak ku tersentak, bagaimana perumpaan yang diberikan kepada orang Yahudi, dimana mereka diberikan Kitab Tawrah, tetapi mereka tidak patuh kepadanya, mereka ingkar, bahkan mereka menukar ayat-ayat di dalamnya

diumpamakan mereka ini ibarat Keldai, hanya mampu membawa gendongan2 buku yang banyak, tetapi tiada manfaat untuknya, kerana ia tak mengamalkan isi2 kandungan buku tersebut, tidak ubah seperti binatang..di dalam ayat yang lain bahkan ada manusia yang diumpakan lebih sesat dari binatang ternakan.. Na'uzubillah

Refleksi Diri:

Semoga dijauhkan diri daripada khianat terhadap ilmu yang telah Allah SWT kurniakan, mudah-mudahan diberi kekuatan untuk memanfaatkan ilmu yang diperolehi

Ya Allah kami bermohon kepada-Mu pemahaman yang Engkau anugerahkan kepada para nabi, daya hafal yang Engkau berikan kepada para Rasul. Ya Allah perkayalah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelapangan dada, muliakanlah kami dengan takwa, serta perindahlah kami dengan afiat, demi rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Pengasih mengatasi segala Pengasih. Ya Allah ajarkanlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami, dan anugerahi kami kemampuan memanfaatkan apa yang Engkau ajarkan, Maha Suci Engkau ya Allah, tiada ilmu yang kami raih kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.






Sunday, January 6, 2013

Isu "Amanat Hadi" - Komentar terpilih

Komentar/ulasan terpilih =)

Dr Maszlee Malik

Apakah ada isu mengkafirkan UMNO dalam amanat Hj Hadi? Saya tidak nampak... Apa yang saya nampak, hasil pendekatan agak 'radikal' Hj Hadi tersebut telah mendorong kerajaan BN di bawah pimpinan Dr Mahathir dan kemudiannya dibantu oleh Anwar untuk melaksanakan projek 'Islamisasi'.

Tanpa 'Amanat' tersebut. apakah Dr M akan melakukan projek Islamisasi beliau? Inilah keindahan proses check and balance sistem demokrasi dan apa yang disebutkan oleh Dr Tawfik Wa'ie sebagai Sunnah Tadafu'...

Apapun amanat tersebut telah dilahirkan berdasarkan konteks dan realiti waktu tersebut. Setiap era ada wacananya yang tersendiri. Sekarang wacana yang paling utama ialah isu keadilan, tadbirurus, sistem pilihanraya yang bersih, pendidikan, rasuah dan juga mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa...

Apakah hikmahnya menimbulkan isu lapuk tersebut?

Apakah ianya bertujuan untuk melarikan rakyat dari isu sebenar? NFC, FVGH, Deepak, keculasan di dalam pembelian AES dan juga isu LYNAS?

Ustaz Hasrizal Abd Jamil



Era 1980'an dan 1990'an merupakan era menjelaskan batas-batas pemisah di antara Islam dan Jahiliah, Iman dan Kufur. Bahasa yang diguna pakai dalam tulisan dan ucapan pada era tersebut banyak yang berbentuk hitam putih kerana orientasinya ialah menjelaskan. Ia bukan sahaja mempengaruhi tulisan dan ucapan, malah tingkah laku masyarakat. Justeru mereka yang menyertai gerak kerja dakwah cenderung kepada menjelaskan perbezaan mereka berbanding orang lain. Pakaian mereka berbeza lalu baju melayunya lain (baju ala raihan), berketayap walaupun semasa bermain bola dan banyak terjadi elemen isolation.

Berbeza dengan zaman sekarang, setelah apa yang Islam dan apa yang jahiliah itu jelas, golongan Islamis mula bergerak ke arah 'kembali'menyertai masyarakat. Tulisan, ucapan, malah cara berpakaian semakin bersifat engaging dan connecting. Orientasinya ialah hendak memenangi massa dan menguasai mereka, bukan lagi memecahkan massa berasaskan idea.

Isu Amanat Haji Hadi dan ucapan-ucapan tegar Dr Mahathir pada menolak Hudud di era 1980'an dan 1990'an merupakan sebahagian daripada paradigma ini.

Menghuraikan pendapat-pendapat itu tanpa memahami dan meraikan konteks era tersebut, sama ada berpunca daripada kejahilan semasa, atau berniat jahat mengutip apa sahaja untuk memenangkan kelompok yang bertentang.

Idea dan masa, dua perkara yang binasa apabila terpisah dalam pemahaman


------- smile ---------

Saturday, January 5, 2013

BIODATA PROF DR. MUHAMMAD MURSI


Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.


Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.


Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.


Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.


Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.


Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.


Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.


Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.
Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.


Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah.

Friday, January 4, 2013

Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013

Tarikh Peristiwa Negeri
1 Januari
Selasa
Tahun Baru 2013 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Isnin
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
20 Januari 
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
24 Januari
Khamis
Maulidur Rasul Semua Negeri
27 Januari
Ahad
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
1 Februari 
Jumaat
Hari Wilayah WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari 
Ahad
Tahun Baru Cina Semua Negeri
11 Februari
Isnin
Tahun Baru Cina (Hari ke-2) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac         
Isnin
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu
29 Mac
Jumaat
Good Friday Sabah & Sarawak
15 April
Isnin
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
19 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
26 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei          
Rabu
Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei        
Selasa
Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei    
Jumaat
Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
24 Mei
Jumaat
Hari Wesak Semua Negeri
30 & 31 Mei
Khamis & Jumaat
Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan
1 Jun       
Sabtu
Hari Keputeraan YDPA Semua Negeri
1 & 2 Jun      
Sabtu & Ahad
Hari Gawai Sarawak Sarawak
6 Jun  
Khamis
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai     
Ahad
Georgetown World Heritage City Day Pulau Pinang
10 Julai 
Rabu
Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
13 Julai  
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
26 Julai
Jumaat
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 & 9 Ogos
Khamis & Jumaat
Hari Raya Puasa * Semua Negeri
31 Ogos
Sabtu
Hari Kemerdekaan Semua Negeri
7 September
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Sarawak Sarawak
16 September
Isnin
Hari Malaysia 
Semua Negeri
5 Oktober
Sabtu
Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri Sabah Sabah
12 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka
15 Oktober
Selasa
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua Negeri
16 Oktober
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Oktober
Khamis
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
2 November
Sabtu
Deepavali  Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
5 November
Selasa
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Semua Negeri
11 & 12 November
Isnin & Selasa
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 November
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
9 Disember
Isnin
Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor
11 Disember
Rabu
Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember
Rabu
Krismas Semua Negeri

Sumber http://www.ciklaili.com/2012/10/senarai-cuti-umum-di-malaysia-tahun-2013.html#ixzz2H0oxLRQI
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Track record kerjasama PAS dengan parti lain

menarik..

1970-an PAS bergabung dengan Umno, MCA & MIC dalam BN
1980-an PAS berkerjasama dengan NGO cina dalam CCC
1990-an PAS bergabung dengan SM46, Berjasa dan DAP dalam APU
1999-2002 PAS bergabung ngan KeADILan dan DAP dalam BA
2008-sekarang PAS bergabung dengan PKR dan DAP dalam PR